BAB 8

5K 355 6
                                    

  "Abang nak pergi mana?"

  "Abang nak pergi mandi. Badan dah busuk ni. Laila nak ikut?"

Jari telunjuk dan ibu jari menjadi penyepit untuk aku menyepit hidungku. Aku menggeleng.

  "Tak apalah."

Arjuna tersenyum senget. Lantas kemeja putih yang dipakainya dibuka. Dia mencampakkan kemeja putih itu kepadaku.

Belum sempat aku ingin membebel kepadanya, bahuku terus ditolak kuat sehinggakan aku terbaring di atas katil. Posisi di antara aku dan Arjuna membuatkan air liurku ditelan sekali. Arjuna berada di atasku manakala aku berada di bawahnya. Mata kami berdua bertemu. Bibirku diketap rapat.

  "A..abang n..n..nak apa? Per..pergilah mandi." Tergagap-gagap aku berbicara. Nak sahaja aku tolak tubuh sasa Arjuna ke dalam bilik air sekarang juga. Tapi kalau nak dibezakan kudrat wanita aku dengan Arjuna, memang tidak lepas.

Senyuman nakal dibibir Arjuna mula terhias. Anak mata coklat gelapnya kini memandang tepat ke arah bibirku. "Nak tu."

Tidak perlu kata pun aku sudah tahu nak apa selepas sahaja aku memandang pergerakan bebola matanya.

Jari-jemarinya dibawa meliar di tubuhku. Arjuna seolah-olah menyuruhku untuk menerima permintaannya. Rasa tergugat namun aku cuba mengawal reaksiku.

  "Tak boleh." Aku menolak keras.

  "Kalau tak boleh, malam ni abang cancel order Axel." Arjuna mengugut. Riak wajahnya kelihatan serius. Main ugut-ugut ya.

  "Buatlah. Laila lari rumah. Minta cerai." Ingat dia sahaja ke boleh ugut? Ini Laila lah. Laila pun boleh buat.

Berani-berani dia petik nama Axel. Kucing yang bakal menjadi haiwan peliharaanku. Kucing parsi yang mempunyai bulu super-gebu. Belum sampai pun lagi ke rumah. Ya, aku order online. Dunia sudah maju, biasalah.

Kelihatan riak wajah Arjuna bertukar cuak. Dia bingkas bangun daripada posisinya yang mengepung aku di atas katil. "Okay okay, sorry. Laila jangan cakap fasal cerai, please. Abang tak suka." Arjuna mengalah. Yahoo!

Aku turut bangun daripada posisi baringku. "Tahu pun takut. Lain kali jangan jadi miang waktu badan abang tu bau busuk."

Arjuna mencebik kepadaku. "Perangai ni dari keturunan Laila juga."

Lantas Arjuna mengorak langkah ke arah bilik air. Pintu bilik air seperti ingin dihempasnya kuat namun masih kedengaran lembut.

Aku tertawa kecil. Ingat apa yang dia nak itu boleh dapat sesuka hati ke? Memang tidaklah jawabnya.

Aku kini kembali baring di atas katil. Mahu berehat. Demam masih terasa tetapi tidak terlampau seperti mana aku berada di rumah asalku.

 Demam masih terasa tetapi tidak terlampau seperti mana aku berada di rumah asalku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now