BAB 5

5.9K 377 15
                                    

Tudung bawal hitam segera disarungkan di kepala. Langkah kaki laju mengatur ke arah tangga. Dah lambat, dah lambat, dah lambat! Itu sahaja yang berlegar-legar di dalam kepala. Setibanya sahaja di anak tangga terakhir, aku terus berlari ke arah pintu utama.

"Nak pergi mana?" Tangan aku yang baru sahaja ingin mencapai tombol pintu tiba-tiba terhenti. Kepala dipusingkan ke arah suara itu.

Arjuna berdiri memandangku sambil kedua-dua tangannya disilangkan ke dada. Jarak di antara kami agak jauh. Aku di hadapan pintu utama manakala dia berdiri di dapur memakai apron pinky-pinky bercorak kepala bear.

Aku tersengih kecil sebelum mula menjawab persoalannya.

"Nak pergi kerja." Balasku.

"Sini." Ucap Arjuna ringkas. Aku hanya akur lalu terus membuka langkah menuju ke dapur.

"Aku ada sediakan sarapan ni. Makan dulu. Nanti aku hantar kau pergi kerja. Lagipun aku pun nak kena pergi kerja ni."

"Awak kan baru keluar dari hospital. Awal sangat ni kalau nak pergi kerja." Ucapku. Dia ni memang tak tahu erti berehat ke?

"Kau tengok muka aku ni. Ada aku kisah?" Balasnya selamba. Aku mendengus kasar. Memang dia akan berdegil pun. Dari dulu sampai sekarang. Perangai tak pernah berubah.

Aku mengabaikan ayatnya. Mataku tertumpu ke arah meja makan. Nasi lemak dan air coklat panas telah siap dihidang di atas meja. Aku mula menelan liur. Lantas aku bergerak menuju ke meja makan. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi kayu. Menikmati pemandangan sebelum mula melahap.

"Semua ni awak masak ke? Pandainya." Aku memuji.

"Tak adalah. Aku tolong buat air aje. Nasi lemak tu makcik Kiah yang buat. Tak ada masa aku nak buat untuk kau." Arjuna membidas. Aku hanya menjeling tajam ke arahnya.

Sudu yang berada di hadapan sebelah kanan aku ambil lalu aku cedokkan ke dalam kuah sambal. Usai sahaja ambil apa yang aku nak, aku terus membaca doa makan. Lantas makanan lazat buatan makcik Kiah itu aku suakan ke mulut.

Nyum, sedap!

Tiba-tiba rasa diri diperhati. Laju aku mengangkat kepala. "Awak nak?" Soalku.

"Kau makanlah. Aku nak bersiap." Balas Arjuna.

Aku sempat memegang lengan baju Arjuna untuk menghalang dia daripada pergi. "Jomlah makan sekejap. Takpun rasalah sikit air coklat yang awak buat ni." Kataku cuba untuk memujuk.

Arjuna menepis tanganku. "Kau tak faham bahasa ke? Aku tak nak lah." Marah Arjuna. Suaranya ditinggikan kepadaku. Dah kenapa suami aku ni tiba-tiba emo pula.

Aku terus melepaskan pegangan dari lengannya. Kepala ditundukkan sedikit lalu bibir dicebik. Pura-pura merajuk dihadapannya.

Arjuna masih tidak berganjak. Dia berdiri kaku dihadapanku. Tanpa aku sedar, air jernih mulai mengalir perlahan dari tubir mata. Aku memegang dada lembut. Kenapa aku tiba-tiba rasa macam ini? Hati rasa pedih, otak pula rasa, kosong?

Tiba-tiba Arjuna melutut dihadapanku. Aku terkedu seketika. Tangan kanannya memegang daguku membawa kepala aku memandang tepat ke wajahnya. Dia secara spontannya mengusap lembut pipiku.

"Cengeng. Aku minta maaf, okay? Aku tak patut tinggikan suara dekat kau." Suara Arjuna berubah lembut. Matanya memandangku dengan penuh rasa kasih sayang. Benak fikiranku hanya memikirkan dua kemungkinan. Ingatan Arjuna sudah pulih ke? Atau dia sudah jatuh hati dekat aku?

LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now