BAB 7

5.4K 366 31
                                    

Kaki dijengket perlahan-lahan. Ini aje caranya untuk aku pergi kerja tanpa pengetahuan Arjuna. Sneak out!

Belum sempat aku menyentuh anak tangga pertama, tiba-tiba..

"Puan Laila nak pergi mana?"

Laju aku berpusing ke arah punca suara. Kelihatan Makcik Kiah yang memegang bulu ayam di tangannya sedang berdiri kaku memandangku. Aku tersengih sekali sebelum menjawab.

"Makcik Kiah jangan bagitahu Arjuna. Saya nak pergi kerja." Jawabku.

"Tapi Tuan Arjuna cakap dekat makcik yang Puan Laila demam." Kata Makcik Kiah. Aduh, spoil betul lah bibik aku ini.

"Demam sikit aje. Makcik Kiah faham lah sikit. Saya ni dah sebulan tak masuk kerja." Makcik Kiah memandangku dengan penuh curiga. Kedua-dua tangannya dibawa ke pinggang. Aku senyum terpaksa kepada Makcik Kiah. Tolong lah bagi aku pergi. Demam sikit aje, bukannya teruk sampai tak boleh berjalan.

"Sayang nak pergi mana tu?" Suara garau yang tiba-tiba memasuki gegendang telinga itu membuatkan tubuhku mengeras seketika. Sayang?

Lantas kepala ditoleh ke arah suara tersebut. Muka cuak ditayang sekilas. Kantoi sudah aku. Aku menelan liur memandang Arjuna yang menyilangkan kedua-dua tangannya di dada manakala tulang belakangnya disandarkan ke dinding.

"Sayang?" Itu sahaja yang keluar daripada mulut. Arjuna saja nak flirty dengan aku ke apa ni?

"Yalah. Kau kan isteri aku. Aku pula suami kau. Suami kena lah tahu si isteri nak pergi mana."

Aku terkebil-kebil memandang Arjuna. Ingatan dia dah pulih ke? Atau aku hanya berimaginasi semata-mata?

Langkah kaki Arjuna mula maju ke arahku. Aku hanya pegun. Masih lagi tidak lepas memandang wajahnya. Otak aku pula masih cuba untuk memproses apa yang dikatakan oleh Arjuna. Sampai sahaja dia di hadapan aku, baru aku tersedar. Jari-jari kaki kami bersentuhan membuatkan aku hampir terjatuh kerana kedudukan kami yang begitu rapat.

Tangan Arjuna sempat menyelamatkan aku daripada terjatuh buat kali ke berapa aku pun tidak tahu. Kedua-dua tangan aku pula spontan melingkari leher Arjuna. Wajahnya betul-betul di hadapanku. Hidung aku dan Arjuna hampir berlaga.

"Aku tak bodoh, Laila." Aku sempat menangkap ayat itu keluar daripada mulut Arjuna sebelum bibir seksinya mula bersentuhan dengan bibirku.

Tangan yang memegang leher Arjuna lantas aku lepaskan. Aku menolak tubuh Arjuna supaya jauh daripadaku. Sudahnya, tersungkur di lantai juga aku dibuatnya.

Aku memandang Arjuna dengan wajah cemberut. Bibirku ditutup dengan tapak tangan. Jantung aku memang sudah tidak sabar, laju sahaja dia berlub-dub.

Arjuna mengelap bibir menggunakan ibu jarinya. Senyuman sinis mula terukir diwajah.

"You look cute, wife." Kata-katanya itu membuatkan aku makin membahang. Wajahku mula merona kemerahan. Lidah terasa kelu. Tidak mampu untuk berkata-kata. Aku hanya menatap lama wajah kacak Arjuna yang sedang tersenyum sinis memandangku.

"That's your punishment, sweetheart."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now