BAB 14

4K 283 7
                                    


  "Kau kenapa gila sangat, Lucas?! She's my wife and your job is to protect her

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau kenapa gila sangat, Lucas?! She's my wife and your job is to protect her. Not to make her being a killer!" Bentak Arjuna kepada Lucas.

Aku dan Nabila yang dari tadi duduk di atas sofa itu hanya diam. Langsung tidak bersuara. Telan liur juga aku melihat Arjuna marah. Tak pernah-pernah aku lihat dia semarah ini.

"Sorry, Arjuna. Aku tak tahu pula dia orang datang. Dan aku tak tahu pula kawan rapat isteri kau sendiri bercinta dengan anak buah Lo..err.. Lorenzo." Ujar Lucas. Pandangannya jatuh memandang lantai.

"That's why I told you to find out! Kerja senang macam ni pun tak boleh nak buat ke? Aku bayar kau. Aku bayar kau untuk jaga isteri aku waktu aku tak ada, Lucas! Dia satu-satunya nyawa yang aku ada." Kata Arjuna. Kedua-dua tangannya digenggam erat.

"Abang.." baru sahaja aku ingin cuba memujuk. Namun, laju sahaja Arjuna memberi isyarat supaya aku tidak berkata walau sepatah.

"Arjuna, aku.."

"Dah lah. Benda dah jadi dah pun. Lepasni aku upah orang lain." Arjuna memicit-micit dahinya. Dia cuba untuk menenangkan kembali fikirannya yang sedang bercelaru.

Wajah Lucas pula kelihatan serba salah. Namun, Lucas tidak lagi bersuara. Dia hanya diam seraya bermain jari-jemarinya. Punggungnya perlahan-lahan dihenyakkan pada sofa bertentangan dengan Arjuna.

"Abang.. nanti kita hantar Nabila pergi rumah kak Arisa ya? Bagi dia tinggal sana dulu. At least selamat sikit. Kak Arisa kan pandai silat." Akhirnya Arjuna tidak menghalangku daripada bersuara. Aku merapatkan jarak dengan Arjuna. Lengan Arjuna yang sedang memicit dahi aku usap perlahan-lahan.

Tubuh Arjuna mengeras sebelum dia mengalihkan kepalanya memandangku. Matanya menatap aku lama sebelum kepalanya mula mengangguk.

"Lucas, you can go. Nabila, bangun sekarang. Aku hantar kau sekarang juga." Arah Arjuna.

Masing-masing akur dengan arahan yang diberikan oleh Arjuna tadi.

"Arjuna, kau nak aku jadi dri-"

"Tak payah. Aku boleh bawa kereta sendiri." Penuh dingin suara Arjuna menuturkan ayat itu.

Aku pandang Lucas. Walaupun bukan salah aku, tapi aku rasa agak serba salah pula melihat Lucas yang sudah sedaya upaya cuba untuk menyelamatkan aku dan Nabila sewaktu dikejar tiga buah kereta hitam itu.

Nak bersuara, tapi lidah terasa kelu. Langsung tak mampu untuk mengeluarkan sebarang suara.

Kami berempat masing-masing mula mengorak langkah meninggalkan rumah agam.

Kini sudah menjadi tugas pengawal-pengawal upahan ayahku untuk menjaga keselamatan rumah agam ini. Dalam beberapa minit lagi, mungkin mereka akan sampai.

LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now