Bab 51

22.3K 2.2K 1K
                                    

Alpha melangkah keluar dari BMW hitam miliknya sebelum dia terus memandang ke arah sebuah kilang lama yang berada di Klang. Kilang itu nampak seperti sudah ditinggalkan beberapa tahun sehingga menjadikan ia usang dan buruk. Disebabkan ditinggalkan terlalu lama, bekalan elektrik juga tiada di kilang tersebut.

Cahaya samar-samar yang datang dari dalam kilang membuatkan Alpha lebih yakin bahawa Rayden berada di situ. Alpha telah mendapat panggilan daripada Rayden untuk datang ke situ dengan niat katanya untuk berjumpa dengan seseorang.

"Arghhhh!" kedengaran satu jeritan dari dalam kilang sebelum Alpha terus bergegas berlari ke pintu masuk kilang yang tertutup rapat. Dia yakin itu suara Alara.

Bukkkk!

Dengan satu pukulan yang kuat, Alpha terus terjatuh ke atas lantai dengan kepala yang sudah berlumuran darah. Cahaya daripada lampu spotlight yang dipasang di dalam kilang itu membuatkan pandangannya menjadi silau selepas dipukul dengan kuat.

"You should expect that, Sky," kata Arlo dengan tangan yang elok memusing-musingkan sebatang kayu besbol. Mulutnya elok mengunyah gula-gula getah.

"I did. I just didn't wanna hurt you," kata Alpha sebelum dia bangun dari duduknya. Matanya menoleh ke arah Arlo yang sedang melangkah ke tengah-tengah ruangan kilang.

"I'm so disappointed with you, Sky. You betrayed us," kata Arlo sambil berdiri di tengah-tengah ruangan yang luas itu.

"I didn't," kata Alpha dingin sambil melangkah dengan perlahan. Tangan kanannya memegang kepalanya yang sudah semakin perit. Dia tahu dia mampu mengalahkan lelaki berambut putih di hadapannya itu dengan mudah, tetapi dia cuba untuk tidak melukakan lelaki itu memandangkan dia hanya mendengar arahan sahaja.

"Where is she?" tanya Alpha dingin. Matanya mencari-cari bayang Alara tetapi tiada di situ.

"Who is it? You mean this one?" tanya Arlo sambil menunjuk ke arah pintu besi di hujung kilang. Rayden melangkah keluar dengan tangan yang menolak Alara di atas kerusi roda masuk ke dalam ruangan kilang. Gadis itu elok ditutup kepalanya menggunakan guni kecil bewarna coklat.

Alpha hanya memerhati dengan nafas yang turun naik dengan pantas.

"Or this one?" tanya Arlo sambil menunjuk ke arah sebuah lagi pintu besi yang berada di kanan ruangan kilang. Seorang lagi Rayden melangkah keluar dengan tangan yang elok menolak Avia di atas kerusi roda masuk ke dalam ruangan.

Alpha hanya mendiamka diri. Dia tahu dua-dua lelaki itu bukanlah Rayden yang sebenar. Lelaki itu hanya memakaikan topeng yang serupa dengan wajahnya kepada orang suruhannya.

"I'll let you choose one. Which one you want to keep her alive?" kata Arlo sambil memusing-musingkan kayu besbol di tangannya.

"You're sick," kata Alpha sebelum dia menyeka darah yang mengalir dari kepalanya dengan menggunakan hoodie hitam yang dipakai olehnya.

"We're all sick, Sky. Now choose one, or I'll kill both of them," kata Arlo sebelum dia melangkah ke arah Alara yang hanya mendiamkan diri di atas kerusi besi. Kaki dan tangannya diikat dengan sangat kuat sehingga gadis itu tidak dapat bergerak.

"Just stop it," kata Alpha dingin.

"Or what?" kata Arlo sebelum dia menarik baju Alara sehingga terkoyak menampakkan lengannya yang putih. Dia kemudian merapatkan bibirnya di lengan Alara yang sudah terdedah itu. Lengan putih itu dikucup dengan lembut.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now