BAB 19

3K 265 9
                                    

Usai membersihkan diri, aku membuka pintu bilik air yang berada bersebelahan dengan dapur rumahku

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Usai membersihkan diri, aku membuka pintu bilik air yang berada bersebelahan dengan dapur rumahku. Baru sahaja beberapa langkah aku keluar dari bilik air, kedengaran bunyi gelas kaca jatuh ke lantai. Terus aku menoleh ke sebelah kananku.

Kelihatan Arjuna sudah terlebih dahulu memandang aku. Matanya langsung tak berkedip. Rupa-rupanya dialah punca gelas kaca pecah. Bertuah betul.

"Abang ni cuai lah," aku menegurnya. Lantas aku bergerak ke dapur untuk mencari penyapu dan penyodok. Jumpa sahaja apa yang dicari, aku terus membuka langkah ke tempat gelas kaca yang pecah tadi.

"Nasiblah gelas yang abang pecahkan ni murah. Kalau mahal? Kan dah rugi tu." Aku membebel sendiri sambil tangan ligat menyapu kepingan kaca di lantai. Entah dia dengar ke tidak.

Selesai sahaja menyapu, aku bergerak mencari tong sampah pula. Nak buang kepingan kaca yang baru aku sapu tadi.

Apabila selesai semua, aku kembali pandang Arjuna. Kerutan di dahiku terbentuk. Pelik. Kenapa Arjuna asyik pandang aku? Sedari tadi waktu aku menyapu, dia langsung tak bergerak walau seinci pun.

Aku pergi mendekatinya. Dah ada betul-betul di depannya pun, dia masih lagi tak bersuara. Mata dia hanya tertumpu padaku. Ada yang tak kena dengan aku ke?

Aku nilai setiap inci tubuh badanku. Apabila tersedar, rasa nak aje lari masuk bilik.

Waktu dengar gelas kaca pecah tadi, aku langsung tak sedar yang aku sedang memakai baththrobe separas lutut. Menampakkan juga sedikit dadaku. Malu!

Lantas aku tutup dadaku yang sedikit terdedah dengan kain baththrobe. Aku kemudiannya berdehem untuk mengalihkan perhatian Arjuna yang dari tadi asyik merenung tubuhku.

"Abang pergilah mandi." Ujarku. Aku langsung tak memandang wajahnya.

"Sayang, can I get my rights as a husband?"

Laju air liur masuk tekak. Aku tak jangka yang Arjuna akan meminta benda itu hari ini. Serius. Aku pun tak tahu sama ada aku bersedia atau tak. Ini kali pertama Arjuna meminta.

Aku genggam jari-jariku menjadi buku lima sebelum kepala diangkat untuk pandang wajah Arjuna.

"What if I say no?" Soalku, inginkan kepastian.

Aku lihat halkum Arjuna mula naik turun. Dia pejamkan matanya untuk sesaat sebelum kembali membukanya.

"Then you should change." Balasnya.

Aku renung matanya. Jelas bahawa matanya betul-betul teringin tetapi dia masih cuba menahan. Emosiku terasa bercampur baur. Nak bagi ke tak nak?

Beberapa minit juga aku hanya berdiri di depan Arjuna. Langsung tak berganjak. Masih memikirkan keputusan muktamad dan akhirnya aku sudah putuskan.

LAILA'S BROTHER (HIATUS)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن