Bab 10

26 5 0
                                    

       Ku tarik nafas dalam sebaik sahaja keluar dari perut kapal. Lalu langkah mulai menuju keluar dari lapangan terbang besar itu. Aku mencari di mana kereta yang harus dinaiki, kereta makcik Lin. Mama berpesan padaku untuk mengikuti makcik Lin, teman sejak kecilnya dahulu yang menetap di Itali.

Tidak lama selepas itu, muncul seseorang wanita yang tinggi dan juga putih kulitnya menegur dari belakang.

"Anak Roziah ke ni? " Sapanya. Badan di toleh ke arah suara itu.

"Ya saya, ni auntie Lin kan? "

"Kamu jangan nak ber auntie-auntie sangatlah, panggil aje makcik Lin, mama suruh Lia ikut makcik" Suaranya lembut berkata.

Aku hanya mengangguk tersenyum lalu mengikutinya masuk ke dalam kereta.

                                  🌹

[ Milano City. Italy. 17.30 PM, MONDAY ]

     Aku tiba di rumah makcik Lin. Sesampainya di rumah itu aku dikenalkan oleh seorang anak dara makcik Lin, kak Sarah. Umurnya 23 tahun, 3 tahun lebih tua dariku. Orangnya cantik dan peramah. Ini baru pertama kali aku berjumpa dengan keluarga kawan dari kecil mama, mereka hanya tinggal berdua, makcik Lin sudah tidak mempunyai suami sejak 2 tahun dahulu kerana bercerai entah kerana apa itu bukan lagi hal yang harus aku ketahui.

     Kak Sarah mengajakku untuk berjalan-jalan di bandar Milan. Suasana di bandar itu kelihatan sibuk. Kak Sarah mengajakku untuk pergi ke sebuah cafe yang berada di tengah bandar, cafe 'Ostello Bello'.

"Lia nak order apa? " Tanya kak Sarah sambil membelek-belek buku menu yang di sediakan oleh pelayan.

"Lia pesan coffee cappuccino je" Kami singgah di cafe ini hanya untuk minum sahaja, kerana makanan di cafe ini tidak sepenuhnya HALAL. Jadi aku dan Kak Sarah hanya memesan air untuk dijadikan penghangat tekak untuk malam ini. Suhu pada malam hari sangat sejuk untuk tubuhku yang tidak biasa dengan cuaca di sini. Kami hanya berbual kosong, Kak Sarah menanyakan soal nama panjang ku dan hal yang boleh ia ketahui, manakala aku pula menanyakan dia tentang universiti yang bakal aku tempati nanti.

"Lia tak ada kekasih ke? "

"Tak ada lah kak, siapa je nak Lia kan?" Hampir tersebur air yang ku minum apabila mendengar soalan itu.

"Cantik macam ini takkanlah, mesti ada orang nak. Takpun kalau Lia nak kahwin, nanti kak Sarah boleh minta tolong makcik Lin pinang kamu dengan anak sedara dia" Air di hirup dalam cawan kecil itu akhirnya tersembur keluar. Nasib tak tersembur ke muka Kak Sarah kalau tidak mahunya di halau aku dari rumah makcik Lin. Aku melihat kak Sarah yang sudah menahan ketawa melihatku, aku mula merasa malu dengan tindakkanku yang mengejut itu. Suasana kembali normal setelah aku mengelap semula meja yang sedikit basah kerana diludah air olehku.

"Siapa dia lelaki tu? " Tanyaku dengan penuh rasa ingin tahu.

"Nanti Lia tahu sendiri, lama atau cepat Lia akan berjumpa dengan dia" Suaranya agak sayu, pandangannya berubah, kak Sarah melihatku dengan pandangan mata yang lembut dan senyuman yang manis, seolah ada sesuatu yang ingin dia katakan namun di simpan dari mengukapkan.

"Kak Sarah? Okey tak ni? Lain macam je ada yang tak kena ke dari Lia? " Ungkapku perlahan.

"Lia dulu ada sahabat tak? " Aku terdiam seketika. "Ada."

Kak Sarah mengucap panjang. Kemudian dia kembali tersenyum lembut melihatku.

"Suatu hari Lia akan jumpa dengan orang yang sangat Lia sayang, dan cinta, Kak Sarah harap Lia dapat terima dia "  Makin diam. Tidak tahu ingin berkata apa, hanya mampu melemparkan senyuman yang tawar. Apa yang di maksudkan Kak Sarah, aku tidak tahu, namun pandangan matanya itu seolah menangkap sesuatu dalam benak mataku.

Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now