Bab 13

37.8K 4.5K 1K
                                    

     Satu sekolah telah kecoh selepas notis buang sekolah dikeluarkan dan ditampal di papan notis sekolah. Ada yang gembira dengan berita itu, tetapi ada yang sedih dengan berita itu.

     "Mesti budak-budak bodoh tu yang dah report dekat principal! Kurang ajar gila! Kalau bapak aku tahu pasal ni, confirm mati aku!," kata Zareef kuat. Matanya merenung ke arah notis buang sekolah yang telah dikeluarkan pagi tadi. Namanya, Zain dan Zafriel telah terpampang di dalam notis.

     "Kenapa perlu malukan kita sampai macam ni sekali? Tak boleh ke kalau jumpa je kita dekat bilik principal? Perlu ke tayang nama kita macam ni? Sekolah bodoh!," jerit Zain pula.

     "Habislah... Mesti daddy marah aku... Apa aku nak buat? Apa aku nak buat?! Ni semua salah kau! Kalau kau tak buli budak Avia tu, mesti semua ni takkan jadi macam ni!," kata Zafriel sebelum memegang kolar baju Zain dengan kuat.

     "Apahal kau salahkan aku pulak bodoh?! Yang kau pergi ikut cakap aku pahal?!," kata Zain kuat. Dia menolak Zafriel dengan kuat sehingga lelaki itu terjatuh ke atas lantai.

     "Betul cakap Zafriel! Ni semua salah kau!," kata Zareef kuat. Dia terus menolak Zain dengan kuat sehingga lelaki itu pula jatuh ke atas lantai.

     "Apa kau cakap?! Kau ni memang nak kena!," kata Zain sebelum dia bangun dari duduknya. Dengan pantas tangannya naik untuk menumbuk Zareef.

     Bukk!

     Zareef terjatuh ke atas lantai dengan bibirnya yang mulai bertukar warna kemerahan.

     "Budak bodoh! Tak guna!," kata Zain sebelum dia menyepak Zareef berulang kali.

     "Dah kena buang sekolah pun still tak serik lagi ya?," kata satu suara lembut dari arah pintu cafe sekolah.

     Zain, Zareef dan Zafriel terus menoleh ke arah si pemilik suara.

     Aaden, Callisto, Javier, Silver dan Alara elok berdiri di depan pintu cafe dengan wajah bongkak masing-masing.

     "Korang nak apa?!," jerit Zain kuat.

     "Kitorang nak apa? Hahaha. Buat lawak ke budak miskin? Dah kena buang tu tak reti-reti nak berambus dari sini lagi ke?," kata Alara lagi. Suara yang lembut tetapi cukup sinis.

     "Budak miskin? Kau sedar tak kau bercakap dengan siapa? Aku anak CEO syarikat tau tak?!," kata Zain kuat.

     "CEO syarikat bankrupt ke bang? Duit company pun pinjam dekat bapak aku? Apa cerita? Eh budak miskin! Kau dengar sini baik-baik. Mulai harini, aku taknak tengok muka kau lagi dekat sini. Kau faham tak budak miskin?!," kata Alara kuat.

     "Apa maksud kau?," tanya Zareef sambil bangun dari duduknya.

     "Korang bertiga sama je. Tiga-tiga miskin nak mampus. Korang bertiga tak layak nak berdiri depan mata aku. Jijik!," kata Alara lagi.

     "Enough Lara," kata Aaden mendatar.

     "Huh! Cau," kata Alara sebelum dia, Aaden, Callisto, Javier dan Silver melangkah pergi dari situ.

     "Jangan percaya apa perempuan tu cakap. Company bapak aku tak bankrupt!," kata Zain kuat. Nafasnya turun naik menahan marah. Apa maksud dia bapak aku pinjam duit dari bapak dia?

     "Aku ingatkan company family aku je yang ada problem, rupanya kau pun sama Zain? Hahaha. Ada hati nak berlagak dengan aku!," kata Zafriel kuat.

     "Eh bodoh! Semua budak tu cakap tak betul! Budak tu saja nak burukkan aku! Dasar perempuan bodoh! Entah-entah diorang tu yang datang dari keluarga bankrupt! Bodoh punya budak!," jerit Zain kuat.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now