Bab 7

31 6 0
                                    

     Buaian diayun perlahan sambil menikmati udara segar di pantai pada pagi hari. Sebetulnya aku lebih menikmati udara pantai pada petang hari tetapi aku lebih suka jikalau dapat singgah di pantai pada pagi hari kerana tidak terlalu banyak orang yang hadir ke sini. Secara umumnya pantai pada petang hari lebih ramai yang mengunjungi menikmati udara di pantai dan melihat langit senja.

Bila main buaian, teringat pula waktu bersama Irham dahulu. Masih ingat ketika hujung minggu kami akan pergi pantai bersama dan aku pasti akan mengajak Irham untuk bermain buaian meskipun Irham tidak mahu tetapi aku selalu memaksanya dan dia tetap turuti kemahuanku, dia benar-benar memahamiku dan memberikan apa sahaja yang aku mahu. Kami hanya remaja biasa yang hanya rapat sebagai seorang sahabat, namun aku yakin di balik rasa sayang terselit perasaan cinta yang selalu di tutupi oleh kata 'kasih sayang'.

"Lia, nak aiskrim tak, Arqel nak pergi beli jap dekat gerai depan sana" Jari telunjuknya di arahkan pada gerai kecil yang agak jauh dari kami. Aku menganggukan kepala tanda setuju. Arqel senyum padaku lalu mengehentikan buaiannya, kakinya berlabuh ke atas tanah pantai itu dan pergi melangkah menuju gerai aiskrim tersebut.

Bila aku fikir balik macam mana aku boleh rapat dengan dia? macam mana aku boleh ada rasa untuk menjadikannya sebagai teman? Walhal sebelum kedatangan Arqel aku sangat enggan menerima teman, tidak mahu mempunyai kawan walaupun ada yang mengajakku untuk berteman. Sejak kehadiran Arqel tiada lagi aku merasa kesepian seperti dahulu.
 

                                  🌹

     Aku menuruni motor, membuka kancing helmet berwarna hitam dan memberikannya kembali kepada pemiliknya.

"Terima kasih sebab hantar Lia" Aku tersenyum lebar memandangnya di balik helmet yang menutupi wajahnya.

"Always welcome, Sleep well baby, you have to rest" Suaranya lembut. Seketika aku malu mendengar kata itu, tidak pernah Arqel memangilku selembut itu. Suasana berubah sunyi tanpa kata, kami berdua terdiam aku dapat melihat mata Arqel menatapku dengan pandangan yang lembut meskipun di liputi dengan kaca helmet namun tak menjadi penghalang untuk aku melihat pandangan sejuk matanya itu. Wajahnya sedikit menunduk memandangku yang lebih rendah darinya dan aku pula menatapnya dengan dagu yang di angkat sedikit melihat Arqel yang lebih tinggi dariku. Tidak tahu apa yang kami rasakan pada waktu itu seolah di pukau untuk terus menatap kedua benak matanya.

'MEOW' Pandangan kami dialihkan pada suara kucing yang berada di hadapan rumahku. Tanpa menghiraukan Arqel yang masih belum berganjak dariku, aku tidak lagi pedulikannya apabila melihat seekor kucing berwarna putih berbulu tebal.

"Uteh, cantiknya bulu awak, awak duduk mana" Aku bertanya pada kucing itu sambil membelai lembut bulu halusnya, namun jawapan kucing itu semestinya cuma mengiau. Tak dihiraukan lagi Arqel yang masih belum beredar dari hadapan rumahku. Aku tahu dia masih menunggu untuk memberi kata sebelum dia pergi, tapi kalau bab kucing ni badai melanda pun belum tentu aku sedar, lalai bermain dengan makhluk ciptaan Allah yang comel ini.

"Ehemm..Tak peduli dah ke yang disini" Tegurnya tangan pula di silangkan pada dadanya. Kalau sudah macam ini gayanya aku dapat cam yang wajahnya di sebalik helmet tersebut sedang mencemik dengan muncung itiknya.

"Hehe, sorry, okeylah Lia masuk dulu ya" Senggehku.

"Baiklah Tuan Puteri cik prince pergi dulu ya" Enjin motor di nyalakan dan menghilang dari pandangan. Tetapi aku masih di luar pagar bermain dengan kucing putih tersebut.

                                 🌹

     Ruang perpustakaan pada minggu ini sangat padat, bahkan ada yang duduk di bawah lantai kerana tidak cukup kerusi untuk duduk. Maklumlah seminggu sahaja lagi semua pelajar tingkatan 5 akan menghadapi ujian sebenar perperiksaan spm. Bulan ini juga aku sangat jarang bertemu dengan Arqel sebab masing-masing berfikir untuk study sendiri. Kami berdua membuat keputusan begitu supaya dalam masa mengulang kaji kami tidak berbual kosong dan menghabisi waktu dengan sia-sia, bila dah sekepala susah nak belajar bersama kadang-kadang ada sahaja topic nak di jadikan cerita sehinggakan buku yang berada di hadapan mata tak lagi dihiraukan.

Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now