PROLOG

18.1K 643 15
                                    

"ROZANA LAILA!" Tinggi nada suara itu menyebut namaku. Langkahku terhenti di depan pintu utama rumah agam.

Aku menoleh ke arah Arjuna. Wajahnya jelas kelihatan dingin. Langkah kakinya mula menuju ke arahku. Tubuhku dipeluk erat.

"No... No. Please don't go. Abang tak patut paksa Laila untuk bagitahu. I'm so sorry. Jangan tinggalkan abang, please." Rayunya.

Tubuhnya yang memelukku segera aku tolak kuat. "Laila menyesal jatuh cinta dengan abang." Ucapku ringkas.

Tombol pintu emas yang berada di hadapanku segera aku pulas. Meninggalkan Arjuna keseorangan di hadapan pintu.

"Kalau Laila pergi juga. Abang tak jamin yang Laila akan bahagia." Sempat Arjuna berkata sebelum aku mula pergi jauh darinya. Aku mengetap bibir rapat. Memikirkan semula tentang keputusan yang sedang aku buat sekarang ini. Patut ke aku tinggalkan Arjuna?

Aku tidak menoleh ke belakang. Sebaliknya, aku teruskan langkah kakiku menuju ke arah kereta Tesla milikku. Arjuna tidak lagi menghalang perbuatanku.

Segera aku memasuki perut kereta. Susuk tubuh Arjuna masih kelihatan jelas di pintu utama. Dia memeluk tubuh memandang ke arahku. Aku menghela nafas berat. Kepalaku disandarkan ke arah kepala kerusi.

Betul ke apa yang aku buat ni? Rasa tak sedap hati mulai menyelubungiku. Dahiku diketuk perlahan. Segera aku menggeleng. Buang perasaan negatif jauh-jauh.

Kereta Tesla putih milikku dihidupkan. Nak pergi mana ni? Soalan itu terwujud di dalam benak fikiran. Dahi ditepuk sekali. Pergi aje lah mana-mana, yang penting aku pergi jauh daripada Arjuna.

 Pergi aje lah mana-mana, yang penting aku pergi jauh daripada Arjuna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

20 missed calls

Wajah terkejut ditayang sekilas. Mulutku yang terlopong luas segera aku tutup dengan telapak tangan. Aku tak menyangka Arjuna akan call. Sedari tadi memang aku tidak memegang langsung iPhone 12 kepunyaanku.

Aku sibuk melayan drama It's Okay To Not Be Okay yang dilakonkan oleh pelakon cantik Seo Yea-Ji bersama dengan pelakon segak Kim Soo-Hyun.

"Kenapa muka tu terkejut macam baru nampak hantu?" Soal Nabila mengejut. Dia membawa secawan kopi lalu diberinya kepadaku. Nabila Husna. Sahabat baikku buat masa ini. Dialah yang sentiasa bersama denganku tika aku susah mahupun senang.

Senyuman tawar aku berikan kepadanya. "Arjuna. Dia call." Balasku.

"Aih, baru lepaskan isteri satu malam pun dah rindu? Bukan dia dah bagi kebenaran ke dekat kau?" Soalnya lagi. Kalaulah Nabila tahu hal sebenar yang terjadi, mengamuk dia nanti dekat aku. Aku percaya 100% dia akan salahkan aku dan bukan Arjuna.

"Biasalah, rindu." Balasku ringkas.

Nabila terkekeh kuat sambil memukul lenganku. Aku hanya tertawa hambar. Cuba untuk menyorokkan hal yang sebenarnya terjadi.

"Okaylah babe, aku tidur dulu. Dah pukul 2 pagi dah ni. Cerita ni kau nak tengok sampai pukul berapa?" Soalnya.

Aku menjongket bahu sekali. "Tak tahu. Sekarang ni dah episod 13. Bila aku rasa ngantuk, aku tidurlah." Balasku mudah. Nabila hanya mengangguk faham. Dia kemudiannya berlalu pergi masuk ke bilik.

Leherku panjang mengikuti gerak langkah kaki Nabila. Dia dah masuk bilik. Lantas aku mencapai iPhoneku yang berada di sofa empuk milik Nabila.

200 missed calls

Kepala otak dia. Segera aku menaip password iPhoneku dan terus menekan icon calls yang tertera di skrin.

20 missed calls from Arjuna.
70 missed calls from abang Han.
60 missed calls from abang Arkan.
50 missed calls from abang Qaarin.

Dah kenapa tiga orang abang aku tiba-tiba call pula ni? Bersubahat dengan Arjuna ke apa? Aku menekan butang call pada nombor abang Han. Panggilan terus bersambung.

"Laila! Kenapa tak angkat call?!" Suara abang Han kedengaran cemas. Macam ada sesuatu aje ni. Aku mula tak sedap hati.

"Laila power off phone sebab tengah layan drama Korea. Ni kenapa abang Han call tadi? Sampai 70 missed calls Laila tengok." Diam. Abang Han tidak mengeluarkan apa-apa bunyi daripada micnya.

"Abang Han? Kenapa ni?" Soalku. Hati aku mulai tidak tenang. Merasakan bahawa ada sesuatu tak kena yang melibatkan aku.

"Arjuna. Dia-" abang Han tidak menyambung ayatnya.

"Dia? Suami Laila kenapa bang? Jawablah bang!" Nada suaraku mulai meninggi. Perasaan risau aku mulai bertambah.

"Dia accident. Teruk. Sekarang ni kita orang bertiga ada dekat hospital." Balas abang Han serba salah.

Aku terkedu. Air mata mulai mengalir perlahan.

"Laila, bangun." Sayup-sayup suara itu memanggil namaku.

"Laila!" Mata yang dipejam rapat terus aku buka selepas suara itu memanggil kuat namaku.

Aku memandang ke hadapan. Arjuna sedang berbaring di katil hospital. Tangan aku pula memegang tangannya erat.

"Kau mimpi kejadian tu lagi ke?" Aku menoleh pula ke arah suara itu. Abang Qaarin memandangku. Riak wajahnya jelas kerisauan.

Oh... jadi semua itu mimpi.

Mimpi yang menjadi kenyataan.

Mimpi yang menjadi kenyataan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now