BAB 17

3.4K 276 5
                                    

"Thank you, abang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Thank you, abang." Bertubi-tubi aku mengucup wajah Arjuna. Gembira tak terkata.

Arjuna mengelap dengan selamba wajahnya yang dipenuhi dengan aiskrim. Lebih-lebih lagi di bahagian pipi. Aku tergelak kecil. Comot! Kesan aiskrim itu semua berpunca daripada aku juga. Haha.

"Aiskrim nak dekat habis. Abang tolong orderkan lagi boleh?" Pintaku. Siapa aje tak mahu gelato dari Itali? Sedap kut!

"Laila pergi lah order sendiri." Penuh dingin Arjuna berkata. Cih, ni mesti misi untuk membalas dendam sebab rosakkan wajah kacak dia tu. Tak apa, tak apa, setakat nak order aiskrim ini apalah sangat.

Aku bingkas bangun dari tempat duduk. Pandang wajah Arjuna sekilas kemudian jeling tajam. Arjuna pula mengoyak senyuman sinis sambil menyedut air mochanya.

Perlahan-lahan kaki diorak masuk ke dalam kedai Venchi.

Baru beberapa langkah, tiba-tiba tubuhku terasa hilang imbangan. Terhuyung-hayang aku cuba membetulkan semula posisiku tetapi tidak berjaya. Namun, aku bernasib baik kali ini. Tubuhku disambut oleh seseorang.

"Signorina, stai bene?" Prihatin orang itu bertanya. Dengar suara pun, sudah tahu orang yang menyambutku ini merupakan seorang lelaki.

Aku betulkan posisiku sebelum mengukir senyuman ramah pada lelaki itu.

"Sto bene," balasku bersama senyuman.

Aku pandang lelaki depan aku. Apabila sel-sel otak aku kembali berhubung, aku membulatkan mata, tak percaya.

"Sebastian?"

Lelaki itu senyum manis lalu dia mengangguk, mengeyakan.

Aku tekup mulutku. Masih tak percaya. Kemudian aku pandang kiri dan kanan. Lama juga aku dan Sebastian tidak bertemu. Khabar berita daripadanya pun langsung aku tak tahu.

"Macam mana awak boleh ada dekat sini?" Soalku.

Sebastian menjongketkan kedua-dua belah bahunya. "Got some business to do here."

Aku angguk tanda faham. Tak tahu mahu sembang apa. Sudahnya, aku hanya pandang aiskrim untuk dipilih. Semua flavour buatkan aku telan liur. Ikutkan hati, nak aje aku ambil semua. Tapi, takut tak habis pula.

"Awak pula kenapa datang sini?" Giliran Sebastian pula bertanya.

"Beli aiskrim."

"Awak nak beli aiskrim apa? Let me buy it for you." Pelawa Sebastian ikhlas.

Aku geleng. "No need. Saya boleh guna duit sendiri,"

Rasa segan pula nak terima pelawaan Sebastian. Lagipun harga aiskrim di kedai ini bukannya murah. Mahal kut. Tak fasal-fasal Sebastian jadi pengemis dekat sini pula.

LAILA'S BROTHER (HIATUS)Where stories live. Discover now