Bab 6

27 7 0
                                    

     Minggu ini aku rasa paling bosan dan tak menyeronokkan langsung, tak dapat pergi ke mana-mana sebab kena study hard untuk spm yang tinggal dua bulan sahaja lagi untuk aku menghadapinya, di tambah lagi minggu ini juga Arqel tiada bersamaku. Dia juga sibuk berlatih badminton untuk mewakili sekolah yang akan diadakan pada hari rabu minggu hadapan. Kalau ikutkan hati nak study dengan Si Tinggi tu tapi apakan daya dia ada latihan yang katanya sangat penting daripada spm. Cis! Nak bertanding di sekolah je pun bukannya bertanding di peringat negeri.

Dua jam juga aku study mata pelajaran sains, esok pula kena study matematik. Huh, rasa nak terkeluar otak aku ini tapi nak tak nak aku kena paksa kerja keras dalam pelajaran mengejar impian untuk sambung belajar di luar negara. Memang tak mudah kalau sesuatu pelajaran untuk masuk dalam kepala kita dengan 'permanent'.Tapi kalau tak dengan usaha tiada jalan lain untuk berjaya.

                                🌹

     Semua pelajar berada di tepi dewan untuk melihat perlawanan badminton yang akan bermula sebentar sahaja lagi. Masing-masing sibuk berborak sakan sesama sendiri. Tapi aku pula sibuk mencari sosok tubuh Arqel, susah juga nak cari sebab aku ini pendek orang lain pula tinggi dengan keadaan yang huru-hara macam ini memang aku rasa pening nak cari dia. Mataku ulang-alik memandang ke kiri dan kanan masih aku cari sosok Arqel yang belum menampakkan batang hidungnya sejak minggu lepas. Satu suara kedengaran menyebut namaku"Lia..."Lembut suara itu menegurku. Ini pasti suara Arqel. Badan aku toleh kearah suara tersebut yang berada di belakangku. Secepat mungkin aku menolehkan badan sepantas itu juga aku terkejut apabila pandangan di depan mata hanya berwarna merah. Aku ingat tiba-tiba boleh ada dinding warna merah muncul di belakangku rupanya yang menyeliputi pandanganku itu baju Arqel yang berwarna merah, dekat sangat badannya denganku tiada ruang untuk aku bergerak ke hadapan, untuk itu aku hanya diam badanku mengeras, mataku membulat melihat bajunya yang menutupi pandangan.

"Aik, keras badan nampak, suka ke nampak badan aku yang sado ni?"Mendegar usikkan itu aku kembali melembutkan badan dan berundur semeter dari tubuh tinggi Arqel, sedar yang aku berada sangat dekat dan berada di tempat yang sangat terbuka. Aku perhatikan pula keadaan di sekelilingku, aku dapat rasakan jantung aku mula berdetak laju apabila melihat pelajar di sekeliling sedang memerhatikan kami.

"Pewettt" 

"Diorang tu bercinta ke? "

"Alaaa,abang hot aku dah ada girlfriend"

"Untungla dapat bercinta dengan abang sado"

Bermacam kata yang aku dengar keluar dari mulut para gadis. Dapat aku rasakan kedua pipiku sudah mula
naik merah. Kami pula menatap mata bersama seakan ada isyarat yang ingin kami lakukan tapi tak dapat untuk bersuara di khalayak ramai. Arqel menarik hujung lengan kain bajuku dan aku pula mengikutinya. Masih aku rasakan pandangan mereka masih tertumpu pada kami namun tanpa peduli kami menghilangkan pandagan dari pelajar lain.

"Apa ni jangan la tarik Lia! "Aku meregek marah setelah Arqel melepaskan tarikkannya.

"Dahtu kalau Arqel tak tarik Lia, Lia nak diam kena cakap dengan diorang yang kita bercinta? "Keningnya di naikkan sebelah, tangannya di selokkan ke dalam poket seluar, wajahnya bertukar serius. Kali ini aku tidak dapat membantah percakapan lelaki dihadapanku ini, ada betulnya juga, makin lama aku terkaku dekat situ makin membiak isu tentang aku dengan Arqel.

     Acara perlawan badminton telah pun bermula. Aku dapat melihat Arqel yang bersiap sedia dengan raket badminton di tengah dewan untuk menunggu wisel di tiup bagi memulakan perlawan. Sebaik sahaja bunyi wisel kedengaran bergema di dalam dewan, semua pelajar tidak habis memberikan sokongan pada pihak mereka. Tetapi aku lebih mendengar suara pelajar yang kuat memberi semangat kepada Arqel, yang sepatutnya berada pada pihak lawan pun tak terlepas memberi sokongan pada Arqel tak lain tidak bukan adalah gadis-gadis yang sibuk memangilnya, seharusnya mereka menyokong pihak mereka bukannya pihak lawan.

Arraz' Irham [COMPLETE]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon