BAB 12

4.4K 327 8
                                    

Usai menunaikan solat maghrib tiga rakaat dan berdoa, aku bersalaman dengan Arjuna.

"Terima kasih abang sebab jadi imam untuk Laila harini." Aku berkata seraya tersenyum simpul. Arjuna membalas senyumanku.

"Bukan hari ini aje, hari-hari lain pun Laila kena solat dengan abang." Tukas Arjuna seraya mengusap-usap kepalaku lembut. Lantas dahiku diciumnya.

Aku bingkas bangun dan segera melipat sejadah. Telekung yang disarung aku buka dan lipat lalu diletakkan di tempat yang sepatutnya.

"Abang.. merajuk dengan Laila ke tadi?"

Soalanku itu membuatkan Arjuna terkaku ditempatnya. Aku hanya diam menunggu jawapan daripadanya. Arjuna menjelingku sekilas.

"Tahu pun tapi bukan nak pujuk." Balasnya geram seraya menyilangkan kedua-dua tangan di dada. Erk.. nak kena pujuk juga ke?

Aku menapak beberapa langkah mendekati Arjuna. Pantas tubuhnya aku peluk erat. Dada bidangnya pula aku usap perlahan-lahan. Tubuh Arjuna mengeras. Mungkin dia tidak sangka aku akan buat sedemikian.

"Laila minta maaf.." ujarku.

"Abang nak apa? Laila janji kalini Laila bagi." Tambahku lagi. Aku tak nak suami kesayangan aku ini merajuk. Jadi, lebih baik kalau aku pujuk dia dengan hadiah, right?

Aku melepaskan pelukan erat. Kepala mendongak memandang wajah kacak Arjuna. Wajahnya masih lagi sedang berfikir.

Selang lima saat kemudian, dia memandangku. Bibir merahnya jelas sedang melakarkan senyuman sinis. Aku menelan liur sekali. Jangan minta yang bukan-bukan pula!

Kepalanya ditundukkan sedikit mendekati wajahku. Wajah kami sama-sama rapat sekarang ini. Hanya tinggal beberapa inci sahaja untuk bertembung.

"You," sepatah Arjuna berkata. Lantas sahaja dia merangkul pinggangku lalu dibawa ke katil. Tubuhku dihempas lembut ke atas katil.

Arjuna menyatukan kedua-dua tangannya dengan kedua-dua tanganku. Tanganku kemudiannya dibawa naik ke atas. Kedua-dua kaki Arjuna menyepit kuat kedua-dua kakiku.

"Can I?" Lembut Arjuna bertanya. Aku menghela nafas perlahan. Teragak-agak aku mengangguk. Senyuman sinis Arjuna pula semakin melebar. Aku memandang mata Arjuna sekilas. Matanya penuh dengan keinginan dan aku tahu keinginannya itu.

Arjuna bangun dari posisinya. Lantas t-shirt putih lengan pendek yang dipakainya dibuka menampakkan dada bidangnya dan enam ketul roti bun di bahagian perutnya. Aku menelan liur sekali. Kenapa tak menyabar sangat ini?!

"Arjuna! Laila!" Panggilan itu membuatkan aku dan Arjuna terkaku seketika. Siapa pula yang datang lepas maghrib ini?

"Such a spoil brat." Arjuna mendengus kasar. Dia menyarungkan semula t-shirt putihnya lalu dia lantas menuju ke luar. Aku yang berbaring di atas katil bingkas bangun. Aku menyarungkan tudung sarung di kepala lalu aku terus membuntuti langkah kaki Arjuna.

Suara sahutan itu datangnya dari arah pintu utama. Aku menggenggam baju Arjuna kuat. Entah kenapa rasa tak sedap hati.

Pantas Arjuna membuka pintu. Kelihatan Lucas sedang berdiri betul-betul dihadapan pintu. Tapi.. dia tidak seperti biasa. Wajahnya cemberut seperti menahan kesakitan. Lengan kirinya luka terkena tembakan. Kemeja putih berserta suit biru gelap yang dipakainya dipenuhi dengan darah.

"Kenapa ni Cas?" Soal Arjuna. Arjuna laju menarik Lucas untuk masuk ke dalam.

"He mad." Mendatar suara Lucas membalas.

LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now