BAB 37

849 92 2
                                    

Semua yang berlaku di tempat Lorenzo ini bagaikan cahaya petir yang menyinari malam yang gelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semua yang berlaku di tempat Lorenzo ini bagaikan cahaya petir yang menyinari malam yang gelap. Hanya beberapa saat saja cahayanya menjadi penyeri malam sebelum kembali gelap.

   "Take care of your wife, Arjuna. I will take care of the rest."

Sempat aku mendengar kata-kata yang meniti keluar daripada bibir Lucas itu sebelum tanganku ditarik oleh Arjuna supaya mengikutinya.

   "Be safe, Lucas." Pinta Arjuna. Lucas hanya mengangguk.

Mataku masih tidak puas daripada mengeluarkan cecair jernih. Semakin lama aku melihat figura lelaki yang terbaring bersebelahan kaki Lucas itu, semakin hebat air mata aku mengalir keluar.

Aku tak mampu gambarkan bagaimana hancurnya perasaan aku ketika ini. Hatiku bagaikan dirobek-robek sebelum ditusuk dengan pisau yang tajam.

Lelaki yang aku percaya... Lelaki yang telah selamatkan aku...

Mati.

Ya, mati.

Mati begitu saja. Tidak sampai beberapa minit. Dia dibunuh betul-betul di hadapan mata aku, Arjuna dan Lucas.

Tepat ditembak pada bahagian kepalanya oleh Serena. Anak Lorenzo sendiri.

Hebat bukan? Rupa-rupanya Serena sudah lama menghendap kami di dalam bilik renang yang besar ini. Serena tidak tersasar. Dia memang sudah lama menjadikan Faris sebagai sasarannya.

Kaki aku mulai lemah. Tidak mampu untuk berlari. Sekali lagi rongga hidung aku terbau darah yang pekat.

   "Sayang, wake up!"

Kata-kata daripada Arjuna itu membuatkan aku menyedari sesuatu. Aku masih tidak keseorangan. Lelaki yang paling aku cintai sekarang masih berada di sisi.

Automatik kaki aku mati langkah. Kerana itu, Arjuna juga turut terhenti langkahnya. Wajahnya cemberut memandang aku. Mula terbias kerisauan pada dirinya.

Tanganku laju mencari revolver yang diberikan oleh Faris. Dapat saja apa yang dicari, aku masukkan pula beberapa butir peluru ke dalam revolver.

   "What are you doing, sayang?!" Sedikit bergetar suara Arjuna. Namun aku endahkan saja. Badanku berpaling ke belakang sebelum langkah kaki di buka agak besar.

   "Laila!" Kali ini Arjuna menjerit memanggil namaku. Aku pejamkan mata sebelum gagahkan diri menuju beberapa langkah ke arah Lucas.

   "Lucas, move!"

Tangan yang memegang revolver itu diacu tepat ke arah Serena. Sebelum melepaskan das tembakan, aku menutup rapat kelopak mataku. Sejujurnya perasaan takut masih saja tersisa dalam diri ketika ini. Tapi, aku lebih memilih ego. Dan ego aku adalah dengan membunuh Serena.

LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now