BAB 35

865 101 8
                                    

"Laila, you ada peluru lagi?" Faris bertanya padaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Laila, you ada peluru lagi?" Faris bertanya padaku. Nafasku yang tercungap-cungap itu segera dikawal.

Sekarang sudah lebih sepuluh orang pengawal aku dan Faris kalahkan. Sudah tentulah selebihnya berpihak pada Faris. Aku boleh dikatakan hanya menjadi pembantunya. Mahu pegang senapang pun sudah lenguh, apatah lagi menembak.

"Ada." Aku hulurkan beberapa butir peluru pada Faris. Faris mula masukkan peluru-peluru itu satu persatu ke dalam tempatnya.

"Faris, berapa jauh lagi untuk kita keluar?" Aku bertanya. Jujur, aku dah mula penat dengan semua ini. Tempat ini bagaikan tiada jalan keluar bagiku.

"Kalau ikut rancangan I, kita hampir. Pengawal pun boleh dikatakan tinggal beberapa aje lagi untuk kita kalahkan." Beritahu Faris.

Aku menghela nafas panjang. Tenaga perlu segera dikumpul sebelum pengawal datang mencari aku. Aku yakin, mesti Syafiq sudah tahu tentang kehilangan aku.

Tiba-tiba senapang M416 yang dipegang oleh Faris diberikan kepadaku. Automatik aku berubah ekspresi muka.

"I perlu pergi, Laila. I janji I akan datang balik lepas saja semua dah selesai." Ujarnya.

"Selesai? Selesai apa, Faris? Kau nak pergi mana? Jangan tinggalkan aku," Hati aku mula berasa cemas mendengarkan bait kata daripada Faris. Tangan kanan digenggam kuat membentuk buku lima. Dengan cara ini saja aku dapat mengawal emosi yang bagaikan gunung api. Bila-bila masa saja boleh meletus. Sama ada letusan kemarahan ataupun kesedihan.

"I kena pergi untuk backup you, Lai. I pergi tak lama. Nanti I datang balik." Jelasnya.

Aku memegang lengannya, menghalang dia daripada pergi. Hati aku masih terasa berat untuk berseorangan. Dengan zero knowledge tentang tempat ni, aku tak yakin untuk sendiri. Aku tak mampu. Jujur, aku memang tak mampu untuk hadap sendiri. Aku tak sekuat yang disangka.

"Jangan pergi, Faris... Aku tak boleh."

Faris tersenyum tipis melihatku. Dia memegang tanganku lalu diletakkan di sisiku. Sebelah tangannya pula naik memegang kemas bahuku.

"You're strong, Laila. I know. You can face this. Think about Arjuna. You need to be strong for him. Sikit saja lagi." Faris memberi kata-kata untuk menguatkan aku. Walaupun sedikit saja rasa takut yang hilang, aku tetap perlu menghadapnya. Aku tak boleh selamanya takut.

Kelopak mataku ditutup sejenak. Nafas ditarik dalam-dalam dan dihembus dengan perlahan. Salah satu cara untuk aku kumpulkan segala keberanian dan kekuatan yang ada. Ya, ini sajalah caranya.

Baru saja Faris berura-ura untuk pergi tinggalkan aku, aku memanggil namanya.

"Faris. Jangan mati."

Faris tersenyum manis sekali lagi.

"Never."

Entah berapa kali, aku asyik menghembus dan menarik nafas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Entah berapa kali, aku asyik menghembus dan menarik nafas. Seketika aku berjalan mundar-mandir.

Sekarang aku berada di dalam sebuah bilik salah seorang pengawal di tempat ini. Mujur saja, aku berjaya tembak tepat pada dahinya. Dan sekarang, aku tidak ada keberanian untuk keluar dari bilik ini. Semua keberanian aku telah lesap selepas saja aku menembak pengawal yang sudah rebah berbaring di lantai.

Aku pandang pada pengawal yang telah mati itu. Lama aku tenung wajahnya. Apa patut aku buat?

Setelah sekian lama berfikir, aku tekad untuk keluar dari bilik ini. Tapi sebelum itu, aku perlu mengambil beberapa barang keperluan.

Peluru. Tactical vest.

Selesai ambil apa yang patut, aku istighfar terlebih dahulu. Cermin bulat kecil di pintu bilik aku lihat sebelum membuka pintu. Sebagai langkah berjaga-jaga.

Buka saja pintu, aku pandang ke kiri dan kanan. Kalau ikutkan masa sekarang, mesti Serena juga sedang mencari aku seperti Syafiq. Aku tak boleh lengahkan masa lagi. Cukuplah aku dah buang masa dalam bilik ini. Perlahan-lahan, aku menutup kembali pintu bilik.

Aku menarik kepala hoodie sebelum sambung perjalanan. Sepatutnya dalam masa tak sampai dua puluh minit, aku dah sampai di pintu keluar. Itupun kalau tiada apa-apa perkara yang menghalang.

"Find her! Boss will kill us if she escaped!" Suara parau yang lantang itu membuatkan adrenalin aku laju mengalir. Terus aku mengambil tempat untuk bersembunyi. Aku duduk dihadapan pintu bilik pengawal tadi. Aku tak sepatutnya tutup pintu bilik ni. Kalau tidak, boleh saja aku masuk balik.

"Alex, Serena said there's a betrayer around us. She killed him."

Jeda. Hampir-hampir saja aku ingin mengeluarkan bunyi tetapi tanganku pantas menekup mulut sendiri.

Faris...

Betulkah?

"That's good then. We don't need to waste time for that bastard." Sempat aku mengerling sekilas memandang pengawal lelaki itu, Alex.

Dia tersenyum puas. Memang beginikah orang-orang Lorenzo?

Hilang saja kelibat dua orang itu, aku terus menghembus nafas dalam. Dada seakan-akan terasa sesak setelah mendengar berita itu. Gigi diketap kuat.

BANG!

Bunyi tembakan yang dekat denganku itu membuatkan jantung aku berdegup laju. Lidah terus terkelu.

Aku curi-curi pandang sedikit untuk melihat empunya badan yang menembak itu.

Tak nampak. Pakaiannya serba hitam, membuatkan aku sukar untuk mengecam tuan punya badan. Wajahnya turut disembunyikan.

Beberapa saat kemudian, kelibat itu bangun. Kakinya seperti menuju ke arahku.

Perlahan-lahan aku menarik tombol pintu bilik. Namun belum sempat aku berbuat demikian, tangan aku laju disambar olehnya.

"Shhh." Dia letakkan jari telunjuknya pada bibirku. Langsung aku tarik nafas lega.

Faris! Ya.. orang yang aku ingat sudah mati itu ternyata bukan dia. Aku panjatkan syukur.

"I told you, I'm not going to die."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now