Bab 5

38.6K 4.5K 1.4K
                                    

          Avia mencelikkan matanya dengan perlahan sebelum memandang ke arah Silver yang sedang duduk di tepi katil. Badannya elok ditutup dengan selimut tebal sehingga paras dada. Cayden, Javier dan Callisto turut berada di dalam bilik itu. Mereka bertiga elok berdiri  di depan katil Avia dengan kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar.

          "You dah bangun?," tegur Silver yang sedang membaca buku di tepi katil.

          Avia terus duduk dari baringnya sebelum dia memandang ke arah Callisto, Cayden, Javier dan Silver silih berganti. Mereka bertiga turut memandang ke arah Avia kecuali Callisto yang hanya memandang ke luar tingkap.

          "Saya kat mana? Apa korang dah buat dekat saya?," tanya Avia perlahan.

          "You kat bilik sakit. Janganlah risau, kitorang tak buat apa-apa pun lah. You tu yang pengsan dekat toilet. Ferdy yang bawa you ke sini," jawab Silver dengan wajah yang tenang.

          "Ferdy? Ferdy bawa saya ke sini?," tanya Avia perlahan. Mamat hensem tu bawa aku ke sini? Maknanya? Dia dukung akulah? Huarghhhhh... Malunya...

          Avia terus menutup wajahnya menggunakan telapak tangan. Malu! Sumpah malu!

          "Tak payahlah malu. Fer takda dekat sini pun," kata Silver mendatar.

          Avia terus turun dari katil sebelum dia mengambil kot sekolahnya yang elok tergantung pada penyangkut baju di tepi katil. Kaki dengan pantas melangkah keluar dari bilik sakit meninggalkan mereka di situ.

          "Sama-sama," kata Cayden mendatar. Budak ni, berterima kasih pun tidak. Dia bla macamtu je?

          "Arghhhh!," jerit Avia kuat dari luar pintu bilik sakit.

          Dengan pantas Cayden dan Javier melangkah ke arah pintu sakit sebelum membukanya. Avia dan Aaden elok berdiri di depan pintu bilik sakit.

          "Kau nak pergi mana?," tanya Aaden mendatar. Pahal minah ni terkejut tengok aku sampai macamtu sekali?

          "Errr... Saya... Saya nak balik kelas...," kata Avia sebelum dia mahu meneruskan langkahnya semula. Malu... Malu yang teramat sangat... Mamat ni yang dukung aku... Kalau dia ternampak seluar dalam aku masa dukung aku macam mana?! Kalau dia terpegang punggung aku macam mana?! Huaaaaaaaa....

          Dengan pantas Aaden memegang kot sekolah Avia yang dipegang olehnya.

          "Guru kelas kau kata tak perlu masuk kelas harini," kata Aaden mendatar.

          "Lepas...," kata Avia perlahan. Matanya memandang ke arah tangan Aaden yang sedang memegang kot sekolahnya.

Aaden akur sebelum melepaskan pegangannya.

Avia terus meneruskan langkahnya untuk kembali ke kelasnya semula. Bukan berniat untuk kurang ajar. Cuma malu!

Aaden, Cayden dan Javier hanya memerhati pemergian Avia dengan ekor mata masing-masing.

"Aku dah kata dia akan menyusahkan kita," kata Cayden mendatar.

Aaden hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Cayden itu.

30 Minit yang lalu....

"Aku dah kata jangan berkawan dengan mana-mana perempuan. Yang kau letak dia dalam bahaya tu kenapa?," tanya Aaden kepada Silver.

"Apa salah aku?," tanya Silver mendatar. Dia memandang ke arah Avia yang sedang lena di atas katil.

"Aku pun dah pesan benda yang sama. Tapi budak bodoh ni degil," kata Cayden dengan tangan kanannya terletak di dalam kocek seluar sekolahnya.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now