EPILOG

26 1 0
                                    


(1 tahun kemudian..)

Dari kejauhan Fariz dan Qaseh memandang kedua pasangan suami isteri itu. Mereka turut bahagia melihat Ir dan Lia tersenyum memandang ke arah buah hati mereka.

Fariz menolehkan pandangan memandang Qaseh yang duduk terdiam di sebelahnya.
"Teringin ke nak ada keluarga sendiri?" Terbit soalan itu muncul apabila melihat Qaseh yang sejak tadi tersenyum memandang Qaisara.

" Hmm..Qaseh rasakan.." Qaseh memulakan kata mukadimah sebelum meneruskan ceritanya.

Arqel hanya mendengar sahaja. Belum masanya dia hendak mencelah. Dia mahu mendengar penjelasan Qaseh terlebih dahulu.

"Qaseh memang nak kahwin, tapi ada sisi gelap yang selalu menghalang Qaseh. Sisi yang hina. Sisi yang selalu sedarkan Qaseh daripada lamunan untuk berkeluarga macam orang lain"

"Sisi gelap?" Fariz menjungkitkan keningnya. Ingin tahu kepastian apa maksud tersirat di balik kata gadis itu.

Qaseh memandang Fariz sekilas . Dia tidak mahu sesiapa di antara Fariz mengetahui dirinya yang sebenar . Dia malu. Dia menyesal. Dia juga takut jika semuanya terbongkar dia akan kehilangan Fariz. Dia tidak mahu lelaki yang dicintai membenci setelah mengetahui sifat kotornya selama ini yang disembunyikan. Biarlah dia tetap menyimpan perasaan daripada harus memalukan diri di hadapan lelaki itu. Bagi Qaseh dirinya sudah sangat hina dan tidak layak untuk sesiapa. Seorang bekas pelacur yang menginginkan kebahagian, yang ingin mendapatkan kasih sayang dari seorang lelaki tanpa melibatkan nafsu semata.

"Ish dahla..jom kita pergi beli aiskrim, lepastu kita belikan juga untuk Ir, Lia dan Qaisara." Qaseh menamatkan pembicaraan itu. Dia bangun lalu berlalu dari situ.

"Tapi Qaseh.." Fariz turut beredar mendekati Qaseh yang sudah melangkah pergi darinya. Sejujurnya dia mahu mengetahui apa sebenarnya yang disembunyikan gadis itu darinya. Dia pasti ada sesuatu dibalik kata gadis itu. Tapi lain kali sahajalah, Qaseh pun sudah berlalu, Fariz tidak mahu ditinggal sendiri tanpa Qaseh disitu.

Lia dan Irham menyempatkan diri untuk singgah di pantai yang tersimpan berjuta kenangan bersama. Kami berdua merenung jauh ke arah pantai sambil duduk di pinggir pantai. Matahari mulai tenggelam. Sudah lama aku tidak berada di dalam situasi ini. Situasi yang sama seperti 10 tahun dahulu, sewaktu Irham dan Lia masih dibangku sekolah. Teringat pula zaman bersekolah dahulu.

"Thanks my princess, dah sudi jadi isteri abang, abang akan jaga Lia dengan baik, sebaik-baiknya abang menjaga diri abang sendiri bahkan lebih dari itu. I love you my amor" Irham mengusap lembut pipi isterinya.

"I love you too my hero. I always be at your side forever. Thanks abang, for everything" Balas Lia sambil menggengam erat tangan suaminya itu.

"Most welcome cinta," Irham mengucup lembut pipi isterinya. Kepala Lia disandarkan pada bahu Irham. Sepasang suami isteri itu memandang ke arah anak gadis mereka yang sedang bermain buaian. Siapa sangka mereka berjodoh. Biarpun cinta mereka pernah berpisah namun rasa cinta dalam hati tidak pernah sedikit pun pudar.

Terima kasih YaAllah, perancangan-mu untuk kami sungguh luar biasa. Indahnya jalan yang engkau atur, biarpun tersirat luka, namun luka itulah yang menjadikan kami insan yang kuat. Terima kasih Ya-Rabb atas pinjaman duniamu ini, seorang isteri yang tulus mencintai dan seorang permata cahaya kami berdua, Qaisara. Nur Amylia milik Arraz' Irham buat selama lamanya sesampainya di syurga.

Semoga Allah menjaga cinta kami hingga ke syurga..

TAMAT...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 11, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now