bab 20

23 2 1
                                    

     Lia membuka matanya. Dia heran dirinya sedang berbaring di atas katil hospital. Terdapat mama dan papa sedang duduk dihujung sudut bilik. Apabila mereka melihat Lia menyedarkan diri segera mereka berdiri mendekati Lia.

    "Ma..pa..kenapa Lia dekat sini?"

     "Sayang..kamu pengsan dalam kereta tadi. Irham kata dekat mama Arqel cuba nak perkosa Lia, betulke?" Tanya Datin Roziah dengan cemas.

   "Ye mama..Arqel jahat, nasib ada Ir tolong Lia, mama Lia tak nak kahwin dengan Arqel, dia jahat ma!" Rayu Lia sebelum matanya beralih menoleh pada pintu bilik.

   "Ir mana ma? Ir mana! Ir mana Lia nak jumpa dia!" Lia bertindak melulu dia lupa dirinya sedang sakit. Lia mencuba untuk bangun dari katil namun di tahan oleh mama dan papa. Kerana kondisi Lia saat ini masih lemah, dia perlukan rehat.

  "Lia perlukan rehat, papa takut jadi apa-apa dekat kesihatan Lia" Dato' Azman bersuara. Rasa bersalah yang ada pada Dato' Azman kerana dia juga yang merestui Arqel dan Lia bersatu. Sanggup dirinya merestui satu-satunya anak gadis untuk lelaki jahat seperti Arqel.

    "Baru sekarang nak peduli?! Selamani apa yang papa tahu hanya duit!duit! Papa ingat duit boleh bawa masuk syurga ke?!" Lia semakin emosi.

   "Lia sabar Lia" Datin Roziah cuba meredakan emosi Lia. Dia tahu anaknya sekarang tidak stabil emosinya dan dia perlukan Irham. Dia tahu Irham mampu menyejukkan hati Lia. Hanya Irham. Tapi sebaliknya Irham kata dia ada urusan yang harus dikerjakan dan ini melibatkan nyawanya. Datin Roziah agak kurang faham dengan penjelasan Irham. Tapi dia tahu Irham memang ada urusan penting dan tidak dapat menjenguk Lia buat masa sekarang.

                                 🌹

4 hari kemudian...

  
     "Nampaknya kesihatan anak puan dah baik, hari ini saya benarkan anak puan pulang, itu berita baiknya. Berita buruknya pula, Lia ada trauma. Seperti yang puan jelaskan sebelum ini Lia hampir diperkosa, mungkin itulah yang akan menggangu pemikiran anak puan. Sebaiknya puan jagalah dia daripada emosi dan perkataan yang menyebabkan dia mengigati masa lalunya"

   "Baik cik, terima kasih" Doktor hanya menganguk dan segera beredar.

Datin Roziah mengusap lembut kepala Lia yang sedang nyenyak tertidur, air matanya menitis. Allahu kesiannya anak aku.

****

Di sebuah gudang besar

     "Kau dari dulu memang suka ganggu geng aku ke?" Arqel memandang sinis ke arah Irham.

    "Bullshit. You said about yourself. Aku dah cakap jangan pernah dekati dia, atau kau akan terima nasib paling buruk dalam hidup kau" Tegasnya namun wajahnya terlihat beku. Terbenak dalam matanya sewaktu Arqel mencuba untuk perkosa Lia. Hatinya membara dengan api kemarahan. Aku akan pastikan sesiapa yang menyakiti Nur Amylia dia pasti akan jatuh dalam tangan aku.

     

     Suasana dalam gudang menjadi tegang. Kumpulan mafia antara 'The Colonna' dan 'Bazorz' saling berhentam nyawa dengan menggunakan senjata tajam dan pistol kecuali Irham. Irham sudah fasih dalam bidang taekwondo sejak kecil dia diajar cara menumpaskan musuh tanpa sebarang alatan senjata, jadi baginya tangan dan kaki sudah cukup untuk menyerang musuh.

    Ada yang sudah tidak sedarkan diri dan ada yang masih belum berputus asa untuk menumpaskan pihak musuh walaupun tubuhnya sudah separuh mati.

    "Tuan! Orang kita dah ramai yang jatuh, lebih baik kita berundur" Kata salah seorang geng Bazorz pada Arqel, anak ketua kumpulan.

Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now