Bab 12

32 5 0
                                    

      Wajah pria yang bertubuh tinggi kelihatan sedang mengerutkan keningnya dan memandang sinis ke arah salah satu konconya.

"Tuan.. Lebih baik cari perempuan lain, lebih banyak tuan, yang cantik dekat luar sana" Tak bergetar bibir salah seorang anak buah kumpulannya bersuara.

"KAU DIAM! Aku nak dia! Sekali lagi kau cakap suruh cari perempuan lain, aku akan pastikan kau tak nampak dunia lagi!" Amaran tegas dari pria yang sedang duduk sambil menonjolkan pistol yang terdapat di tangan kearah lelaki tua itu. Lelaki yang berusia dalam 30-an itu tertunduk sebaik sahaja pistol itu diarahkan kepadanya.

     "Betul apa yang anak buah kau tu cakap. Dari dulu daddy dah cakap jangan kejar perempuan tu. Bila-bila masa je daddy boleh bunuh perempuan bodoh tu. Tapi daddy cuba musnahkan geng The Colonna dengan cara lain, that's because of your request not to kill that girl" Lelaki tua itu berbicara dengan sinis di hadapan pintu bilik anak terunanya itu.

" What do you mean daddy?! She's not stupid! I love her daddy! Kenapa mesti perempuan yang Qel cinta?!" Pria itu mulai menekan suaranya, sehingga anah buahnya terkejut melihat reaksi anak ketuanya itu.

"Sebab hanya perempuan tu yang boleh jadi kelemahan The Colonna geng! You know The Colonna adalah geng yang paling kuat di Itali dan ditakuti oleh kumpulan mafia yang lain. Dan perempuan biasa tu dicintai oleh anak lelaki ketua mafia The Colonna. Sampai kini daddy tahu anak lelaki dari ketua kumpulan Colonna masih menjaga keadaan perempuan yang Qel cintakan dari jauh dan secara rahsia tersembunyi dari pengetahuan perempuan tu!"
Daddy Syam berkata dengan nada yang tidak terlalu keras. Dapat dilihat dari kedua mata lelaki tua itu simpati akan anak lelakinya yang sedang gila mencintai seseorang.  Seorang bapa yang tahu akan perasaan anak lelaki yang dilanda taman usang di hatinya.

     Namun sejujurnya dia tidak mahu anak lelakinya diburu oleh geng mafia yang menjadi musuh mereka. Juga dia tidak ingin jika menantukan gadis biasa yang tidak setanding dengan keluarga mereka.

"Jadi.. Maksud daddy.. Selama ni gerak geri Qel dipantau? " Wajahnya jelas terkejut. Selama 4 tahun dia bersahabat dengan wanita yang ia sukai, nyatanya wanita itu dipantau dan dijaga oleh pria lain dalam diam tanpa ia ketahui. Canda dan tawanya dulu bersama wanita itu dipantau? Tapi mengapa aku tak pernah sedari itu? Kenapa mereka tak terus menghalangku? Malah membiarkan aku mendekati gadis itu?

     "Daddy tahu Qel cintakan sangat perempuan tu. Tapi papa tak akan restu. Apa kurangnya Nel pada Qel? Nel lebih cantik, lebih kaya. Nel sangat sesuai dengan kamu, bukannya dengan perempuan biasa tu! " Sinis wajah daddy Syam melontarkan kata. Sememangnya Nel anak arwah kawan baiknya dahulu sangat padan nak dibandingkan dengan Qel mereka memang sangat sesuai. Ia sangat berkenan untuk menjadikan Nel sebagai menantunya. Memang lebih sesuai Nel dan Qel, tapi kalau dah jatuh cinta, berlian di samping pun sudah tidak di pandang melainkan buah hati yang belum menjadi kepastian dalam hidupnya.

     "Tapi daddy... "
Belum sempat ia mahu membantah kata daddynya itu. Daddy Syam terlebih dahulu meninggalkan anak terunanya. Sudah tahu satu-satunya anaknya itu keras kepala, apa sahaja yang di perintah ia selalu membantah.

     "ARGHHH! Aku nak dia! Bukan Nel! Daddy! Please understand me! " Kuat suara Qel menjerit sehingga bergegar cermin yang tergantuk pada dinding. Seorang demi seorang konco-konconya keluar membiarkan Qel berseorangan di dalam bilik. Sudah tahu perangai anak bossnya akan segera menghalau mereka.

                                🌹

     Dari jauh aku melihat Arqel yang sedang berjalan membawa beg besarnya itu. Aku turut melemparkan senyuman padanya, kelihatan wajah riang Arqel, sudah lama aku tidak melihat wajahnya apatah lagi perangainya yang selalu membuatku tertawa.

      "Sampai pun, dah jom kita gerak pergi rumah makcik Lin" Sautku sambil menarik jaket sejuknya yang tersidai di atas beg galasnya.

     "Lia sure ke nak Arqel tumpang sini? Tak menyusahkan makcik Lin dan kak Sarah?" Hatinya juga terasa tidak selesa jika mahu menumpang di sana, takutnya hanya menyusahkan mereka.

    "Arqel jangan risau, Lia dah pun bagitahu dan makcik Lin setuju, kalau kak Sarah..Lia tak pasti"

Arqel melihat wajah Lia yang sedang sibuk memandang screen handphone. Dalam taxi pun menyempat lagi dia mahu baca novel dalam internet.

     "Jadi inilah Arqel tu? "

"Ya makcik, saya Arqel kawan dari sekolah menengah dengan Lia"

"Baiklah jemputlah masuk, kak Sarah tengah buatkan air" Makcik Lin mempelawa Arqel duduk di sofa sementara itu aku ke dapur menolong kak Sarah.

     Aku sedikit kaku melihat wajah kak Sarah sejak pagi tadi dia tidak langsung berbual ataupun senyum pada Arqel. Setahu Lia kak Sarah adalah seorang yang peramah. Senyuman manisnya bertukar apabila melihat wajah Arqel. Walhal Arqel pula senyum melihat kak Sarah.

"Lia, kak Sarah tu kenapa eh? Cam tak suka je aku duk sini" Arqel mencemik mulut melihat kak Sarah yang sedang berada di balcony .

"Haishh kau ni. Jangan fikir macam tu, mungkin kak Sarah penat" Aku meyakinkan Arqel, padahal aku sendiri terasa begitu. Rasa serba salah pula menumpangkan Arqel di sini.

Makan malam bersama memang sangat menyenangkan, namun tidak pada malam ini. Kami berempat duduk di satu meja sambil mengaut lauk pauk yang dimasak oleh makcik Lin. Kak Sarah memandang Arqel dengan sinis dan senyuman yang tidak terukir. Sangat berbeza dengan kak Sarah yang ku kenal.

"Apa niat kamu datang ke sini? " Soalan itu membuat Arqel tersentak. Dia segera meletakkan sudip lauk kembali dari mengambilnya. Aku juga sedikit terkejut dengan pertanyaan kak Sarah.

"Saya datang sini sebab Lia. Err.. i mean sebab nak bercuti dekat sini"
Wajahnya sedikit kaku dengan jawapan yang agak acuh-tak acuh.

Suasana kembali normal setelah makcik Lin memulakan perbualannya.

"Ha, baguslah kalau kamu nak bercuti di sini, alang-alang tu mesti kamu tak tahu yang Lia ni dah ada yang berkenan dengan dia, makcik pun nak kenalkan dia dengan anak buah makcik, orangnya ada di Itali, cuma sekarang dia tengah buzy kamu doakan kalau dia dah siap kerja dia cepat-cepatlah diorang kahwin " Hampir tersedak makanan yang berada di mulutku, sejak bila aku nak kahwim dengan anak buah dia? Kenal pun belum.

"Ya betul tu mak. Lia ni sangat sesuai dengan anak buah mak tu, sama-sama cantik dan kacak. Kak Sarah tahu, Lia mesti berkenan punya dengan anak buah mak tu"
Amboi kak Sarah, tadi duk masam je muka macam orang baru mati anak, sekarang bukan main kenakan aku dengan sedara dia yang tah mana pun aku tak tahu.

Aku hanya mampu senyum mendengar perbualan itu sambil melihat ke arah Arqel yang sedang mengengam erat kedua tangannya, menahan geram agaknya.

Aku hanya mampu senyum mendengar perbualan itu sambil melihat ke arah Arqel yang sedang mengengam erat kedua tangannya, menahan geram agaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now