bab 19

20 3 0
                                    

       NUR AMYLIA merebahkan dirinya di atas katil. Hatinya masih sakit mengenang perbuatan Arqel. Hanya tinggal lagi 6 bulan lepas itu aku akan menjadi isteri untuk Arqel Daniel. Bagaimana aku melanjutkan hidup berumah tangga dengan lelaki yang tidak aku cintai? Merana? Dengan cara apa lagi harus aku lakukan untuk meleraikan pertunangan aku dengan Arqel? Merayu? Atau membantah? Semua sudah tidak berguna jika itu pilihan papanya bagaimana ia harus membantah.

     Satu minggu bagaikan satu hari. Lagi satu minggu disini aku akan pulang ke Itali. Ada kerja yang harus siapkan di Uni.

     Ada kesempatan ini aku bercadang dengan Qaseh untuk pergi jalan-jalan bersama. Qaseh ialah kawan sekolah rendah aku. Dulu semasa kami darjah 6, kami pernah berjanji untuk sekolah menengah bersama, namun Qaseh tidak dapat untuk sekolah menengah bersama denganku atas faktor keluarga. Kami terpisah, tetapi dengan redha Ilahi kami dapat bertemu lagi. 3 hari yang lalu kami terserempak di salah sebuah kedai baju di Kuantan City Mall. Pada mulanya aku tidak ingat siapa gadis yang menegurku, untungla dia mengimbas kembali kenangan sewaktu kami sekolah rendah dahulu. Kalau tidak sampai kesudah aku lupa tentangnya.

Bukannya kacang lupa kulit, tetapi gaya dan penampilan Qaseh sangat lain berbanding dahulu sampai aku keliru siapa dirinya. Qaseh dahulu hanya budak hingusan yang memakai tudung terlalu ke depan persis kanak-kanak berumur 5 tahun dan badannya yang agak besar. Tapi sekarang sangat lain. Kurus dan cantik. Dah macam model gayanya.

                                 🌹

     Hari ini Qaseh hendak belanja makan sushi. Memang sushi adalah makanan kegemaran Qaseh. Lia ingat lagi sewaktu sekolah rendah kawannya itu selalu tidak makan pada waktu rehat kerana ingin menyimpan wang untuk membeli sushi, Lia pula yang selalu membelikannya roti pada waktu rehat, kasihan melihat Qaseh yang hanya memandang orang lain yang sedang makan.

     "Kau takde boyfriend ke Lia" Lia tertawa perlahan mendengar pertanyaan itu.

     "Aku? Ada boyfriend? Tak adalah..tapi aku dah ada tunang"

    "Kalau dah tunang maknanya tu boyfriend kau lah" Pelik pula dia tengok Lia ini. Kalau tunang maksudnya ada boyfriend lah kan?

     "Maksud aku tunang, tapi tak macam boyfriend, aku kena kahwin paksa. Even lelaki tu yang nak aku tapi dia macam tak cari aku dah sekarang, lagipun aku tak cintakan dia" Ceritanya perlahan.

    "Oh hm..aku harap kau tabah. Aku yakin suatu hari kau akan bahagia dengan jodoh kau" Qaseh tersenyum tawar sambil mengambil sushi.

     Dalam beberapa minit kami berbual kosong. Tiba-tiba soalan Qaseh kembali buatkan aku berfikir 100 kali untuk menjawabnya.

     "Btw bestfriend kau dulu mana eh dah lama aku tak dengar dari mulut kau pasal dia" Memang sewaktu kami sekolah rendah Lia selalu membuka cerita tentang sahabatnya itu, Arraz' Irham. Lia suka menceritakan tentang Irham. Bercerita bagaimana Irham berbaik dengannya dan semua tentang Irham diluahkan pada Qaseh, Qaseh orang yang Lia percayai.

     Tiba-tiba seorang pria muncul di sebelah Qaseh.

    "Hey Qaseh"

    "Eh, hai Fariz!"

    "Rancak berbual boleh aku join sekali?" Kata Fariz

    "Ofc lah boleh"

Pria itu mengambil tempat di sebelah Qaseh. Lalu pria itu memandang ke arah Lia.

   "Ni kawan kau ke Qaseh?" Tanya Fariz

   "Oh ya, perkenalkan ni kawan sekolah rendah aku, Lia. Lia ni kawan colage aku, Fariz"

Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now