Bab 5

29 7 0
                                    

     Seperti biasa lepas habis kelas pantai adalah tempat terbaik untuk merehatkan minda yang sudah di peras gunakan semasa sesi pembelajaran. Namun kali ini aku tidak berjalan di persisiran pantai mahupun membaca novel di sana, hanya membawa diri. Sebelum datang ke sini Lia pulang ke rumah dahulu untuk menganti baju dan makan tengahari. Memang patut aku duduk dekat pantai,duduk rumah pun bukannya ada orang melainkan bibik. Aku duduk di pondok sambil melihat ke arah langit. Tak lain, tak bukan aku fikir Irham bila tengok langit pasti kenangan dahulu terimbas kembali dalam benak fikiran.

     Sekarang umurku sudah pun menginjak 17 tahun dan tahun ini merupakan tahun terakhir aku bersekolah. Tak terasa dah nak tamat sekolah.

     "Jauh termenung" Seseorang menyapaku dari sebelah kiri bahuku. Lantas ku tolehkan wajah dari suara tersebut, melihatnya aku tersenyum.

     "Tak adalah, cuma fikir tentang masa depan, tak terasa dah nak habis sekolah"

      "Kan..aku pun tak terasa dah nak habis sekolah,tak sangka sepanjang 1 tahun aku bersekolah di sini ada budak mata empat yang always teman aku" Wajahnya yang tadinya agak serius berubah dengan wajah yang riang, lalu Arqel mengambil tempat duduk di sebelahku.

     "Walaupun aku ini mata empat tapi ada orang tu nak juga berkawan siap bagi novel depan pintu lagi HAHAHA"Aku pula ketawa.

     "Arqel bagi novel? "Dia bertanya. Namun entah kenapa tiba-tiba rasa macam lain pula, riak wajah Arqel berubah tiga ratus enam puluh darjah, yang tadinya riang berubah menjadi orang yang sedang kebingunggan.

     "Alahhh lupa pulak dia ni, tulah banyak makan semut" Jawabku sambil berganjak dari pondok untuk pulang kerumah. Aku masih ingat minggu lepas satu kiriman kotak berada di hadapan rumah. Aku tidak tahu siapa empunya yang menghantar kotak tersebut, namun jelas terpapar di atas kotak tersebut bertuliskan' from A.M'. Tapi apabila aku melihat isi di dalamnya yang di penuhi dua buku novel dan satu pucuk bunga rose merah di atasnya. Aku yakin pemilik yang menghantar kotak itu ialah Arqel. Tapi kenapa dia menghantar kotak tersebut dengan nama A.M? Mungkin dia sengaja nak acah-acah jadi secret sender? Huh! Sudahla kenapa pula aku kena fikir panjang lebar, lebih baik waktu sekarang aku pulang ke rumah.

                                 🌹

Sebelum masuk ke rumah bersama Arqel, aku dapat melihat auntie Imah berada di hadapan rumah, nampaknya mama dengan auntie Imah tengah syok berbual. Auntie Imah memang rapat dengan mama. Auntie Imah mempunyai satu buah kedai spa kecantikkan dan mama adalah pelanggan setianya, kadang juga auntie Imah selalu datang minum petang di rumah kami. Memang dah sekepala dengan mama. Auntie Imah orangnya peramah dan baik, walaupun umur kami berbeza jauh tetapi aku selesa berbual dengannya.

     Sedang kami melangkah menuju ke depan pintu rumah, mama dan auntie Imah sedar dengan kehadiran kami. Badan auntie Imah di palingkan ke arah kami dan mata mama yang sedang melihat kami yang sedang menuju ke arah mereka.

     "Eh, mama buat apa dekat sini? " Arqel bertanya pada Auntie Imah jelas riak wajahnya kebinggugan. Begitu juga denganku tidak menyangka orang tua kami juga rapat.

     "Mama minum petang dekat sini. Inilah datin Roziah yang mama cerita pelanggan setia kedai spa mama. Kamu itu pula kenapa boleh sampai ke sini? "Auntie Imah jelas bertanya kehairanan sambil matanya dilirikkan ke arah kami berdua yang berdiri di hadapnnya.

     "Arqel kawan dengan Lia,ini pun Arqel datang sini sebab Lia kata nak tunjukkan bilik bacaan dia, tak sangka pula datin Roziah ialah mama Lia"Arqel memandangku lantas aku senyum sambil mengangukkan kepala.

      "Lah ini ke anak kau Imah, aku ingatkan anak orang lain, tahu-tahu dekat je anak kau dengan anak aku" Kali ini mama pula bersuara, dan kami gelak bersama. Memang sebelum ini semuanya tidak tahu tentang keluarga masing-masing, entah rasa gembira atau tidak apabila mengetahui anak auntie Imah ialah orang yang selalu menjadi penemanku.

    "Sesuai la kalau Si Arqel dengan Lia,sama-sama cantik dan kacak" Mata aku dan Arqel membulat, kami saling berpandangan namun tidak tahu mahu berkata apa. Pandai juga auntie Imah ini bergurau.

     "Hehehe, mama, auntie, kami masuk dulu ya" Akhirnya,dapat aku melepaskan diri masuk ke dalam rumah. Kalau lama aku dekat situ mahu di pinangnya anak orang untukku.

     Kami berdua jalan menaiki tangga menuju libary mini yang terletak di tingkat dua. Pintu itu di tolak dan kami masuk di dalam bilik bacaan itu. Tetapi pintu tak di tutup ataupun di kunci untuk mengelakkan daripada kesalahfahaman.

      "Wahhh, cantiknya! pandai Lia buat ruang bacaan macam ini" Aku dapat melihat pujiannya ikhlas,matanya tak berkedip teruja melihat sekeliling bilik yang di penuhi buku yang tersusun rapi di dalam rak dan lukisan yang terpapar di dinding.

      "Haihhh, bukan Lia seorang yang buat" Aku ketawa manis mendengar pujiannya, pertama kali aku melihat Arqel teruja macam ini, badan tinggi, tegap, tapi bila teruja comel jadi macam kanak-kanak riang.

      "Siapa? Mama Lia? Atau papa Lia? Atau bibik? " Arqel mengerutkan keningnya bertanya.

     "Dia seseorang yang pernah jadi bahagian orang yang penting dalam hidup Lia, dia yang bagi idea untuk buat bilik bacaan sebab banyak sangat buku Lia kalau nak simpan  jadi tak muat kalau letak dalam bilik tidur" Aku berbicara sambil menyapu debu yang ada pada rak-rak tersebut menggunakan penyapu ayam.

     "Dan kalau Arqel teruja nampak gambar lukisan dekat dinding itu, sebenarnya bukan Lia yang lukis, tapi seseorang yang Lia cakap tadi, dia memang pandai melukis, pencinta novel, pencinta kucing, pencinta bunga, personality dia memang sama macam Lia, sebab tu dia pernah jadi sebahagian hal yang terindah dari hidup Lia" Lalu aku berhenti sebentar dari membersihkan rak buku itu untuk melihat Arqel yang sedang memerhatikan lukisan yang berada dalam bilik tersebut. Kini posisi Arqel pula yang menghadapku dengan muka yang serious.

     "Sekarang orang yang Lia cakap tu ada dekat mana? Dia masih dengan Lia ke? " Aku tersenyum tawar mendengar pertanyaan Arqel. Sebak hati nak menjawab.

     "Entahla Arqel, Benda dah lepas janganlah di kenang"

     "Alaaa, bagi tahu ajelah, kau dah pandai eh berahsia dengan aku sekarang" Arqel menarik muka.

     "Ishhh kau ni, tarik muka pulak, ingat kita datang sini nak baca novel bukannya nak korek cerita tentang aku" Ini kalau perempuan lain nampak bila Arqel tarik muka mesti beratur gadis-gadis nak dekat Arqel. Kalau di sekolah mukanya sentiasa serius kecuali di depan aku kadang macam muka kucing nak minta makan. Tertanya dalam benak fikiranku Arqel ini tak pernah jatuh cinta ke? Atau dia gay? Padahal di sekolah banyak perempuan cantik yang mahukannya, butakah dia tak melihat perempuan lain yang mengejarnya? Atau mungkin dirinya yang tampan segak ini tak berminat untuk bercinta? Pernahkah dia ada kekasih sebelum ini? Banyak lagi soalan yang ada dalam fikiranku tentang Arqel namun sedikit pun aku tak menyoalnya sejak pertama kali aku kenal dia, yang aku tahu hanya namanya, tempat tinggalnya, dan ibunya adalah rakan baik mama. Hampir dua tahun kami mempunyai hubungan sebagai kawan rapat namun aku rasa Arqel terlalu tertutup, entah dia ada masalah atau tidak aku tidak pernah tahu tentang itu dan apa sebabnya ia berpindah di sini masih menjadi persoalan dalam fikiranku.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now