Bab 13

31 5 0
                                    

     "Arqel please...tolong cabut keputusan ni! Lia tak cintakan Arqel. Lia dah anggap Arqel macam sahabat sendiri"

Kecewa! Sungguh kecewa! Pengakuan tentang isi hatinya membuatkan aku kecewa dengan hubungan persahabatan ini.

"Lia...I love you.. Arqel cintakan Lia. Arqel tak mampu nak tipu dengan isi hati. Arqel nak jaga Lia, Arqel nak bina keluarga dengan Lia" Suaranya penuh rayuan. Namun rayuan tak akan meluluhkan hati seorang gadis seperti Nur Amylia yang sukar untuk mencintai seorang lelaki, apatah lagi lelaki itu adalah sahabatnya sendiri.

"Lia sayang persahabatan ni, tolonglah jadi sahabat Lia sampai bila-bila tak lebih daripada seorang kawan"

"But why Lia? Apa kurang Arqel? Banyak dekat luar sana perempuan yang nak Arqel, tapi kenapa bukan Lia?! " Suaranya makin kuat mengendangkan telinga dan seisi lautan pantai itu. Untunglah pada waktu senja begini hanya kami yang tersisa di pinggir pantai.

"Bacause i don't love you!" Air mata mulai jatuh semakin deras. Aku benci untuk berkawan, namun apabila sudah ku dapatkan kawan sejati malah inikah yang ku dapat. Aku tak akan mampu mencintainya. Hati aku mati untuk lelaki. Aku tak ingin lagi mengenal cinta, cukuplah luka yang kusimpan dahulu.

"But you can do anything now! Papa dan mama Lia dah setuju, Lia kena kahwin juga dengan Arqel"
Sudah cukup aku menahan rasa sakit dalam hidup, cukuplah derita. Kesabaran dicabar, tangan yang digenggam di hanyunkan lalu ditampar kuat pada pipi kiri lelaki yang berada di hadapannya.

Sebelum aku melangkah pergi, aku melihat dahulu wajah Arqel yang semakin kecewa dengan penyataanku itu. Aku sayang persahabatan ini, tapi mulai saat ini aku berharap bahwa wajahnya dan sosok tubuhnya tidak lagi kelihatan selepas ini walau dalam sesaat.

                                🌹

        Aku menangis di pangkuan kak Sarah. Dia memelukku erat, terasa keihklasan dalam dirinya. Kak Sarah juga terkejut dengan tindakkan Arqel. Kak Sarah juga tidak menyetujui jika aku di jodohkan dengannya. Kata kak Sarah Arqel itu tidak baik orangnya. Aku pun tidak tahu dari mana celahnya kak Sarah boleh berkata begitu setelah berjumpa dengan Arqel. Takkanlah semudah itu dia menghakimi seseorang, pasti ada sebabnya yang di sembunyikan.

"Kak...Lia tak nak kahwin, Lia tak cintakan dia..." Sayu wajah Lia dan kemerahan di pipinya membuat kak Sarah semakin simpati dengan keputusan auntie Imah dan dato'Azman yang menyetujui pinangan dari pihak Arqel. Kami hanya berpeluk erat, aku mengelap sedikit air mata dengan telapak tanganku.

"Kak Sarah akan pastikan Lia takkan kahwin dengan dia" Apa yang boleh kak Sarah buat? Meraung? Meminta agar papa dan mama menolak pinangan itu? Aku kenal mereka, jika sekali mereka mahukan itu, sekali itulah mereka tidak akan berubah fikiran.

Lantas aku sangat rapuh, hanya mampu mendengar apa yang dibicarakan kak Sarah, aku tak percaya itu, serasa aku dipaksa oleh keadaan untuk terus menjadi milik seseorang yang aku tidak cintai.

                                  🌹

      Lia ke bilik, pintu bilik makcik Lin sudah terbuka sedikit. Kedengaran suara riuh-rendah di dalam bilik. Barangkali makcik Lin dan Kak Sarah sedang berbual.

Sebelum mengetuk pintu aku terlebih dahulu mendengar perbualan yang mereka bicarakan.

"Kak Sarah tahu, dia pasti akan dapatkan juga Lia, dia takkan sia-siakan Lia dengan hanya mengalah dengan Arqel. Dia akan rampas balik milik dia mak.. Sarah yakin.. " Sayu-sayu suaranya. Seketika aku binggung, apa yang dimaksudkan kak Sarah, apa yang sebenarnya yang sedang mereka perkatakan? Huh mungkin akhir-akhir ini aku hanya banyak berfikir negatif. Lantas ku biarkan sahaja apa yang dibicarakan tadi meski hati ingin tahu apa maksud di sebalik perbualan itu.

Aku kembali memperbaiki apa niatku datang di hadapan pintu ini. Pintu diketuk dan suara makcik Lin mengizinkanku untuk membuka pintu.

"Buka aje pintu ini Lia" Makcik Lin menyaut ketukanku.

"Lia tak ganggukan? Marilah kita makan malam, Lia dah hidangkan" Pelawaku tersenyum manis. Mereka hanya mengangguk dan bangun dari duduk. Lia cuba mengawal perasaan supaya air mukanya tidak berubah secara ketara. Mereka hanya tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku. Aku harap mereka tidak mengetahui yang aku sudah mendengar perbualan itu.

                                   🌹

     Arqel duduk bersandar di dinding koridor dewan kuliah sementara menunggu waktu kelasnya bermula. Dia memegang buku nota kecilnya dan sebatang pen biru.

Matanya hanya melihat pelajar-pelajar yang lalu lalang di depannya. Ada yang berpakaian seperti artis hip-hop, seluar jean besar seperti memakai seluar pinjam yang bersaiz XXL. Pelajar perempuan pula ada yang gayanya tidak ubah seperti datin, dengan beg tangan, subang besar yang seperti gelang tangan, rantai leher berbatu yang sarat, solekan di muka yang tebal seperti pelakon bangsawan cina. Arqel hanya menggeleng. Aku rasa lebih cantik wanita seperti Lia, ayu, comel, baik, tak adalah over macam perempuan lain. Punya banyak perempuan hot dalam collage, Lia juga yang dia mahukan, entah kenapa hatinya hanya menginginkan Lia.

Dalam banyak-banyak pelajar yang lalu-lalang di depannya, matanya tertumpu pada susuk tubuh yang tinggi sedang berjalan menuju ke arahnya.

"Sorang? Jom teman I lunch" Suara gedik Nellisha buatkan dia rasa miang dengan perempuan yang satu ini.

"So? You ada nampak orang lain dekat sebelah I? I tak nak, lepasni ada kelas, malas nak cari makan"
Balas Arqel dengan nada yang menyampah. Sudah tahu aku seorang disini masih mahu bertanya soalan begitu.

"You tak payahlah nak jual mahal sangat. I tahu you nakkan Lia, perempuan busuk tu, you takkan dapat bersama dengan dia, kalau you dapat dia juga, hidup you tak akan tenteram, ingat yang you diburu oleh Colonna geng" Wajah Nel kelihatan geram dengan sifat Arqel yang sibuk mengejar perempuan lain, sedang dirinya sibuk mengerjar pria yang tidak pernah nampak akan perjuangannya untuk pria itu.

Setelah itu kelibat Nel hilang dari pandangan. Baguslah, aku rasa lepas ni kalau tak nampak langsung lagi bagus. Ego sungguh hati Arqel, meski tahu ada lelaki lain yang merebut Lia, Arqel tetap inginkan gadis ulat buku itu. Dengar macam tidak padan langsung nak dibandingkan Arqel anak ketua mafia, manakala Lia hanya seorang anak dato yang biasa. Namun dia tidak pernah membandingkan itu, kerana hatinya sudak ditaluk sepenuhnya oleh Lia.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now