Pejam celik, pejam celik, sudah 2 bulan aku berada di Itali bersama Arjuna. Cepatnya terasa masa berlalu. Tapi aku bersyukur, kerana semua ahli keluarga aku juga turut berada di sini. Tak adalah aku rasa sunyi sangat.
"Laila, sini kejap." Panggil ibu dari balkoni. Ibulah yang sentiasa menjadi peneman sewaktu Arjuna tak ada di rumah. Setiap hari, pasti aje ibu akan ke rumahku.
"Ya, ibu? Nak Laila tolong ambilkan apa-apa ke?" Soalku. Namun, laju saja ibu menggeleng, menidakkan.
"Tak payah. Ni, duduk dekat sini. Ibu ada benda nak cakap sikit." Beritahu Ibu.
Lantas kerusi yang berada di sebelah ibu aku tarik. Macam serius aje bunyinya.
"Kenapa ibu?" Soalku keliru.
"Laila dengan Arjuna macam mana, okey? Arjuna ada buat apa-apa yang sakitkan hati Laila tak?" Soal ibu. Lah, soalan tipikal ibu-ibu. Ingatkan ada benda serius tadi.
"Setakat ni tak ada. Laila dengan Arjuna okey je, ibu." Balasku dengan segaris senyuman di wajah.
Ibu menghela nafas lega. Apa yang difikirkan oleh ibu, aku pun tak tahu. Tapi aku yakin, itu cumalah mainan perasaan seorang ibu. Hai, tak terbayang pula nanti bila aku bakal menjadi ibu. Aku harap aku mampu menjadi seorang ibu yang baik kepada anak-anak aku suatu hari nanti.
"Ibu nak minta maaf dekat Laila. Sebab mula-mula ibu paksa Laila untuk kahwin dengan Arjuna. Kalau ibu tak paksa, mungkin Laila takkan putus dengan Faris. Mungkin Faris takkan lang-" ayat ibu tiba-tiba terhenti.
"Lang apa, ibu?" Aku cuba membuatkan ibu menyambung semula ayatnya. Tapi, ibu hanya menggeleng dengan senyuman ikhlas di bibir.
"Ibu, jom balik." Abang Qaarin tiba-tiba bersuara dari arah belakang. Inilah dia, pemandu ibu.
Ibu bingkas bangun meninggalkan aku keseorangan di balkoni. Aih, nak balik macam itu aje? Takkanlah aku perlu tinggal sorang-sorang dekat sini? Arjuna pun masih belum balik lagi. Maklumlah, lepas dapat apply kerja jadi doktor haiwan. Makin sibuk dia jadinya.
"Ibu balik dulu ya, Laila. Jaga diri." Pesan ibu. Aku mengiringi ibu sampai di depan pintu. Hilang saja kelibat mereka berdua, aku segera menutup daun pintu.
Kaki dibuka menuju ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan pada sofa empuk yang telah tersedia.
Lama lagi ke Arjuna nak balik ni? Bosan betul. Ingatkan selama enam bulan dekat Itali, Arjuna memang hanya ada waktu untuk aku aje. Tapi, lain pula. Kenapa tiba-tiba dia nak minta kerja pula? Hari itu bukan main kata tak nak apply apa-apa kerja. Haila.
Daripada tunggu Arjuna, lebih baik aku kemas apa yang patut.
Aku bingkas bangun untuk mengambil mini vacuum yang berada di dalam stor. Namun, belum sempat aku menuju setapak, tiba-tiba kedengaran bunyi telefon yang memaksa aku untuk mengangkat.
YOU ARE READING
LAILA'S BROTHER (HIATUS)
Romance𝟏𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 ❝𝙄'𝙫𝙚 𝙗𝙚𝙚𝙣 𝙬𝙖𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙩𝙞𝙢𝙚 𝙛𝙤𝙧 𝙖 𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙢𝙚.❞ 𝙝𝙚'𝙨 𝙤𝙗𝙨𝙚𝙨𝙨𝙚𝙙 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙝𝙚𝙧𝙤'𝙨 𝙬𝙞𝙛𝙚. SLOW UPDATE! 100% IDEA SENDIRI. WARNING! READ AT YOUR OWN RISK! ⚠️ VIOLE...