bab 23

25 1 0
                                    


Rakaman audio..

Suara A: Esok aku nak kau cari perempuan tu dan culik dia. Aku akan pastikan dia mati.Kelemahan Irham hanya itu. Bini dan anak dia kita akan musnahkan setelah itu baru bapaknya pula.

Suara B: Baik Boss, saya akan laksanakan.

Suara A: Kalau kau gagal, kau tahulah apa nasib kau.

     "Kau kata dekat budak-budak yang lain suruh mereka jaga Lia dan anak aku dari jauh. Setiap masa. Jangan biarkan bini dengan anak aku keluar rumah" Pesan Irham kepada anak buahnya. Selepas mendengar rakaman video tersebut, dia semakin risau dengan keadaan isteri dan anaknya. Mereka dalam bahaya.

"Baik. Aku akan pastikan kedudukan strategi The Colonna akan aman. Merancang strategi tanpa diketahui musuh" Ujar Fariz sambil mengelap senapang M16 seberat 2.52 kilogram miliknya itu.

                                  🌹

     Nur Amylia terjaga dari tidurnya apabila anak perempuan di sebelahnya menangis teresak-esak.

"Qaisara sayang...kenapa menangis ni.." Lembut sahaja suara Lia. Dia mendukung Qaisara. Lia mengapai bakul di dalamnya terdapat susu botol.

Susu botol disuapkan ke dalam mulut anaknya itu. Barulah Qaisara terdiam dari tangisnya. Lia melemparkan senyum pada Qaisara. Mukanya memang sebiji macam papanya, bulu mata lentik, berkulit putih dan bermata biru. Kacukan orang Itali dan Malaysia anaknya itu.

Beberapa minit kemudian, Irham melangkah masuk ke dalam bilik.

"Abang dah balik? Nak sayang masakkan apa-apa tak? Abang mesti belum makan kan?" Tanya Lia sebaik sahaja melihat Irham menyusul masuk ke bilik.

Irham menggeleng perlahan.

"Abang tak lapar lagi" Ujarnya.

Irham lalu duduk melabuhkan punggung di hadapan isteri dan anaknya.

"Abang minta izin nak keluar, jaga Qaisara baik-baik, jaga diri, jangan keluar rumah buat sementara ini. Maafkan abang sebab tak dapat luangkan masa dengan sayang, dengan anak" Pesan Irham sambil mengusap lembut pipi anaknya. Dia rindu hendak meluangkan masa dengan isteri dan anaknya. Ya, sejak akhir ini dia agak kesuntukan masa. Hal di office masih banyak yang perlu diselesaikan ditambah pula masalah tentang rancangan musuh yang mahu membunuh isteri dan anaknya. Dia sangat takut jika gagal melindungi dua buah hatinya itu. Hanya isteri dan anaknya yang dia ada.

"Takpe, sayang faham. Jaga diri abang juga..Kami sayang abang" Lia tahu suaminya sibuk dengan hal kerja.

Sebelum keluar Irham terlebih dahulu mencium dahi dan pipi kedua isteri dan anak perempuannya. Irham tidak mahu memberitahu hal yang sebenar kerana takut isterinya ketakutan. Biarlah dia menjaga isteri dan anaknya dalam diam.

Irham berlalu dari situ. Mata Lia mengekori suaminya sehingga keluar. Jujur dia agak risau. Suaminya akhir-akhir ini seperti menyimpan sesuatu masalah. Sering suaminya asyik termenung seolah tiada harapan untuk hidup. Dia takut jika terjadi apa-apa pada suaminya.

"YaAllah kau lindungikah keluarga kami" Bisik hati Lia

                                🌹

"Aku taknak ikut kaulah Arqel! Lia tu kawan aku dari kecil! Aku tak sangka selamani kau buat kerja haram macam ni!" Tekik Qaseh. Tidak dia menyangka teman rapatnya selama ini adalah seorang mafia jahat. Lebih teruk lagi dia baru tahu keluarga Arqel adalah keluarga pengedar dadah! Dia berasa jijik dengan dirinya kerana selama ini dia berteman dengan setan!

Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now