BAB 41

638 60 0
                                    

"Sayang, nah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang, nah." Satu kon aiskrim berperisa coklat dihulurkan ke arahku. Tanpa ragu-ragu, aku mengambil aiskrim itu daripada tangan Arjuna.

Mata ditutup sejenak, menikmati rasa aiskrim yang boleh dikatakan lama juga aku tak rasa.

"Abang beli dekat mana ni? Sedap dia lain macam." Ujarku.

Arjuna tersenyum manis melihatku. Haih, senyuman yang aku rindu... kini berada tepat di hadapan mata. Tiga bulan aku tak dapat melihatnya, memanglah rindu!

"Abang beli dekat kawasan sini je." Jawabnya bersahaja.

Aku hanya mengangguk sebelum kembali menikmati rasa. Selepas ni, tiada lagi aiskrim dari Itali yang aku dapat rasa. Sebabnya, hari ini aku dan Arjuna akan bertolak pulang ke tanah air. Hati aku mungkin akan separuh rindu dan mungkin separuh lagi tidak.

Jam menunjukkan pukul enam petang. Aku akan mula bergerak pada pukul dua belas tengah malam. Lama lagilah nampaknya. Keluarga aku pula sudah bertolak lebih awal dariku.

Keluhan kecil tiba-tiba terlepas dari mulutku tanpa sengaja. Langsung mengundang kerutan di dahi orang sebelah. Arjuna menarik tubuhku rapat dengannya.

   "Kenapa sweetheart tiba-tiba mengeluh ni? Is there something wrong?" Dia bertanya sambil tangannya sudah memeluk bahagian bahuku.

   "Sejak bila abang panggil Laila dengan panggilan 'sweetheart'?" Aku bertanya balik. Bingung.

Arjuna dengan selamba hanya mengangkat bahunya.

   "Saja. Now, tell me. Is there something wrong? Sayang ada tertinggal apa-apa ke? Kita boleh patah balik. Banyak masa lagi ni."

Aku tersenyum mendengar respons darinya. Tak lucu, tapi prihatin.

   "Hm, tak ada apa pun sebenarnya, abang. Cuma, Laila rasa lega. At the same time, Laila rasa penat. Penat dengan apa yang dah jadi dan lega sebab semuanya dah berakhir. Laila pun tak sangka yang Syafiq akan buat macam tu dekat Laila. Daripada kawan sejak kecil, terus jadi musuh." Akhirnya, aku luahkan apa yang terbuku.

Aku pandang Arjuna. Matanya sudah terlebih dahulu menatapku. Kantung matanya tersenyum begitu juga dengan bibir pinkishnya.

   "Sweetheart fikir banyak sangat ni," perlahan-lahan, tangan Arjuna memegang kepalaku. Membawa aku bersandar di bahunya. Lantas itu tangannya mengusap lembut kepalaku yang dilitupi dengan tudung shawl hitam.

   "Semuanya sudah ditakdirkan, sweetheart. Never ask the fate why your life become like this. Instead, accept it.  Accept it with your full heart. So that, our life will be happier."

Aku terus mengalihkan kepalaku, cuba untuk memandang wajahnya. Kedua belah tangannya terus saja memegang pipiku. Lalu diusapnya lemah lembut.

   "Sayang ingat tak waktu kita kena kahwin paksa dulu? Sebab dah terbukti kita bukan adik beradik kandung? Waktu tu, abang pun macam sayang juga. Marah dan kecewa. But of course, abang control. Takkanlah nak tunjuk depan sayang. But after our marriage, hati abang jadi lain selepas abang cuba untuk terima. It became... more peaceful. Lagi-lagi bila dengan sayang. Since that, hati abang terus terima dan cintakan sayang. I know it sounds cringe but that's really happened to me."

   "Hati-hati, Lai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   "Hati-hati, Lai. Jangan lupa call aku kalau kau dah sampai sana." Nabila sempat berpesan padaku. Habis hancur maskara yang dipakainya gara-gara air yang keluar dari tubir matanya.

Aku senyum sekilas pada Nabila. Selama ni, tak pernah-pernah pula dia bazirkan air mata untuk aku. Lepas aku dah tolong dia carikan boyfriend hari tu, pergh! Terus aje terhutang budi dekat aku.

Ya, sekarang Nabila dan Eshan sudah menjadi pasangan. Entah macam mana dia orang boleh serasi, aku pun tak tahu. Mungkin sebab masing-masing hidup sendu kut.

"Baiklah, Cik Nabila. Kau tu. Hati-hati dekat sini. Itali ni bukan kecil tahu. Kalau kena culik macam aku, naya kau."

Nabila hanya tertawa kecil. Gaya ayu pula tu. Al-maklumlah, depan boyfriend.

"Have a safe flight, Lai. Lepas ni awak tak boleh tengok muka kacak ni dah." Giliran Eshan pula bersuara. Jari telunjuknya dituding ke diri sendiri. Perasan! Nasiblah betul.

   "Yeah, totally true, Shan. Tapi sayang, muka awak tak sekacak husband saya." Aku tudingkan ke arah sang suami. Gaya acah-acah mengpromot suami sendiri. Dengan senyuman bangga aku tayangkan pada Eshan dan Nabila. Mereka berdua hanya tersenyum.

   "Its time, sayang. Shan, thank you and take care." Arjuna berjabat tangan bersama Eshan sebelum menarik lenganku agar mengikutinya ke lapangan terbang.

   "No hal, bro! Semoga selamat sampai!" Sempat aku dengar Eshan melaung tatkala kaki sudah melangkah menjauhi mereka berdua. Nampaknya hanya tinggal Eshan dan Nabila sahaja di Itali. Katanya nak ambil masa lebih sikit untuk date.

   "Abang, kenapa abang terima kasih dekat Eshan? Is there something happened between you two?" Tiba-tiba soalan itu terlintas dalam fikiranku. Aku mencerlung Arjuna tajam. Menantikan jawapan yang aku inginkan.

Arjuna pula semakin menarik aku rapat dengannya. Langkah kaki mula dilajukan untuk menaiki kapal terbang.

   "Nothing, sayang. Like I said before, don't think too much."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now