bab 15

24 3 0
                                    

     Aku yakin masa sekarang lebih baik aku balik cepat ke Itali. Malas mahu melihat gelagat papa dan Arqel. Meluat aku tengok Arqel berbual dengan papa, dia nak ambil hati papa bolehlah tapi jangan harap dengan anak perempuannya.

    Jalanan mendekati destinasi, resahku semakin reda. Aku menarik perlahan tirai tingkap yang tidak seberapa besar itu. Kelam, hitam. Tidak ubah seperti warna perasaanku suatu ketika dahulu.

     Kini, biarpun hitam itu tidak segelap dahulu, namun ia tetap meresahkan. Kesengsaaran yang selama ini aku bawa ke mana sahaja kakiku melangkah. Kepahitan yang terpaksa kutanggung sejak itu. Cuma, aku terkilan... Kenapa aku perlu tanggung setiap apa yang terjadi ini? Kenapa mesti aku menjadi insan yang derita.

                                  🌹

     Tanpa membuang masa, Lia segera mengemas peralatan belajarnya. Setelah memastikan komputer ribanya ditutup, dia memeriksa pula segala suis perkakas elektrik. Sebagai langkah berjaga-jaga, maklumlah keselamatan harus diutamakan. Jika berlaku litar pintas, tak ke haru-biru jadinya? Setelah berpuas hati, Lia memulas tombol pintu dan keluar melangkah bersama Kak Sarah.

Kak Sarah bercadang nak pergi berjalan-jalan di tengah bandar bersamaku. Cuti semester pertama memang sangat menyeronokkan, aku ada banyak masa untuk merehatkan diri. Cuti semester satu tidaklah terlalu lama, tapi inilah peluang yang banyak untuk aku merehatkan diri dan mengenali seisi kota Milano.

Pergh! Lega betul. Esok belum tentu semudah hari ini. Kami bergerak menggunakan perhidmatan awam, teksi. Hari ini Lia dan kak Sarah berpeluang untuk mengunjunggi 'La Scala Opera House And Museum'.
La Scala Opera House telah menjadi pentas bagi kebanyakkan artis dan seniman muzik ini dianggap mempunyai kelasnya tersendiri. Bukan itu sahaja, tempat ini juga mempunyai muzium yang menempatkan pelbagai alatan muzik, lukisan dan patung artis.

     Alat musik mula dimainkan, alunan muzik yang keluar dengan sempurna melodinya, kami kagum dengan kebolehan orang Itali dalam bermain alat muzik. Melodi klasik tapi serasi dengan jiwa zaman kekinian. Lia dan Sarah mengambil tempat duduk paling atas. Luas pemandangan, lebih selesa untuk dipandang.

Muzik dimainkan sehingga habis, para tetamu di dalam muzium memberikan tepukan gemuruh disaat akhir muzik dimainkan , Lia dan kak Sarah turut memberikan tepukkan yang gemuruh. Kagum, tidak pernah didengar alunan muzik merdu seperti ini. Sememangnya para permain muzik itu bukan orang yang calang-calang. Semua berbakat dan pantas berdiri di panggung muzium itu.

                                  🌹

     "Lia, okey tak ni? " Teguran Kak Sarah kembali menyadarkanku dari lamunan.

"Okey je kak" Senyum palsu terukir dari bibir Lia.

"Kak Sarah tahu Lia tak okey...Apa pun yang jadi Lia kena tabah, Allah tak akan membebani seseorang melainkan dengan kemampuannya. Apa pun Lia boleh luahkan pada kak, anggap je Sarah macam kakak kandung Lia, Kak Sarah anggap Lia macam adik sendiri, jadi jangan ragu-ragu nak bersandar cerita pada Sarah ya.."

Lia tersentuh mendengarnya, suara lembut dan kata yang menyejukkan hatinya. Dia mengucap syukur dalam hati kerana Allah pertemukan ia dengan seorang insan yang baik seperti Kak Sarah. Betullah apa orang kata, nak kenal orang ikhlas kawan dengan kita, lihatlah saat kita sedang susah. Sama ada dia hulur tangan sambut kau jatuh atau dia pijak kau agar kau terus jatuh sehingga tiada daya untuk bangkit kembali.

"Bulan depan saudara Kak Sarah datang sini tau"

"Sedara yang mana satu? "

"Siapa lagi kalau bukan jejaka yang makcik Lin nak perkenakan dengan kamu haritu" Tersengeh-sengeh Kak Sarah memandangku, entah apa yang dia fikir, aku masih keliru.

Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now