bab 11

26 5 0
                                    

     Lia duduk di bangku luar balcony rumah. Menatapi dada langit pada pagi hari. Hari ini aku hanya tinggal bersendirian di rumah makcik Lin, makcik Lin seperti biasa berkerja hingga petang hari di salah sebuah restaurant , kak Sarah pula pergi ke universiti. Aku pula tidak hadir ke kelas kerana cuti sakit. Aku tidak tahu ingin berbuat apa, mahu keluar tapi tidak tahu ingin tuju ke mana. Akhirnya, aku hanya duduk di rumah yang sepi ini sambil menatapi seisi langit yang cerah mendung.

     Aku rindu mereka, sudah sebulan aku menetap di sini. Namun bagi Lia kerinduan ini sudah sangat mendalam. Ingin pulang ke tanah air tapi masih belum ada masa untuk meninggalkan kuliah disini.

     Sedang aku termenung memandang lelangit itu, telinggaku mendengar isyarat tanda terima pesan mesej. Tentulah mama yang memberikan mesej padaku. Cepat-cepat aku mengapai telefon bimbitku yang terletak pada meja kecil di sebelahku. Ada mesej dalam ruang inbox. Ku buka pesan mesej tersebut. Aku terkedu melihat pesan mesej yang tersebut.

pesan mesej yang bertuliskan..
'I still here, from .A.M'

Aku terkejut membacanya. From A.M? Aku tahu mesej ini pasti ditulis oleh penghantar kotak yang berisi novel dan bunga mawar yang pernah ku terima 2 tahun dahulu, sewaktu aku hendak ke ruang balcony depan rumah, satu kotak yang atasnya bertuliskan 'A.M' yang berada di tapak balcony itu. Siapa yang menghantar kotak itu? Tidak mungkin dari Arqel. Kerana nombor telefonnya sudah kusimpan sejak dulu lagi.

    Cepat-cepat aku menutup kembali screen telefon. Fikiranku kacau. Siapa gerangan yang membuat sedemikian? Apa yang ia mahukan dariku? Siapa dia? Jujur aku takut, tapi aku lebih takut jika tidak tahu siapa yang menghantar ini semua. Apa mungkin aku mempunyai seseorang yang menjadi secret sender? Tapi takkanlah. Untuk apa dia mengincar diriku? Hutang tiada, cari masalah? Lagilah tiada. Atau mesej ni dari seseorang yang ku lihat sewaktu berjalan bersama Arqel di dalam mall itu? Jujur aku takut jika pesan mesej dan kotak itu hanyalah perangkap, seolah novel,bunga mawar dan pesan mesej ini adalah niat yang baik tetapi sebaliknya..

     Aku menuang air putih di dalam botol mineral ke dalam gelas kecil. Untuk menenagkan hati sejak hari aku menerima pesan mesej dari seseorang yang tidak diketahui hatiku sedikit kacau. Masih ku fikir siapa empunya yang bernama A.M.

"Lia!Oh Lia.. " Seru makcik Lin. Cepat ku letakkan kembali gelas itu ke dalam singki dapur setelah minum, lalu cepat menuju ke ruang tamu.

"Ya? Ada apa makcik Lin.." Tanyaku sebaik sahaja melihat makcik Lin di ruang tamu.

"Lia duduk sini, ada benda makcik  nak berbual dengan kamu" Tanggannya di tepuk beberapa kali di atas sofa, menunjukkan isyarat aku harus duduk di sebelahnya.

Cepat ku labuhkan punggung di sofa. Sebaik sahaja aku melabuhkan diri, makcik Lin terus menarik tanganku dan mengusapnya.

"Lia.. Nak tak, makcik kenalkan kamu dengan anak saudara lelaki makcik?" Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja nak ajak berkenalan ni, bukan sahaja makcik Lin, tetapi Kak Sarah juga selalu memujukku untuk berkenalan dengan saudaranya itu.

Jujur aku sedikit pun tidak tertarik ingin mengenali sesiapa, apa lagi yang mahu dikenalkan oleh makcik Lin itu ialah seorang lelaki. Malas betul aku kalau bab macam ini, mesti tak lain tak bukan suruh aku mencari jodoh dengannya.

"Hm.. Lia ikutkan aje.. kalau itu ..yang makcik Lin mahu, Lia okay.. " Ujarku acuh tak acuh.

"Tapi bila makcik Lin nak kenalkan Lia dengan dia? " Tanyaku bertujuan untuk bersiap sedia sebelum kejutan melihat lelaki yang akan dikenalkan itu. Karang tak pasal-pasal dia datang rumah dengan tiba-tiba, mahu tak kena serangan jantung?

"Suatu hari.. Makcik tak tahu kamu akan bahagia atau kecewa dengannya, makcik harap sangat kamu dapat beri peluang" Jawabnya sambil mengusap lembut jari manis ku. Apa yang makcik Lin maksudkannya? Kecewa? Peluang?. Takkanlah baru kenal dah kecewa? Dan peluang untuk apa yang dimaksudkannya? Aku berfikir dalam-dalam. Rumusnya, aku hanya menyesakkan fikiran memikir perkara yang tidak perlu aku beri perhatian.

Suasana kembali sunyi. "Makcik Lin..Lia masuk tidur sekejap ya, badan rasa lemah" Lantas cepat aku meminta izin pada makcik Lin untuk tidur. Badanku mulai lemah, dengan keadaan ku yang tidak sihat ditambah lagi dengan fikiran yang semakin kacau dengan kata makcik Lin.

"Baiklah, rehat cukup-cukup" Sebaik sahaja makcik Lin mengangguk, aku terus berganjak dari ruang tamu itu dan masuk ke bilik untuk merehatkan diri.

Lia menyusuri di tepi bangunan besar di tengah bandar itu. Sebaik sahaja mengahampiri pintu pejabat, tiba-tiba meluru keluar seorang lelaki dalam keadaan kelam-kabut sambil menutup mukanya dan melanggar Lia. Tidak dapat ku lihat siapa di balik hoodie itu. Tapi aku yakin dia adalah seorang lelaki. Tidak dapat ku syak siapa, tapi itu tidak penting. Mungkin hanya orang Itali yang sedang sibuk mengejar masa sehingga tidak sengaja melanggar diriku.

Lia menggosok-gosok punggungnya yang terhempas ke lantai dan bangun dari lantai.

Ku biarkan apa yang terjadi tadi. Langkah mula memasuki cafe. Aku melihat setiap makanan yang di jual di situ. Pelbagai makanan ringan yang di jual. Rasa macam tekak ini mahu makan benda yang manis. Aku memilih chocolate cookies dan juga peanut waffle.

Sebaik sahaja langkah keluar dari cafe tersebut, wajahku langsung riang tersenyum apabila mendapat apa yang aku mahukan. Tak sabar nak merasa makanan manis di Itali ini. Aku berjalan menuju ke taman yang terletak tidak terlalu jauh. Aku hanya berjalan menuju ke sana.

Sambil merenung melihat sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain buaian, dari kejauhan aku melihat sambil mejamah makanan yang sudah di beli tadi. Rasa coklat sungguh pekat, dan wafel yang sangat lembut mengembalikan kembali rasa riang dalam hati.

Ring.. Ring
Bunyi panggilan telefon berdering. Cepat aku membuka telefon dan menerima panggilan itu. Panggilan dari Arqel.

    HA! biar betul! Dia nak datang?! Aku menjerit sendiri. Rasa gembira dan terkejut bercampur. Rindu sangat ke kawan dia ni sampai nak datang sini? Aku hanya bersetuju dia mahu ke sini. Tapi,yang ku fikirkan adalah...di mana dia hendak tidur? Bermalam di rumah makcik Lin? Eh, takkanlah. Tapi nak tak nak aku kena bertanya dan meminta izin makcik Lin untuk membenarkan Arqel menetap di situ untuk sementara.

"Serious ke ni weh.. Kau jangan main-main"#Lia

"Buat apa aku nak main-main, okeylah aku kena gerak ada hal. Pape jumpa minggu depan" #Arqel

Tut.. Tut..

Panggilan telefon di matikan. Ish! Dia ni suka sangat kalau telefon pergi macam tu aje. Lia meletakkan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg galas.

Aku memandang ke arah sekeliling. Perasaan apa yang ada sekarang? Aku tidak tahu, hanya melontarkan perasaan yang kosong.

     Setelah pulang ke rumah. Aku terus meminta izin pada makcik Lin supaya Arqel dapat tidur di sini sesampai sahaja dia di Itali. Menahan malu. Sesuka hati aku sahaja hendak menumpangkan teman lelaki menginap di rumah orang lain. Tapi mujurlah makcik Lin pun mengizinkannya untuk menetap di sini sementara. Aku harap kak Sarah juga menyetujuinya, tapi aku yakin apa sahaja yang aku mahu kak Sarah selalu berlapang dada menurutiku. Kak Sarah sangat baik padaku. Aku tak akan lupa dengan jasanya dan juga ibunya.

 Aku tak akan lupa dengan jasanya dan juga ibunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now