BAB 40

661 72 0
                                    

Dengan hati yang berdebar hebat, akhirnya aku gagahkan mata untuk memandang pada wajah lelaki di hadapanku sekarang ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan hati yang berdebar hebat, akhirnya aku gagahkan mata untuk memandang pada wajah lelaki di hadapanku sekarang ini. Fikiran aku masih tidak dapat lupakan apa yang dia telah buat pada aku semasa di tempat puaka itu.

"So, you came here because you miss me, right?" Dengan yakin, dia meneka.

"Jangan mengarut, Syafiq. Aku datang sini sebab aku nak tanya beberapa soalan." Aku membalas dengan nada dingin.

"Oh, kau nak jadi detektif pula sekarang? Sure,"

Aku pejamkan mata sesaat sebelum menghela nafas pendek.

"Pasal Lorenzo dan Serena. Kenapa kau bekerjasama dengan Lorenzo?" Soalan pertama dariku mula diajukan.

Syafiq mengelus dagunya sebelum tersenyum sinis memandang aku.

"Well, It's because of you. Actually, kau bukan the main point bagi Lorenzo. Kau cuma ada kaitan sedikit. That's all." Jawabnya. Aku tahu Syafiq tak menipu.

"Ok so, siapa main point bagi Lorenzo?" Soalan kedua pula kali ini. Mungkin sangkaan aku akan benar tapi aku nak pastikan perkara itu sendiri daripada Syafiq.

"Takkan kau tak tahu, Lai? Obviously it's your husband." Terus terang Syafiq membalas sebelum pegawai di situ menamatkan perbualan kami. Mahu saja aku tanya selanjutnya tetapi masa tidak lagi mengizinkan. Aku ingatkan sangkaan aku benar, ternyata salah.

"Aku tahu kau tak dapat jumpa dengan Lorenzo dan Serena. Sebab tu kau datang sini kan? Well, that's all I can say. Selebihnya depends pada suami kau sendiri." Sempat Syafiq bersuara sebelum dibawa kembali ke dalam penjara.

Jeda. Lorenzo libatkan aku disebabkan aku isteri Arjunakah selama ini? Jadi orang yang penting pada Lorenzo bukan Lucas tetapi... Arjuna.

Fikiran mulai runsing memikirkan hal yang terjadi. Perlahan-lahan aku mengorak langkah keluar dari penjara itu. Disebabkan Lorenzo merupakan ketua gelap terbesar di Itali, aku tak dapat untuk bertemu dengannya sekarang ini. Kawalan untuk menjaga dia dan Serena semestinya ketat.

Keluar saja dari penjara itu, mataku terus dihiasi dengan kereta Mercedes hitam milik Arjuna. Lantas aku bergerak menuju ke arah kereta itu untuk masuk ke dalam.

"Sayang, okey tak ni?" Lantas Arjuna bertanyakan soalan.

Entah kenapa, tiba-tiba jantungku berdegup kencang tidak seperti biasa. Iris mata memandang ke sebelah. Laju aku memegang dada, cuba untuk mengawal agar kembali normal.

"Sayang? Laila, hei..." Arjuna cuba menyentuhku tapi aku tepis. Entah kenapa rasa tidak selesa dengannya. Mungkin kerana pelbagai fikiran negatif yang menusuk masuk ke dalam otak.

LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now