Tepat pukul lapan malam, aku dan Arjuna berdiri di hadapan sebuah banglo mewah yang terang benderang. Motif utama Arjuna membawa aku ke sini? Zero. Aku langsung tak tahu. Hati hanya merelakan saja untuk ikut dia bersama.
"Jom, sayang." Serentak itu dia menarik tanganku untuk masuk ke banglo mewah itu. Kaki hanya melangkah mengikutinya.
Sampai sahaja di hadapan pintu banglo tersebut, Arjuna menekan loceng dan mengetuk pintu beberapa kali. Tidak sampai seminit, daun pintu terkuak luas. Mempamerkan wajah seorang wanita yang berusia dan aku sendiri tak tahu siapa dia. Hanya senyuman ramah diberi.
"Arjuna, come. She has been waiting for you and your wife." Kata wanita itu sebelum menjemput kami masuk ke dalam.
Arjuna pandang wajah aku sebelum tanganku digenggam erat olehnya. Perlahan-lahan kaki kami berdua melangkah masuk ke dalam banglo. Aku tak tahu nak rasa apa sekarang ini. Ukiran dan ruangan di dalam rumah ini sememangnya menarik perhatianku. Tapi mungkin mata aku sudah selalu melihat perkara yang mewah, kini aku tak lagi rasa teruja.
Tiba-tiba langkah kaki Arjuna berhenti di satu ruang tamu. Automatik tubuhku berlanggar sedikit dengan tubuh besarnya gara-gara mata aku yang memandang ke tempat lain.
Aku pusingkan wajah menghadap ke hadapan. Seorang lagi wanita berusia menjamah pemandangan mataku. Tapi wanita yang ini lebih bergaya jika dibandingkan dengan wanita yang menjemput aku masuk. Pakaian yang dipakai beserta aksesori di tubuhnya itu sangat gah! Mungkin tuan rumah di sini. Tapi siapa dia?
"Mama, I bring her."
Membulat biji mataku. Mama? Aku tak salah dengarkan? Kiranya wanita berusia di hadapanku ini ialah ibu mentuaku?
Oh my gorgeous! Kejutan apakah ini?
"Sayang, ini ibu mentua sayang dan juga mama abang." Jelasnya. Aku dah tahu baru nak bagitahu!
Aku tundukkan sikit badanku kepada ibu mentuaku. Nak dapat restu katakan. Tak nak jadi macam drama Melayu yang selalu tak diterima ibu mentua. Tak aman hidup aku nanti!
"Oh my goodness, Arjuna. Your wife is so beautiful!" Dahi berkerut pelik. Belum sempat aku dongakkan badan, tubuhku terus dipeluk erat oleh ibu mentuaku sendiri.
Kiranya dah restu lah ni kan?
Lantas pelukan dileraikan. Kedua-dua lenganku diusap lembut oleh ibu mentua. Wajahku dipandang lama oleh ibu mentua sendiri. Membuatkan jantung aku berubah tempo. Nervous!
"Laila mesti lapar kan? Jom mama bawa pergi dapur. Kita makan dulu."
"O... Okey, puan."
"Don't call me that! Just call me mama." Pesannya. Okey, mama! Aku akan panggil mama.
Seketika iris mataku memandang sang suami yang sedang menikmati makanan yang dimasak oleh mama. Seketika juga aku memandang mama yang berada bertentangan denganku.
"Mama... tak makan?" Tegurku apabila melihat mama yang asyik memandang kami berdua dengan senyuman lebar.
"Mama dah kenyang. Oh ya, mama naik atas kejap." Pinta mama. Aku dan Arjuna masing-masing hanya mengangguk. Lantas mama meninggalkan kami berduaan di meja makan.
Aku berdehem pada Arjuna apabila kelibat mama tidak lagi kelihatan. Tiada respons daripada Arjuna. Aku langgar pula betisnya. Terus kepalanya dipandang ke arahku.
"Apa semua ni, abang?" Soalku.
Arjuna meletakkan garpu dan sudu yang dipegangnya itu ke atas pinggan. Perhatiannya seratus peratus tertumpu padaku sekarang ini. Badannya turut berpusing menghadapku.
"Abang kata abang akan beritahu segalanya malam ni. Here we are. Lepas habis makan kita ke ruang tamu dan mama akan ceritakan segalanya." Ujarnya. Terus aku membuat raut wajah sedikit cemberut.
"What's wrong, sayang?" Tanya Arjuna.
"Err... mama abang, okey dengan Laila kan?" Tanyaku inginkan kepastian.
Arjuna tergelak mendengar pertanyaanku. Apa yang kelakar?
"Sayang, masa abang jumpa mama abang dulu.. dia paling tak sabar nak jumpa sayang!" Beritahunya. Berbunga dalam pada masa yang sama, malu. Tak sangka... mama memang sudah menunggu aku! Cuma aku aje yang tak pernah ambil tahu.
Arjuna mengusap kepalaku yang bersarungkan tudung shawl.
"Everything is going to be okay after this, dear. Jangan risau."
Kata-katanya sungguh melembutkan hati aku yang sedang tak tenang ini. Makin bertambah sayang aku padanya!
YOU ARE READING
LAILA'S BROTHER (HIATUS)
Romance𝟏𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 ❝𝙄'𝙫𝙚 𝙗𝙚𝙚𝙣 𝙬𝙖𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙩𝙞𝙢𝙚 𝙛𝙤𝙧 𝙖 𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙢𝙚.❞ 𝙝𝙚'𝙨 𝙤𝙗𝙨𝙚𝙨𝙨𝙚𝙙 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙝𝙚𝙧𝙤'𝙨 𝙬𝙞𝙛𝙚. SLOW UPDATE! 100% IDEA SENDIRI. WARNING! READ AT YOUR OWN RISK! ⚠️ VIOLE...