BAB 20

3K 222 2
                                    

  "Guess what? I'm getting married soon!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Guess what? I'm getting married soon!"

Pendengaran aku yang kurang jelas ataupun memang betul apa yang dikatakan oleh Serena itu? Aku terpinga-pinga. Menunggu Serena mengulangi semula ayatnya.

Serena tertawa kecil melihatku yang sedang keliru memandangnya.

"I'm getting married soon, Laila. You tak salah dengar pun." Serena berkata lagi. Terloncat riang aku dibuatnya. Serena akhirnya nak kahwin! Kawan aku nak kahwin! Yahoo!

Aku peluk tubuh Serena seerat-eratnya. Kalau boleh, aku langsung tak mahu lepas. Bila lama tak jumpa, inilah jadinya. Tup-tup member dah nak kahwin. Tak sempat aku nak prepare apa-apa.

"Apa ni Ser? You buat I terkejut tahu! Baru aje jumpa, you dah kata nak kahwin. Boyfriend you pun you tak tunjuk lagi dekat I."

Serena menampar lenganku seraya terpingkal-pingkal. Kuat juga penangan daripada tamparannya. Tak fasal-fasal tangan aku terasa kebasnya.

"Kalau I bagitahu you awal-awal, tak surprise lah jadinya. I nak bagitahu dekat you face to face. Baru best dapat tengok reaction you." Beritahu Serena.

Huh.. surprise sangat!

"You kata you nak tengok boyfriend I kan?" Serena bertanya. Laju aku angguk. Siapa aje yang tak nak tengok bakal suami kawan aku yang gorgeous ni? Jujur aku kata, lelaki yang dapat Serena ini memang beruntung. Aku harap dia mampu jaga Serena dengan baik.

Huh.. akhirnya Serena pun akan ada kehidupan dia sendiri tak lama lagi. Dia akan menamatkan status bujangnya.

Sekarang hanya tinggal Nabila aje yang belum menamatkan status bujangnya tetapi aku faham kenapa. Lepas apa yang jadi antara dia dengan Ayden dulu, aku tak rasa Nabila akan buka hatinya untuk menerima lelaki lain. Dia perlukan masa.

"He is behind you!" Sergahan daripada Serena membuatkan aku kembali menumpukan perhatian kepadanya. Sedikit terjongket bahu aku dibuatnya.

Bau minyak wangi Dior Sauvage masuk ke rongga hidung selepas sahaja Serena memberitahuku tentang ketibaan bakal suaminya.

Aku berpusing seratus lapan puluh darjah ke belakang untuk melihat bakal suaminya yang beruntung itu.

Lepas sahaja aku dapat melihat wajah bakal suami Serena itu, mataku terbeliak luas.

Okey... Rasa macam nak tarik balik pula kata-kata positif aku.

Kenapa dia? Serius ke dia ni bakal suami Serena?

Aku undur setapak. Tak tahu nak rasa apa. Sepatutnya aku rasa gembira kerana Serena bakal berkahwin. Tapi lepas pandang aje wajah bakal suaminya, aku tak tahu nak rasa apa. Serius tak tahu.

LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now