Bab 8

34 5 0
                                    

      Sejak tamat menduduki peperiksaan SPM, kami sering menghabiskan waktu bersama. Tidak ada lagi halangan waktu dan untuk sekarang kami sedang menunggu masa untuk mendapat keputusan sambung kuliah. Semalam Arqel memberitahuku untuk keluar makan bersama di I.S CAFE  makan malam di sana dan aku menyetujuinya.

Aku mempercepatkan langkah kerana tidak mahu membiarkan Arqel lama menunggu. Ketika hampir sampai aku melihat Arqel yang sedang duduk menungguku.

     "Lamanya kau nak ke sini ya, macam lah jauh sangat" Tanya Arqel sebaik sahaja aku duduk kerusi di hadapannya.

"Hehe.. sorry jalan jem dekat traffic light tadi tu yang lambat sampai" Alasan jujurku.

Aku melihat meja yang sudah dipenuhi dengan makanan seafood di atas meja, telan air liur apabila dapat mencium aroma dari makanan tersebut. Tanpa berkata panjang tanganku cepat mengapai nasi dan lauk-pauk yang sudah di hidangkan.

     Selepas keluar dari cafe tersebut kami terus menuju ke ICT mall yang tidak terlalu jauh dari cafe singgahan kami tadi, jadi lebih baik berjalan kaki daripada menaiki kenderaan kerana jalan raya juga kelihatan sesak pada malam itu.

Kami berjalan santai sambil berborak kosong tentang sesuatu yang pernah kami lalui semasa zaman kanak-kanak dahulu.

"Dulu masa Arqel darjah 2 pernah terkuncil dalam rumah hantu, lepastu mama marah, nasib mama Arqel ada bawa seluar lebih"

"Harap je badan sado, rupanya penakut juga"

"Halah itu Arqel yang lama, look now better than before,HAHAHA"

Mereka berdua tergelak halus dan akhirnya berjalan beriringan menuju ke tempat yang dituju.

     Malam itu, Lia merasakan yang dia dan Arqel sedang diperhatikan. Serta-merta dia merasa kurang selesa. Dia merasa dalam keramaian itu ada sesuatu yang sedang mengikuti mereka. Aku melihat di sekeliling mencari apa sebenarnya yang membuatku rasa janggal, dan mataku membulat apabila melihat sosok pria yang mengenakan jaket berwarna hitam dan penutup muka yang sedang memandang ke arah kami yang berada dalam kedai buku popular itu.

"Uit! Nak beli buku tak?Asyik termenung je" Tegur Arqel yang melihatku memandang ke arah luar kedai.

"Nak lah, nak pilihlah ni" Kembali sedar apabila di tegur, Aku lihat lagi ke arah luar lelaki yang berjaket tadi namun kelibatnya sudah tidak kelihatan. Aku rasa hairan kenapa lelaki berjaket itu memandang kami dengan pandangan yang menakutkan. Apa mungkin itu hanya firasatku?.

     Lia mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg galas dan membuka screen telefon untuk melihat jam, 8.45. Sebelum balik Lia dan Arqel terlebih dahulu singgah ke surau untuk menunaikan solat isya.

Kami berjalan menuju gerbang utama mall itu sambil melihat ke arah gerai-gerai yang masih buka.

"Lia nak balik ke? Awal lagi ni, apa kata kita tengok wayang dulu? "

"Tak naklah, Lia rasa macam penat sikit harini jadi nak balik, rehat tidur " Alasanku. Padahal aku nak je tengok wayang ditambah lagi film yang sedang hangat di pawagam sekarang dimainkan untuk beberapa minit sahaja lagi, namun aku berfikir selamat dahulu daripada berseronok, aku masih berfikir dengan sosok pria yang berjaket tadi, aku takut ada yang berniat jahat pada kami.

Selesai aku mengisi perut dan mencari buku, sudah masanya untuk aku pulang dengan membawa perut yang sudah berisi ini bersama satu coklat dan buku novel di tangan yang diberi Arqel untuk dibawa pulang.

                                  🌹

     Sesampai sahaja dirumah Lia terus membersihkan diri. Rutin malam sudah dilaksanakan. Dia melabuhkan badan di atas katil dan membuka screen telefon. Lia memeriksa telefon bimbitnya. Tiba-tiba matanya tertacap pada satu pesan mesej yang masuk. Lia menekan screen mesej tersebut dan melihat sebuah pesan mesej daripada Arqel.

Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now