Bab 4

36 8 0
                                    

     Suasana yang sunyi jam tangan menunjukkan pukul 6 petang. Sememangnya waktu begini semua pelajar sudah pulang dan tiada kelas tambahan sehingga jam 6 petang. Satu buah buku novel di keluarkan dari dalam beg. Belum sempat aku membuka kulit buku novel tersebut. Bunyi tapak kasut kedengaran di hujung koridor sekolah. Suara tapak kasut itu makin kuat menghampiri. Aku pasti seseorang akan datang ke arah sini.

Mataku mulai membulat, rasa cemas mulai menguasai diri. Bagaimana kalau cikgu yang datang? Mampus aku kena marah. Sudah lewat sangat aku berada dalam kawasan sekolah kalau ikutkan undang-undang memang dah langgar peraturan sekolah. Huh! aku akan nampak mencurigakan sebab berada dalam waktu yang dilarang untuk berada dalam kawasan sekolah.

Dan suara langkah mulai kedengaran tepat berada di depan pintu. Aku tidak dapat melihat sosok di balik pintu tersebut kerana selepas masuk pintu terlebih dahulu di tutup rapat.

Lantas suara langkah kaki itu terhenti. Sekilas pintu di buka.

     " HYE! "Sosok pria tinggi lampai muncul di balik pintu. Huh dia rupanya, mati-mati aku ingatkan cikgu yang datang.

     "Apa kau buat dekat sini? "

     "Kau itu pula kenapa tak balik lagi? nanti karang kalau cikgu nampak habis menangis seorang budak ini" Aku yang tanya ke dia yang tanya sekarang ini? Selamba pula nak perli aku.

"Suka hati orang lah, aku cuma nak baca novel, and lagi satu aku ni tak suka menangis "Geram aku tengok perangai Si Tinggi ni ada sahaja benda mahu kenakan aku.

"Elehh, cakap je macam itu padahal hati tu senang nak nangis" Mulutnya dikatup dengan tangan menahan diri supaya suara tak terlepas gelak. Lantas pipi aku mulai rasa hangat, aku yakin kalau dah rasa macam ini mesti pipi chubby aku sekarang tengah merah dek kerana tahan malu.

"Lepas ini Arqel nak kacau Lia lagi, suka bila tengok pipi Lia merah HAHAHA" Kali ini suaranya tak boleh ditahan keluar juga gelak besarnya itu.

Lantas aku menyusul keluar dari kelas hendak menuju ke luar sekolah. Lama-lama di situ tidak guna juga kalau ada orang kacau. Semeter sebelum langkah kedepan..langkah terhenti, badan menjadi kaku apabila tangan terasa di gengam.

Badan ditolehkan kembali kebelakang. Tangan ditarik agar lepas dari gengaman tersebut.

"Lepaslah! Apa yang Arqel cuba buat ni! Kita bukan mahram,tiada hak Arqel nak sentuh tangan Lia sesuka hati!" Marah betul aku masa itu.

"Sorry Lia.. Aku tak sengaja.. "Kini mukanya berubah menjadi suram.

"Lia tak kisah kalau Arqel nak kawan dengan Lia, tapi tolong jangan sentuh Lia" Wajahku sedikit layu, kecewa tidak sangka dialah orang pertama yang memegang tanganku.

Langkah di percepatkan. Namun aku dapat lihat sosok badannya tidak berganjak sedikit pun untuk mengejarku. Aku tahu dia tengah kaku tidak tahu mahu cakap apa.

Ya, Allah... Kenapa lah aku marah Arqel sampai macam itu, padahal aku tahu Arqel tidak sengaja, dia cuma mahu diriku berhenti melangkah tanpa sedar dengan tindakkannya. Aku baring di atas tilam sambil melihat lelangit bumbung kamar. Rasa menyesal dah bertindak melulu. Aku dapat rasakan marahku tadi sudah membuatkan Arqel terasa hati.

                                 🌹

Huh... Akhirnya hari yang di nanti pada hujung minggu telah tiba. Setiap hari sabtu aku akan pergi ke pantai untuk meluangkan masa membaca novel. Aku menunggu Arqel menjemputku sebab hari ini tiada siapa yang sudi hantar melainkan Arqel. Mama ada temu janji dengan syarikat papa manakala pakcik Azli pemandu driver papa pula mengambil cuti untuk melawat ibunya yang sedang sakit di kampung. Jadi nak tak nak, kena tumpang Arqel.

Aku tahu Arqel masih terasa hati, sudah seminggu dia tak bertegur .Walau kedudukan kami dalam kelas hanya berjarak 2 meter wajahnya tak berpaling menghadapku, nampaknya aku kena cari jalan macam mana nak pujuk Arqel.

Setengah jam aku tersidai dekat gazebo depan rumah, akhirnya muncul pria yang ditunggu dengan motor y15zr yang kacak.

Lama juga menunggu Si Tinggi itu muncul depan rumah nasib aku bukan jenis perempuan yang pakai mekap, kalau tak aku akan mengamuk sebab mekap cair hanya kerana menunggu seseorang untuk menghantar tuan puteri pergi ke pantai. Sempat aku perasan jadi tuan puteri dalam perjalanan yang di penuhi lamunan mengarut yang berlegar dalam fikiran. Tiba-tiba dada tanpa sengaja tersandar mengenai belakang tubuh pria di depan ku lalu tangan di peluk erat di sekeliling pinggang sosok pria yang sedang memboncengku.

"Lia memang sengaja nak peluk Arqel ke? "Suara itu buatkan aku sedar apa yang sedang aku lakukan.

"Ehh!So...sorry Arqel Lia tak sengaja"Boleh pula dia brek motor kuat-kuat sampai aku terpeluk pinggangnya, nasib tak terpelanting ke belakang. Namun tiada balasan kata dari Arqel melainkan aku mendengar sedikit ketawanya yang di sorokkan. Inilah akibatnya jika memarahi seseorang yang tidak sengaja melakukan kesilapan akhirnya terkena juga pada diri sendiri.

Kami turun dari motor y15 tersebut. Susah juga orang pendek nak naik turun motor tinggi macam ini. Kami menuju ke hujung pantai yang terdapat pondok di sana. Memandangkan aku pakai seluar yang agak labuh dari buku lali, aku jatuh terpijak kain di hujung seluar. Sekilas aku bangun kembali, malu nak duduk lama-lama kalau dah jatuh tak pasal-pasal dapat malu kalau ada yang melihatku.

     "Lia okey tak?Boleh jalan?Ke nak Arqel dukung? " Eh dia boleh nak mengambil kesampatan? Tapi aku tak marah, aku tahu dia cuma bergurau.

     "Lia okey je, dahla jom" Kami kembali melangkah pergi ke tujuan sebenar kami datang ke sini. Nasib jadi orang pendek memang macam ini, ada je benda yang tak kena bila nak berfesyen atau semasa nak mengambil sesuatu barang yang agak tinggi. Kalau aku ingat balik masalah dua tahun dahulu yang terjadi dekat seven-eleven sewaktu aku nak mengambil air kotak milo yang berada di peti penyejuk minuman di tingkat paling tinggi terletaknya air milo tersebut. Berjengket-jengket kaki berusaha mencapai satu kotak air milo di barisan paling hadapan namun pergorbanan itu hanya sia-sia. Nasib ada Irham yang baharu sahaja memasuki kedai itu kalau tak sampai kesudah tak dapat nak minum air milo. Tahu-tahu semua staf yang berkerja di situ tertawa melihatku yang gagal mencapai menggunakan tangan sendiri.

     "Lia nak minta maaf sebab marah Arqel haritu" Aku senyum, tangan di hulurkan bersama satu coklat kitkat sebagai tanda maaf. Terkebil-kebil mata Arqel melihatku. Lalu tangannya mengambil coklat kitkat itu.

     "Sokayla...Salah Arqel juga"Aku membalasnya kembali dengan senyuman. Walaupun hatinya tergores dengan kata-kata ku dahulu namun hatinya lembut untuk memaafkan tanpa membalasnya kembali.

Dari kejauhan aku melihat Arqel yang sedang berjalan di tepi persisiran pantai. Buku novel di masukkan kembali di dalam beg lalu aku bergegas melangkah menuju Arqel. Tenang bila dapat luangkan waktu di sini. Namun kali ini aku tidak merasa kesepian. Arqel pasti akan menyetujui ajakanku untuk keluar ke mana pun yang aku mahu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now