BAB 31

1.2K 131 8
                                    

Pening

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pening. Kepala aku terasa berpinar-pinar. Badan pula sakit yang berdenyut-denyut. Apa yang aku mampu lihat hanyalah kegelapan sekarang ini.

Baru saja aku ingin bergerak, tiba-tiba terasa tangan aku terikat ketat di belakang kerusi begitu juga dengan kakiku.

Hah.. aku dekat mana ni? Apa yang jadi? Kali terakhir aku ingat hanyalah sewaktu aku cuba mengejar Arjuna tetapi aku mengalah selepas itu. Sekarang, kenapa aku boleh berada di tempat ni? Kenapa gelap? Mana Nabila?

Aku gerak-gerakkan lagi tubuhku supaya jatuh ke lantai. Namun, belum sempat aku berbuat demikian, kedengaran bunyi pintu terkuak luas. Langsung tubuh aku mengeras. Dari jauh, bau wangian seseorang masuk ke rongga hidung.

Tiba-tiba terasa sepasang tangan sedang mencengkam plastik yang ada pada kepalaku sebelum dia menarik plastik itu.

Automatik mata aku dipincingkan bagi menghalang cahaya masuk ke dalam mata. Cahaya yang datang tiba-tiba terlalu terang buatku.

"My dear, you're awake!"

Perlahan-lahan aku membuka kelopak mata. Suara ni... Suara yang cukup familiar bagi pendengaranku.

Jeda. Betulkah apa yang aku lihat di depan mata sekarang ni? Diakah? Memang diakah atau aku hanya bermimpi semata-mata?

"Surprise!" Ucap dia.

"K... Kau?"

"Yes, me. Kenapa, Laila? Terkejut? Takut?" Soalnya dengan nada seolah-olah ingin memprovokku.

Kenapa dia? Kenapa mesti dia? Kenapa mesti Syafiq?! Apa yang terjadi? Macam mana aku boleh berada dengan dia dalam bilik kosong ni? Siapa bawa aku?

"Kau mesti clueless sekarang, kan? Tak apa, nanti aku ceritakan segalanya pada kau. Sekarang, waktu untuk kau makan. Aku tak nak tengok bakal pengantin aku kelaparan."

Syafiq mengambil semangkuk bubur di atas meja yang berada tidak jauh dariku. Lantas dia menyuakan sesudu ke arah aku. Tapi, aku menukar pandang. Pandangan aku dibawa ke sebelah kanan. Aku tak nak makan.

Syafiq kemudiannya meletakkan mangkuk itu di atas ribanya. Matanya masih tetap memandang aku.

Apa yang berlaku? Syafiq ke yang culik aku? Tapi, kenapa? Kenapa aku? Di mana Serena? Mana tunangnya sekarang ni? Macam mana aku boleh lupa apa yang terjadi?

Serius, serasa mahu menangis sekarang ini. Syafiq... Dia kembali dengan sifatnya yang dulu.

Perlahan-lahan tangan Syafiq tiba-tiba naik mengusap pipiku sebelum membawa wajahku menghadapnya. Ingin saja aku tepis sekarang ini, tapi apakan daya? Tangan aku terikat.

Kepalaku cuba bergerak-gerak untuk menghalang tangan kekar Syafiq yang berada pada wajahku tetapi tangannya tetap saja di pipiku.

"Apa ni, Syafiq?" Aku bertanya, masih dengan nada sederhana. Ikutkan hati mahu saja aku menjerit minta tolong.

LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now