Bab 43

21.4K 2.2K 666
                                    

Datin Quin Avin melangkah keluar dari lif rumahnya sebelum dengan perlahan dia mengambil tempat di sofa rumahnya. Umur yang semakin meningkat membuatkannya berjalan menggunakan bantuan tongkat.

"Mummy dah makan?" tegur Nur lembut.

"Dah. Mana semua orang?" tanya Datin Quin Avin sambil memandang ke sekeliling.

"Diorang ada dekat dapur. Nur panggil diorang sekejap ya?" kata Nur sebelum dia terus melangkah masuk ke dapur. Mereka semua dipanggil kerana Dato Arfan dan Datin Quin Avin ingin menyerahkan syarikatnya kepada anak-anak mereka. Sudah tiba masa untuk pencen. Hidup dah tak lama.

Dato Arfan, Qey Ari, Lisa, Qey Aron, Andrea dan Qey Aris melangkah keluar dari dapur sebelum mereka semua mengambil tempat di sofa ruang tamu rumah itu. Hanya Nur sahaja yang berdiri di belakang sofa.

"Ada hajat sebenarnya daddy kumpulkan kamu semua dekat sini," Dato Arfan memulakan kata-katanya.

"Kenapa ni daddy? Macam ada hal penting je?" tanya Qey Aris. Anak ketiga dari keluarga kaya itu.

"Daddy nak berhenti. Dan daddy nak kamu semua sambung pelayaran syarikat kita," kata Dato Arfan mendatar.

"Daddy nak pencen dah ke?"

"Iya. Jadi saham syarikat daddy akan beri 100% atas nama kamu bertiga," kata Dato Arfan perlahan.

"Macam mana dengan Avrin?" tanya Qey Aris yang masih rindukan adik bongsunya.

"Jangan sebut nama tu, Aris. Mummy tak suka," kata Datin Quin Avin mendatar.

"Sudah-sudah lahtu mummy. Dah berbelas tahun benda ni berlalu. Boleh tak mummy stop?"

"Diam Aris. Kau tak berhak cakap dengan mummy macam tu," celah Qey Ari.

"Kamu tak perlu risau dengan Avrin. Dia sudah cukup senang berbanding kita. Kamu hanya dapat satu syarikat, tetapi adik bongsu kamu tu ada banyak syarikat. Keluarga dia lagi senang dari kita. Dia tak perlukan bantuan kita," kata Dato Arfan perlahan.

Nur hanya mendengar sebelum dia mengukir senyuman nipis. Sangat gembira apabila keluarga suaminya itu masih tidak terima Avrin dalam keluarga.

"Tapi daddy...,"

"Takda tapi Aris. Mereka kelurga pembunuh. Mummy tak sanggup nak terima pembunuh dalam keluarga kita," kata Datin Quin Avin mendatar.

"Tapi macam mana kalau keluarga diorang tak bersalah?"

"Tak bersalah apa lagi Aris?! Kamu dah lupa ke apa dah jadi dengan Ashron?! Apa yang dah jadi pada abang sulung kamu! Kamu dah lupa?!" kata Datin Quin Avin kuat. Mereka semua hanya mendiamkan diri. Hanya Nur sahaja mengukir senyuman penuh makna.

Ktakk!

Tiba-tiba bekalan elektrik runah itu terputus. Rumah yang mewah itu menjadi gelap gelita sebelum lampu kecemasan tiba-tiba menyala.

"Apa ni?" tanya Andrea perlahan.

"Kejap. Along nak pergi check suis rumah," kata Qey Ari sebelum dia terus bangun dari duduknya. Kaki terus melangkah ke bilik kawalan rumah banglo itu dengan bantuan lampu dari telefon bimbitnya.

"Peliknya. Tiba-tiba je elektrik terputus. Selama Lisa kahwin dengan Ari, tak pernah lagi rumah ni terputus elektrik," kata Lisa mendatar.

"Takpalah. Biar Ari pergi check dulu apa yang patut. Kalau masih tak boleh nak hidupkan elektrik, kita call je pihak berkuasa," kata Dato Arfan tenang.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now