Bab 1

99 13 1
                                    

     Lia mempercepatkan langkahnya daripada di kejar oleh sekumpulan pelajar. Berlari secepat mungkin. Fikiran memikirkan apalah nasibnya kali ini jika masih di dapati oleh mereka yang berniat jahat padanya. Dengan berkat kaki ku yang laju berlari akhirnya kelibat mereka menghilang dari pandanganku.

Sambil mengeluh Lia melabuhkan dirinya di tangga blok B sekolah.Arah mata aku tolehkan ke atas langit selepas sahaja bahu di sandarkan pada dinding. Irham pernah kata'Kalau rindu Ir, tengoklah atas langit sebab Ir ibarat langit, sentiasa ada dengan Lia'ucapan dua tahun dahulu. Semasa kami berumur 14 tahun, ucapan sehari sebelum Irham pergi mengikut keluarganya berpindah ke Itali.

Kata yang di ucap oleh Irham tak pernah aku lupakan walau sedetik, malah kata yang berbekas di dalam hati menjadi semangat, meski aku tahu semangat itu telah tiada sejak dua tahun dahulu.

'See me Ir.. Lia masih tunggu Ir balik. Lia tak bahagia, Lia masih tunggu kebahagian meski tahu kebahagian itu adalah Ir tapi Lia tahu Ir tak akan balik' Aku meluah isi hati sendiri. Sebak teringat kenangan yang pernah aku lalui bersama Irham, indah tapi hanya sementara. Aku pun tidak tahu kenapa sejak dia pindah satu khabar pun dia tak ada. Padahal dia berjanji tak akan tinggalkan aku. Tapi dia tipu, dia hilang tanpa khabar.

                                 🌹

Daun pokok rose mulai gugur bersama daunnya. Pokok rose yang di hadiahkan dari Irham dua tahun dahulu masih aku jaga, masih aku simpan.Pokok rose berwarna merah yang terletak di meja luar balcony kamarku.Cepat-cepat aku mengambil air untuk di siram. Satu gelas air paip dituangkan perlahan di setiap sudut pasu bungga itu. Hampir sahaja layu sebab semalaman tak di siramnya, maklumlah owner punya bunga buzy. Rasanya boleh di selamatkan lagi, takut betul kalau bunga rose itu mati.Itulah salah satu kenangan yang di tinggalkan dari pemberian Irham. Dulu memang dia selalu bagi bunga rose dengan novel. Setiap bulan mesti dia belikan. Andai boleh diputarkan masa..agar aku dapat lagi rasa saat bahagia dengannya aku akan pastikan kami mencipta kenangan yang lebih banyak sebelum salah satu dari kami menghilang.

Dua tahun hidup aku macam ini aje. Selalu termenung, tak ada kawan, kena buli, pendiam, hati pun rasa kosong. Aku yakin ada benda yang buat aku berubah. Kehidupan semasa Irham ada sangat lain dengan sekarang. Bruhh,i feel so boring. Betul la orang kata hidup ini kena berteman. Tapi aku pula tak suka bergaul dengan orang.Boleh dikatakan seorang yang 'introvert '.Tapi sebosan mana pun aku tetap ada cara meluangkan masa untuk menyibukkan diri dengan membaca novel. Memang jenis suka membaca.

Aku memulas tombol pintu bilik mini libary khas aku dan Irham buat untuk kami bersantai membaca novel.Ir juga suka membaca novel.Dua tahun dahulu kami selalu menghabiskan masa bersama di bilik ini. Aku senyum seketika mengingat kembali memori lama. Mula-mula bilik itu memang kosong. Tapi disebabkan buku novel aku yang dah banyak bertumpuk di bilik tidur, maka Ir dan aku mencipta mini libary yang terletak bersebelahan dengan bilik tidurku sebagai tempat penyimpanan novel dan ruang bacaan. Boleh dikatakan hampir waktu seharian aku habiskan dalam bilik ini.

Banyak novel yang belum di baca ataupun sudah di baca sejak bertahun dahulu. Sampai berhabuk buku.Bukannya tak ada bibik dalam rumah ini cuma aku tak nak orang lain masuk dalam bilik libary ini walau hanya untuk membersihkan. Aku mengambil salah satu novel di rak dan membacanya di balcony luar yang berada di dalam bilik itu.Tenang sangat sambil baca of course kena ada air green tea kesukaanku,barulah nikmat membaca terserlah.

Hampir setengah jam juga aku dating dengan buku ini. Buku aku tanda dengan penanda buku lalu di letakkan di atas meja kecil yang berada di hadapanku. Entah kenapa tiba-tiba teringat sewaktu aku masih kecil. Masa kecil bersama Irham. Terimbas kembali sewaktu Irham mengejekku 'Si ulat buku' dan waktu itu aku marah sangat, sampai menangis. Nasib lepastu Irham pandai pujuk, dia belikan aku aiskrim coklat. Hahaha, kelakar juga bila teringat.

Lamunan mengimbas kembali zaman kecilku terhenti apabila mendengar suara kuat seakan sedang ada yang marah. Itu Suara Papa. Papa marah.

Aku diam-diam mengambil telinga mendengar di balik pintu.

" Tengoklah anak you, asyik terperap dalam bilik aje, sebelum you nasihatkan I baik you pergi ceramah depan anak you tu!.""

Kuat suara papa,rasanya kalau aku dekat luar pun boleh dengar.Walaupun duduk dalam rumah banglo besar ini. Aku dapat rasakan suara papa bergema sampai nak tercabut rasa jantung aku.

" Tak habis-habis nak salahkan anak you, ingat kita ada anak kita sorang tu aje, awak cubalah bagi dia kasih sayang yang cukup! "Kali ini mama pula bersuara.

"Di sebabkan dia lah anak kita mati!You paham tak?! "

Lantas suasana menjadi sunyi sepi. Suara kedengaran makin jauh, aku pasti mereka turun di bawah. Ketika itu hati terasa di tusuk tajam. Bukan kali pertama macam ini. Aku lah yang di salahkan oleh papa atas kematian anak lelakinya.Anak kesayangannya.Yang kononnya nak bagi dia mewarisi syarikat papa. Sebab tu papa perlukan anak lelaki. Habis aku ini apa? Pokok? Batu?.Kini air mata pula yang berbicara.

Kaki bergilir menuruni tangga untuk menuju ke tingkat bawah. Dari sudut belakang aku lihat mama yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Lalu aku munculkan diri di hadapan mama yang sedang termenung melihat kaca tv yang tidak dinyalakan itu.

"Mama kenapa tak tidur lagi? "

"Tak ada apalah, kamu tidurlah dulu ya, sekejap lagi mama naik atas"Mama tersenyum melihatku, namun aku yakin mama sedang memikirkan sesuatu yang membuatkan hatinya sedikit kacau.

"Ma.. Cakap je dengan Lia kalau mama ada masalah, inshaallah Lia boleh tolong"

"Tak adalah, mama cuma fikir pasal papa kamu asyik mengungkit pasal.. "

"Pasal anak kesayangannya lagi? "
Belum sempat mama menghabiskan percakapannya, aku terlebih dahulu memotong percakapan mama kerana aku tahu apa yang hendak di katakan oleh mama.

Lalu riak wajah mama mula kelihatan suram. Pandangannya pula di arahkan ke bawah.

"Lia tak apa ma.. Mama janganlah fikir sangat, lambat laun pun nanti mesti papa terbuka hati nak maafkan atas kematian abang Qael"

"Tapi ini dah bertahun Lia..dah bertahun papa macam ini dengan kamu! "Suara mama teresak-esak berkata, air matanya mulai jatuh. Lantas aku mengelap air matanya dengan jari jemariku.

"Lia tak pernah menyesal ada abang macam Qael.. Biarlah papa nak benci Lia, sebab memang salah Lia, sepatutnya Lia yang mati waktu tu bukannya Qael"

Aku dapat melihat air mata mama semakin deras keluar dari benak matanya. Lalu badannya di peluk erat olehku, untuk menenangkan hati mama aku membuka siaran tv dan mengajaknya untuk melihat cerita drama. Sungguh hati aku sangat rapuh melihat tangisannya. Biarlah aku seorang yang menangung kesedihan asalkan jangan orang tuaku yang merasakan itu. Namun aku tahu kami semua hamba Allah yang mempunyai perasaan, dan tak mungkin seorang ibu tidak sedih jika suaminya sendiri yang membenci anak dari rahimnya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now