Bab 3

43 8 0
                                    

     Perlahan langkah sebelum masuk ke dalam rumah. Tangan perlahan di hulurkan di tombol pintu besar rumah itu. Dalam hati cuma redha,aku pasti papa dah tunggu. Huh, nasib tak pernah nak berpihak.

     "Lewat balik, kau pergi mana?"Berkerut kening papa memandangku nampak gaya beberapa saat lagi ada orang naik singa.

     "Lia pergi pantai pa..ambil angin".

     "Kamu perempuan! Patutnya duduk rumah aje.Ini tak habis-habis bagi alasan pergi pantai. Kamu gila ke duduk pantai tengah malam macam ni?!" Kuat suara papa tengking dengan amarahnya. Bergetar juga rumah itu dengan suaranya. Sumpah sakit hati bila orang tua sendiri cakap anak dia gila.

     "Kenapa papa tak boleh nak bagi Lia kebebasan macam mana papa bagi dekat anak lelaki papa dulu!" Aku tak dapat mengawal emosi. Terlalu banyak masalah dalam fikiran. Ya, Allah maafkan aku sebab  derhaka. Aku tak ada niat nak marah papa balik. Wal hal memang salah aku sebab balik lewat apatah lagi waktu sudah pun larut malam.

     PANG! Tangan Dato'Azman mendarat di pipi anak gadisnya. Lantas aku terkedu dengan tindakan papa.

    "You're so rude!papa tak pernah ada anak kurang ajar macam ini!"Tajam pandangan papa menusuk ke dalam anak mataku.Papa betul-betul kecewa sebab ini kali pertama aku marah dia.

     Aku berlari ke lantai atas masuk ke dalam bilik. Air mata mulai jatuh membasahi pipi. Sudah cukup aku rasa banyak derita hidup,tetapi tidaklah aku mahu derita dalam hubungan kekeluargaan. Kenapa semua layan aku teruk? Layakkah aku bahagia andai aku bukan perempuan yang sempurna?.

     "Lia... jom makan.Mama dah masak untuk makan malam"lembut suara mama memanggilku di luar pintu bilik.Namun aku tetap berdiam diri tidak mahu keluar dari bilik. Walaupun rasa perut agak lapar sebab tak makan seharian,tapi aku sanggup tak keluar makan daripada berhadapan dengan papa sendiri.

     Ya.. Allah maafkan hamba-mu.Aku dah derhaka dengan orang tua ku.Ya Allah aku mohon engkau lembutkanlah hati papa untuk tidak membenciku lagi. Engkau permudahkanlah atas setiap ujianmu,kuatkan aku ya Allah... Selepas selesai berdoa, sejadah di lipat kemas dan telekung di simpan dalam lemari. Tenang rasa hati setiap kali lepas solat. Tudung pula disarung bersiap untuk pergi ke sekolah.

                                 🌹

     Semua pelajar berada di tapak perhimpunan sebelum aktiviti sukan tahunan di mulakan. Tampak wajah semua pelajar ceria nak mulakan sukan hari ini. Tapi nampaknya juga aku seorang sahaja yang tak semangat. Maklumlah tak suka sukan.Apatah lagi tak ada kawan untuk di ajak keliling padang bersama, memang lepas ini tengok orang bersukan seorang diri bagai pokok di tengah-tengah padang.

     Jam di tangan menunjukkan pukul 11.30 pagi. Dan acara sukan masih belum tamat. Termenung aku melihat cermin di tandas. Boleh pula termenung tengah-tengah orang lain bersukan aku boleh pula duduk dalam tandas termenung.

    Tombol pintu di pulas ke arah belah kanan. Rasanya dah betul cara aku pulas pintu tandas ini,tapi kenapa tak bo... Oh tidak! Jangan pula terkurung aku dalam tandas ini. Sudahlah semua orang sibuk berada di tengah padang! Kebiasaannya kalau ada acara sukan memang jarang orang guna tandas ini. Biasanya tandas di dewan yang berdekatan dengan padang sekolah sahaja yang dibenarkan untuk pergi di saat sukan berlangsung. Malang sungguh.

     "Tolong! Tolong! Ada sesiapa tak dekat luar" Dalam lima minit juga aku menjerit berharap ada orang bukakan pintu ini. Mula rasa gelisah takutnya terkurung sampai esok. Kenapalah aku pergi tandas pada waktu pintu ini tengah dalam masalah.

    'TIK'. Pintu tiba-tiba ada magic.
"Terima kas... "Baru sahaja mahu mengucap terima kasih. Kata itu terputus apabila gadis itu melihat seorang pria yang berada di hadapan pintu.Ini bukan magic tapi nasib ada orang datang pada waktu yang tepat.

    "Sama-sama"Pria itu tersenyum,tahu aku nak ucap terima kasih padanya.

   "Arqel? Buat apa dekat sini? "

    "Tak nampak ke saya depan pintu ini tengah selamatkan gadis yang terperangkap dalam tandas? "Sinis katanya namun cuma gurauan.

     "Oh ya, terima kasih lagi sekali"Kata ku ikhlas.

     "Terima kasih je? Tak nak bagi sesuatu? "Eh mamat seorang ini macam tak ikhlas je tolong.

    "Dahtu kau nak apa? " Tanya diriku pada pria itu sambil menjeling mata ke arah lain.

    "Saya nak kawan dengan awak dan awak kena janji untuk berkawan dengan saya,pilihan muktamad"Huh?series ke dia nak kawan dengan aku yang ulat buku ini?Namun aku tetap menganggukkan kepala acuh tak acuh dengan muka masam. Nak ke tak nak tapi dia dah tolong aku kan? Kalau nak berkawan sahaja apalah sangat. Lagi pun aku nampak Arqel ni baik orangnya. But i don't trust him hundred percent. Mula dah trust issues berkeliaran dalam fikiran. Just watch him kalau dia betul-betul nak berkawan and tak mengambil kesempatan it's okay to be friend. Lelaki bukannya boleh percaya sangat. Takutnya last-last termasuk dalam mulut buaya,menyesal tak sudah.

                                🌹

     Seperti biasa, selepas sahaja habis kelas aku menyempatkan diri untuk bertenang di tepi pantai. Namun kali ini aku tidak berkeseorangan di temani Arqel. Janji aku untuk menerimanya sebagai kawan. Kami berjalan di tepi gigi pantai. Tenang. Tiada sebarang suara melainkan bunyi ombak pantai dan burung yang berkicauan.

     "Lia memang selalu pergi pantai ke? "Soal Arqel melihat aku yang memandang ke arah tengah pantai. Lalu wajahku berpaling ke arah Arqel apabila dia menanyakan soalan itu.

     "Yup, Lia memang selalu pergi pantai, itupun kalau Lia tahu papa balik lewat"Jawabku lalu wajah ditolehkan kembali ke arah lautan pantai yang luas.

     Tiada kata balas dari Arqel namun di sudut pandangan aku dapat melihat dagunya di anggukkan.

     "Hmm... Lia suka baca novel kan?"

     "Eh,macam mana Arqel tahu? "Bibirku senget menyoalnya dengan rasa ingin tahu.

     "Lia kan ada baca novel time first Arqel pindah sekolah sini dalam kelas,lepas itu masa dalam perpustakaan haritu"

     Dahi sendiri di tepuk.Macam mana boleh lupa, bahkan aku tahu sekali pun orang tidak tahu siapa aku tapi kalau di lihat dari gaya aku yang selalu membaca novel dan berkaca mata orang pasti cam yang aku ini pencinta novel.Bukan sembarang orang yang tidak suka novel dapat membaca dengan tenang dalam khalayak yang ramai juga riuh.

     Arqel ketawa kecil mendengar jawapanku.Hampir setengah jam juga kami berada di kawasan pantai tersebut mengambil angin dan mencari ketenangan. Entah kenapa aku rasa selesa berkawan dengan Arqel padahal baru sehari dia menjadi temanku.

3 tahun pantai menjadi rumah keduaku. Pantai ini juga tempat tersimpannya banyak kenangan bersama Irham juga tempat pertama kalinya aku bertemu dan mengenali Irham.

Aku duduk di bawah salah satu pokok di pantai itu sambil mengimbas kembali sejarah pantai ini terhadapku.

Lia rindu Ir separuh nyawa. Rasa rindu yang tiada penghujungnya buat sahabat sejak kecilnya. Irham selalu menjadi temannya dari kecil sejak berumur 7 tahun sehingga diri mereka menginjak berumur 14 tahun. Tapi sayangnya kami terpaksa berpisah. Kini sudah dua tahun Irham tiada.Tidak tahu bagaimana dirinya di sana. Bahagiakah Irham di luar negara? Atau sangat bahagia sehingga lupa akan sahabatnya? Rindu yang terselit rasa kecewa. Aku bahkan tidak tahu mengapa Irham tiada memberikan khabar seutus satu surat atau pesan mesej.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now