BAB 11

4.2K 343 5
                                    

Aku melambai-lambai kepada Lucas sebelum kereta putih miliknya hilang daripada pandangan.

Aku kembali mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum.." aku memberi salam.

Mata melilau sekeliling. Apabila mata aku tepat memandang ke arah kelibat dua orang lelaki yang tegak berdiri seraya membuang pandang ke luar tingkap, aku memicingkan sedikit mataku.

Senyap-senyap aku mula bergerak menuju ke arah mereka berdua.

"Tak terkejut, Laila." Suara abang Han membuatkan langkah kakiku terhenti.

"Alah, abang Han spoil lah." Aku mendengus kasar. Abang Han hanya tersenyum mengejek.

Iris mata dibawa memandang seorang lelaki yang berada di sebelah abang Han. Dia hanya memandang ke luar tingkap tanpa menoleh sedikitpun ke arah aku dan abang Han. Aku memegang t-shirt biru gelapnya.

"Abang dah makan?" Aku menyoal Arjuna. Namun, dia tidak menjawab.

Abang Han berdehem. "Aku gerak dulu. Ada hal dekat luar pula." Abang Han meminta izin untuk berundur. Dia seolah-olah memberi ruang untuk aku dan Arjuna.

Aku menatap lama wajah Arjuna. Dia masih tidak menoleh ke arahku. Dia merajuk? Aku ada buat salah ke?

Tubuh tegap Arjuna aku peluk perlahan-lahan. Dia mengangkat bahu sedikit seperti terkejut dengan aksiku.

"Abang..."

Arjuna menepisku. Dia menjarakkan dirinya di antara kami berdua. Hampir-hampir sahaja aku ingin terjatuh tetapi aku sempat menstabilkan diri.

Arjuna memeluk tubuh seraya memandang ke tepi. Langsung tak pandang wajah aku!

"Abang kenapa?" Aku menaikkan kotak suaraku satu oktaf agak tinggi.

Dia masih tidak mengeluarkan suaranya. Suara dia lah yang paling aku ingin dengar sekarang ini.

Aku mula menapak selangkah ke arahnya.

"Jangan dekat." Mendatar suara itu.

Aku berhenti tepat di sebelah Arjuna. Kepala mendongak ke arahnya. Aku menatap wajah kacaknya lama sebelum kening kiri diangkat.

"Kalau Laila dekat juga, abang buat apa?" Soalku ingin tahu.

Arjuna tidak menjawab. Sebaliknya, Arjuna terus mengatur langkah meninggalkan aku sendirian di ruang tamu. Aku mengikut Arjuna dengan ekoran mata.

Agak kecewa tetapi aku cuba tahan. Husband aku pun ada period ke?

"Laila kenapa tercegat dekat situ?"

Aku memandang ibuku yang sudah siap memegang beg bagasi bersaiz besar di tangan. Di sebelahnya pula ada susuk putera bongsuku, Aaron. Mereka berdua sudah berdiri berdekatan dengan pintu utama.

"Ibu dengan Aaron nak pergi mana?" Aku memandang ibuku keliru. Aaron pula selamba menjilat aiskrim magnumnya. Bergaya sungguh adik aku seorang ini. Siap berkaca mata hitam lagi. Fuh!

"Papa ada kerja luar. Ibu, Aaron, Qaarin ikut sekali." Balas ibuku.

Kerja luar? Aku tak tahu lah pula. Kalau tanya sekarang pun, sudah terlambat. Nanti digelar katak di bawah tempurung. Tak mahu aku.

"Akma macam mana?" Aku bertanya lagi.

"Banyak tanya lah kakak! Akma duduk dekat rumah Makcik Leha lah. Itu pun tak reti nak fikir. Makcik Ida dengan Makcik Suri dah balik." Orang lain pula yang menjawab persoalanku. Rasa nak hempuk aje kepala budak depan mata aku ini. Tak apa, aku masih ada kesabaran lagi. Sabar, sabar.

LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now