bab 22

35 0 0
                                    

     Aku memandang ke arah cermin kereta. Lagi berapa minit aku akan bergelar sebagai isteri orang. Perasaan gembira berbaur cemas mulai hadir. Aku melangkah keluar dari kereta dan aku lihat Irham sedang berdiri segak di hadapan pintu masuk masjid. Kacak sungguh bakal suami aku ini. Bila tengok banyak kali boleh pengsan aku. Irham berpakaian baju melayu berwarna putih, jawline yang tajam persis orang barat, bulu matanya yang lentik dan urat ditangannya. Hati Lia berdebar-debar melihat betapa kacaknya bakal suaminya itu.

🌹

"Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Nur Amylia Binti Azman dengan emas kahwinnya bernilai RM 500 tunai!"

" Aku terima nikahnya Nur Amylia dengan emas kahwinnya berjumlah RM 500 tunai! " Irham menarik nafas lega selesai melafazkan akad nikah. Bibirnya diukir senyuman sambil melihat isterinya yang tidak jauh dari situ. Seraya Lia turut tersenyum melihat suaminya.

ALHAMDULILAH... Aku sah menjadi milik Arraz' Irham buat selama-lamanya.

Selesai akad nikah, kami sekeluarga segera bergerak ke majlis. Majlis Lia dan Irham diadakan di dewan. Kami hanya menjemput jiran, saudara dan juga rakan-rakan.

Sebaik sahaja pengantin turun dari kereta kompang dimainkan oleh sekumpulan anak muda. Irhamdan Lia berjalan bersebelahan. Terukir senyum manis antara pengantin lelaki dan perempuan itu. Di sekeliling pengantin digeruni oleh kumpulan the colonna gang. Orang-orang Colonna terlihat segak memakai suit berwarna hitam. Serba hitam macam dalam film-film mafia.

Dari jauh sudah terdengar bunyi riuh-rendah majlis yang berlangsung. Pelamin besar di dalam dewan, kini sudah semakin jelas kelihatan.

🌹

"Selamat pengantin baru bro, malam ni aku nak call kau boleh?" Perangai pengapit pengantin lelaki disebelahnya ini memang suka mengusik, siapa lagi kalau bukan Fariz.

"Kalau kau nak hidup tak lama, cubalah" Uishh tidak beranilah Fariz hendak berurusan serius dengan ketua mafianya itu. Mahu berlari tak cukup tanah dibuatnya. Dia tahu Irham hanya bergurau.

Kami melihat ke arah sekeliling. Tetamu sedang sibuk menjamu selera. Lia dan Irham hanya di atas pelamin sambil bersalaman dengan tetamu yang ingin pulang. Apabila Lia merenung kembali ke arah tetamu matanya tertuju pada Fariz dan Qaseh yang sedang berbual mesra, Lia tersenggih.

"Abang tengoklah kawan abang tu lain macam je" Aku berbisik di sampingnya. Suka melihat kemesraan dua orang itu.

"Fariz...Fariz... Kau pun nak kahwin juga ya" Kami berpandangan dan ketawa melihat gelagat Fariz. Melihat cara Fariz berbual dengan Qaseh memang tidak dapat cam yang dia ialah seorang mafia. Walhal nampak macam lelaki biasa yang mesra. Macam itu rupanya gaya secret mafia.

Majlis sudahpun selesai. Semuanya berjalan dengan lancar. Lia dan Arqel mengambil tempat di meja kosong. Melihat Kak Sarah, makcik Lin dan mama papa sedang sibuk bergambar di atas pelamin. Bukan main lagi mama dan papa berkepit macam dia pula pengantin baru harini. Seketika aku tersenyum melihat mereka.

"Sayang..dari tadi tersenyum kenapa tu" Aku beralih memandang Irham

"tengok mama dengan papa sweet je kan" Aku menunjuk ke arah mama dan papa yang sedang bergurau senda.

"Sayang nak juga ke? Kalau nak boleh je..tapi malam ni lah..senang sikit orang tak nampak" Irham memandang miang isterinya.

"Ishh abang!" Lia naik geram dengan suaminya. Buatkan pipinya menjadi merah merona, malu dan rasa takut pun ada malam ini. Dia belum sedia. Takut pula nak tidur malam ini dengan suaminya.

Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now