Bab 28

38.6K 4.3K 3.6K
                                    

     Ding dong... Ding dong...

Nur membuka pintu utama rumahnya sebelum Ashron terus melangkah masuk ke dalam rumahnya.

     "Kenapa aunty nak salahkan saya pulak sekarang? Dulu aunty juga yang selalu cerita semua benda yang keluarga mafia tu dah buat kat keluarga kita?," kata Ashron mendatar.

     "Memanglah diorang dah banyak buat jahat kat keluarga kita. Tapi Ash tak bolehlah suka-suka hati usik family tu tanpa pengetahuan aunty. Aunty dah tolong carikan latar belakang family tu macam yang Ash nak, tapi tak semestinya Ash boleh buat ikut sesuka hati Ash," kata Nur tegas.

Selepas dia mendapat ancaman seekor singa mati tempoh hari, dia terus terfikir tentang peristiwa beberapa tahun lepas. Dia pasti dua lelaki di bilik kawalan CCTV itu yang sudah kembali.

     "Aik? Sebelum ni aunty okay je kalau saya nak balas dendam. Kenapa sekarang aunty cakap macam ni pula?," tanya Ashron mendatar.

     "Aunty tak sedap hati," jawab Nur jujur.

     "Ha? Kenapa pulak aunty tak sedap hati? Saya tak kisah aunty sedap hati atau tak. Saya tetap nak balas dendam dekat orang yang dah tikam saya," kata Ashron tegas.

Nur hanya terdiam tanpa kata. Kalaulah dia tahu yang menikamnya tempoh hari adalah aku.

     "Okay, okay. Tapi buat masa sekarang kita stop dulu. Kita tengok dulu apa lagi ancaman yang akan datang kat kita, okay?," kata Nur mendatar.

     "Aunty nak stop, aunty stop sorang. Jangan halang saya. Lagipun yang dapat ancaman tu aunty, bukan saya," kata Ashron sebelum terus melangkah keluar dari rumah Nur.

     "Ashron!," panggil Nur kuat tetapi Ashron hanya mengendahkan panggilan itu.

    Avia melangkah keluar dari kereta Aaden sebelum dia memandang ke arah Aaden yang turut melangkah keluar dari kereta.

     "Lara masuk kelas dulu, bang!," jerit Lara yang baru melangkah keluar dari tempat duduk hadapan. Kaki terus berlari untuk masuk ke kelasnya.

     "Balik karang aku hantar kau balik," kata Aaden mendatar.

     "Eh takpalah. Saya nak pergi kedai kejap lepas balik sekolah karang. Nak kena beli ikan," kata Avia perlahan.

     "Ikan?," tanya Aaden dengan dahi yang berkerut.

     "Iya. Awak tak kenal ikan ke?," tanya Avia mendatar.

     "Balik karang kita lepak rumah Avia nak tak? Aku nak buat homework dengan Via lah," kata Silver yang baru turun dari Limousine milik keluarga mereka.

     "Wow. Rumah Avia. Mengancam betholl bunyinya," celah Cayden yang baru keluar dari kereta.

     "Mesti tersedak uncle Frandy kat rumah," kata Javier pula.

     "Kalau dia dapat tahu pasal ni, mesti dia mengamuk," celah Silver pula.

     "Aaden! Aku belum settle lagi dengan kau!," kata Cayden yang mengajuk cara Ariq bercakap.

Aaden, Callisto dan Avia hanya mendiamkan diri.

     "Awak nak buat homework kat rumah ke? Tapi saya nak kena beli ikan dulu. Abah dah kirim," kata Avia mendatar.

     "Ikan, ikan, ikan. Abah kau ni asyik-asyik masak ikan. Cubalah masak sotong ke, udang ke, ketam ke, lobster ke, ini tidak. Asyik-asyik ikan," kata Cayden mendatar.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now