Bab 2

50 6 0
                                    

"Mana bas ni? Takkan dah terlepas. Habislah aku! "Lia hampir menjerit apabila melihat hanya dia seorang sahaja pelajar di stesen bas tersebut. Namun andaian meleset apabila bas tiba dua minit kemudian.

"Fuh, nasib baik sempat"Lia bernafas lega setelah duduk di kerusi. Keadaan di dalam bas agak lengang. Mungkin kerana sekarang dia sudah lewat. Lia mengeluarkan sapu tanggannya dan segera mengelap peluh yang menitik di dahinya. Kertas di tangan tanpa di duga melayang. Spontan dia mencapai kertas tersebut. Tiba-tiba...

"Ouch "Tanggannya memegang kepala yang sakit. Dia mengetap bibir. Terteleng-teleng dia mencari empunya diri yang melanggar kepalanya sesuka hati. Amarah mula terbit. Pencariannya terhenti pada seorang lelaki yang sedang duduk di kerusi paling belakang. Lelaki itu selamba sahaja menyandarkan tubuh tanpa rasa bersalah langsung.

Namun aku kembali tenang. Berfikir mungkin lelaki itu tidak sengaja.

"Assalamualaikum semua"Cikgu Tikah memberi salam.

"Waalaikumusalam cikgu"Kami sekelas menjawab salam serentak.

"Cikgu nak perkenalkan kamu semua dengan pelajar baharu"Semua senyap menanti kehadiran pelajar baharu tersebut. Tiba-tiba suasana yang senyap kembali riuh apabila seorang lelaki bertubuh tinggi tiba di hadapan pintu kelas.

"Tengok weh, hensem gila!HOT!"Seorang pelajar dah mula naik ulat bulu. Siapa lagi kalau bukan Tisha and the gang. Huh, bising. Sudahla membuli lepastu gatal, katakan kalau ada peperiksaan bahasa kegatalan memang dia lah yang dapat A plus. CEO OF GATALIS.

Aku sedikit pun tak rasa suka apatah lagi terharu dengan kedatangan lelaki yang bagiku biasa-biasa sahaja. Tak adalah hot macam 'Cristiano Ronaldo'.Sempat aku rasa geli dalam hati bila tengok si gedik tu memuji lelaki yang dah kali keberapa aku pun tak tahu lepas ini lelaki mana lagi yang dia nak test. Aku pasti pelajar baharu itu menjadi target penyakit ulat bulunya.

Jadi inilah pelajar baharunya? Bukan ke dia yang langkar kepala aku dalam bas tadi... Huh.Dah langkar lepastu tak minta maaf. Lepastu tahu-tahu classmate sendiri rupanya.

Entah kenapa aku rasa geram pula dengan lelaki itu. Padahal tadi aku rasa dia tak sengaja. Atau mungkin aku rasa dia sengaja?. Huh! malas fikir.

Hampir setengah jam juga cikgu Tikah bagi kami masa untuk berkenalan dengan pria itu. Semua kelihatan mengerumuni pelajar baharu itu. Tapi aku sahaja yang tetap berada di meja sambil membaca novel. Aku tak nak kenal. Maklumlah orang dah kena penyakit introvert. Lagipun tiada siapa yang rasa pelik kalau aku tak nak kenal orang. Memang semua dah tahu aku jenis tak suka bersosial.

Tengah khusyuk baca novel tiba-tiba perhatian aku tertumpu pada satu suara.

"Siapa nama yang tengah baca novel tu"Dalam banyak-banyak gadis dekat sekeliling kau yang tengah naik gatal dengan kau, aku juga yang kau nak tanya?Bebelku dalam hati.

"Budak mata empat ni ke? Hahaha, nama dia Lia, nevermind she is introvert person" Jawab Tisha dengan muka belagaknya .Ewah,Ewah suka hati kau panggil aku mata empat. Tisha mengalihkan pandangan pria itu kembali memulakan percakapan dengan murid yang lain. Sempat aku rasa geram dalam hati nak aje aku lenyek-lenyekkan Tisha tu dengan ulat bulu, sesuai sama-sama gatal.

🌹

"Kau jangan nak perasan sangat kalau dia tanya nama kau itu sebab kau seorang je nerd!" Dalam tenang aku membaca novel di perpustakaan pada waktu rehat datang pula Tisha and the gang. Mula dah nak buat perangai dengan aku.

Aku hanya diam. "KAU PEKAK KE BODOH!"kuat suaranya memekak dekat telingga aku. Namun aku tetap diam buat-buat tak dengar dan tidak pedulikan dengan kehadirannya.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki di balik celah rak-rak buku. Wait... Sejak bila dia ada dekat sini. Rasanya tadi aku seorang yang masuk dekat perpustakaan ini. Nampak gaya cara dia menampakkan diri di balik rak tersebut kelihatan seperti sudah lama berada di situ. Rak yang jauh dari pintu masuk perpustakaan.

"Kalau ya pun jealous tak payah lah sampai nak memekak dekat libary. You're like an annoying girl, i hate that" Lelaki itu bercakap tepat di samping telinga Tisha sambil tersenyum sinis. Cara dia cakap boleh buat orang naik bulu roma. Aku yang diam kena jerit dengan Tisha pun boleh biasa je, inikan dia yang cakap dengan nada yang perlahan namun mampu buat aku naik bulu roma.

Tisha mengerutkan kening memandang aku.Marah nampaknya. Lepas itu terus keluar menghilang dari perpustakaan.Nasib tak ada cikgu dekat sini, kalau tak memang bilik disiplin kirim salam.

"Hye, saya Arqel Daniel, boleh panggil saya Arqel, kau Lia yang baca buku dekat kelas tadi kan? "Arqel tersenyum bagai kerang busuk.

"Ya, akulah mata empat tadi"Sempat aku memberi jelingan sedikit sebelum mata sambung melihat buku.

"Mata empat pun comel"Telan air liur aku dengar. Entah ikhlas puji atau sahaja mahu menyenangkan hati. Nak mual rasa.

Aku cepat-cepat menutup kembali kulit buku, kerusi di masukkan balik rapi di bawah meja. Makin lama tak selesa pula dekat perpustakaan itu. Tak pasal-pasal di tuduh tengah berdating dekat perpustakaan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now