BAB 45

753 60 2
                                    

Sudah hampir setengah jam, aku memeluk erat tubuh Arjuna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah hampir setengah jam, aku memeluk erat tubuh Arjuna. Dia masih lagi menangis teresak-esak. Surat yang berada di atas meja itu segera aku tatap untuk membaca isi kandungannya.

Dear Arjuna,

   Maafkan papa. Maafkan papa kerana tak menjadi seorang papa yang baik untuk Arjuna. Papa gagal untuk tengok anak papa sendiri membesar. Waktu Arjuna baca surat ni, Arjuna jangan menangis ya? Anak jantan tak boleh menangis! Papa tahu anak papa ni kuat orangnya. Kuat macam papa.

   Papa minta maaf. Papa minta maaf sebab tak jumpa Arjuna waktu Arjuna dah besar. Papa ada peluang. Tapi papa tak ambil peluang itu. Semuanya kerana papa ikutkan kehendak papa sendiri. Jujur, papa sangat menyesal. Tapi dah tak ada gunanya. Papa pun dah tiada di dunia ni.

   Papa tahu, anak papa dah kahwin. Semua tu papa dan mama yang rancang. Papa berkawan dengan Tengku Asmari dan Siti Roziana. Mama dan papa juga yang rancang supaya Tengku Asmari, ayah angkat Arjuna sendiri untuk ambil Arjuna dan Arkan sebagai anak angkat mereka. Sebab papa fikir, Arjuna dan Arkan pasti lebih selamat di sana.

   Tapi papa tak beri kakak kamu berdua tinggal sekali dengan kamu. Itu semua atas permintaan Siti Roziana. Ibu angkat Arjuna dan Arkan.

   Soal perkawinan, mama sendiri yang bercadang untuk satukan Arjuna dan Laila. Waktu Arjuna dan Arkan masih kecil dan tinggal di rumah Tengku Asmari, mama selalu datang. Berpura-pura yang mama hanyalah kawan Siti Roziana. Mama sendiri nampak Arjuna rapat dengan Laila. Naluri seorang ibu tak pernah salah, Arjuna. Jaga Laila baik-baik. Laila memang sudah ditakdirkan untuk menjadi jodoh terbaik buat kamu. Jangan menduakan dia, Arjuna. Ingat pesan papa.

   Rasanya itu aje pesanan daripada papa. Teruskan hidup kamu ya, Arjuna. Jaga hati dan jaga iman. Papa takkan ada di samping kamu.

Terima kasih, Arjuna. Papa sayang kamu.

Entah kenapa, mata aku jadi kabur. Setitis demi setitis mula jatuh ke atas kertas. Cepat-cepat aku hentikan air mataku daripada terus mengalir.

Pelukan semakin dieratkan. Belakang badan Arjuna aku usap-usap perlahan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 10, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now