Bab 39

63.7K 4.6K 2.2K
                                    

Avia dan Alara melangkah masuk ke dalam istana bertemakan gelap itu sebelum Avia tidak habis lagi dengan mulutnya yang terbungkam luas.

"Kau kenapa?" tanya Alara yang menyedari Avia seperti orang yang baru pertama kali melihat dunia.

"Besar gila rumah ni! Mesti dia bapak gila kaya!" kata Avia sambil mata meneliti semua barang yang ada di dalam rumah itu.

"Haiyo. Kalau kau datang rumah aku dekat US, agaknya mesti kau pengsan terus," kata Alara sambil melangkah menuju ke ruanh tamu.

"Rumah awak besar macam ni ke kat US?" tanya Avia sambil mengekor langkah Alara.

"Iyalah. Aku ada banyak rumah. Cakap je nak yang macam mana, besar, kecik semua ada," kata Alara mendatar.

"Family awak kerja apa sebenarnya?"

"Entah. Banyak sangat kerja," jawab Alara mudah.

Avia dan Alara terus menoleh ke arah si pemilik rumah yang baru masuk ke ruang tamu. Elok berpakaian serba hitam. Sangat kacak.

"Avia," panggil Alpha sepatah.

"Hm?" jawab Avia dengan kening yang diangkat sedikit.

"You should leave Malaysia. As soon as possible," kata Alpha mendatar. Wajah langsung tidak memberi sebarang reaksi.

"Kenapa ni? Apa yang berlaku sebenarnya?" tanya Alara pula.

"They'll come for the revenge. It means no exception for you in the game," kata Alpha kepada Alara.

"Apa kaitan dengan Lara?" tanya Alara dengan dahi yang berkerut.

"Siapa yang nak balas dendam dekat siapa ni? Kenapa saya jadi mangsa?" tanya Avia lagi.

Alpha hanya terdiam membiarkan soalan gadis itu berlalu sepi tanpa jawapan.

Selepas kejadian dia membalas dendam untuk keluarganya, Nur dan Ashron cedera parah malah mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. Tetapi selepas mereka mempunyai rancangan untuk membalas dendam terhadap keluarga jutawan itu, ternyata keluarga itu sudah tiada di Malaysia. Sudah berkali-kali juga Ashron cuba untuk menjadikan Avia sebagai umpan untuk keluarga jutawan itu kembali ke Malaysia, tetapi keluarga itu langsung tidak kembali selama bertahun-tahun. Malah hanya menghantar anak-anak buah sahaja untuk menjaga Avia dan bapanya.

Alpha dan Silver sahaja yang tahu tentang rancangan baru Ashron untuk menghapuskan Avia selepas gadis itu pulang ke Malaysia, tetapi keluarga jutawan itu pantas bertindak dan turut pulang ke Malaysia atas arahan Aaden selepas Silver memberitahu hal sebenar kepada Aaden. Alara tidak terkecuali mungkin kerana dia merupakan nyawa kedua-dua belah keluarga, US Mafia, dan The Spirit.

"Sky, I have something to tell you," kata satu suara garau yang baru melangkah masuk ke ruang tamu.

"Silver?!" tanya Avia kuat selepas menyedari lelaki yang baru tiba itu adalah rakan sekelasnya pada suatu masa dahulu.

"Hi you. Hehe," sapa Silver ramah.

"What?" tanya Alpha sepatah.

"Awak buat apa kat sini?" tanya Avia mendatar.

     "I boleh berada dimana sahaja yang I mahukan. Kenapa?" tanya Silver kembali.

     "Takda apa. Cuma pelik je sebab you tak duduk dengan yang lain. You gaduh dengan diorang ke?" tanya Avia sebelum menoleh ke arah Alpha yang sedang merenung ke arahnya. Aiii, lain macam dia tenung aku. Dia marah aku ke apa ni?

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now