bab 21

30 2 0
                                    

      Beberapa hari selepas itu, aku menerima pesan dari Irham. Kata Irham, Kak Sarah, dan makcik Lin akan datang ke rumah kami untuk bertamu. Aku sangat gembira mendengar khabar itu. Mama dan papa juga sudah tahu mereka akan datang.

     Mereka tiba pada pukul 3 petang. Apabila mereka sampai kami semua bersalaman dan saling berbual di ruang tamu. Tidak lupa juga menyediakan makan malam untuk tetamu. Bagiku mereka bukan lagi tetamu tetapi keluarga.

Masing-masing selepas makan duduk berbaring di ruang tamu sambil berbual tentang majlis kahwin Irham dan Lia. Manakala Irham dan Lia pula berdua di luar bangku rumah.

"Lawa kan bulan tu" Matanya tak berkedip memandang bulan purnama itu. Di sekeliling bulan ada banyak bintang yang menghiasi langit malam. Indah sungguh ciptaan Allah.

"Haah lawa. Tapi lagi lawa orang sebelah saya ni" Irham memandang Lia yang sedang mencemik muka. Padahal suka dipuji begitu.

"Ir..boleh Lia tanya?" Lia bertanya.

"Tanya jelah, Ir akan jawab" Balas Irham.

"Apa sebab Ir hilangkan diri dan..macam mana Ir boleh jadi mafia? ketua mafia pula tu.." Seketika Irham memandangku.

"Ir pindah pergi Itali semuanya bersebab.." Matanya memandang ke arah bulan sambil berbicara.

"Daddy terpaksa pindah Itali sebab di buru oleh kumpulan mafia. Dulu Daddy Ir memang seorang mafia, tapi dia mencipta kumpulan mafia hanya disebabkan untuk menjaga syarikat bisnes. Bukan untuk kerja haram. Dulu syarikat bisnes daddy diserang angkara dengki atas kerjaya syarikat itu. Antara musuh yang cuba menjatuhkan syarikat daddy adalah orang-orang Arqel, kumpulan bazorz . Daddy dah semakin tenat, dia menghidap kanser paru-paru dan akhirnya memilih untuk pindah ke Itali agar tidak lagi diserang. Tapi tak sampai disitu, bila pindah Itali masih ada musuh yang mengejar. Sebab bisnes daddy masih berjalan dengan baik dekat Itali. Masa tu daddy sakit teruk dan dia lepaskan jawatan syarikatnya pada Ir dan papa suruh Ir untuk jaga The Colonna geng. Tak lama selepas itu daddy menghembuskan nafas terakhirnya di depan mata anaknya. Ir kehilangan kedua-dua orangtua" Ir menundukkan pandangannya sambil mengengam erat kedua belah tangan. Lia tahu perasaanya bagaimana, sudah pasti sangat sakit. Kuatnya Ir menanggung semua itu. Lia bersyukur kerana masih dapat belaian kasih sayang dari kedua orangtuanya.

"Sebelum daddy pergi dia ada kata 'jangan dekati Lia dahulu, papa tak nak kamu jadi incaran musuh di luar sana, mereka tahu Lia adalah kelemahan kamu, bila tiba masa yang sesuai kamu temuilah Lia dan hiduplah bersamanya'. Itulah sebab kenapa Ir hilangkan diri, tapi Ir tak pernah lupakan dan tinggalkan Lia. Ir tahu bahaya kalau dekat dengan Lia, bila-bila sahaja musuh boleh cederakan Lia. Oleh sebab tu, Ir arahkan anak buah The colonna untuk menjaga Lia dari jauh tanpa diketahui sesiapa. Ir ada banyak kerja di syarikat papa hingga tiada masa untuk menjaga Lia sepanjang waktu, Ir bayar orang kanan untuk awasi Lia dan memberitahu apa semua yang Lia lakukan. Ir terluka. Ir rindu Lia, Ir nak peluk erat Lia, tapi Ir tahan sebab nyawa Lia lebih penting, sampai suatu saat orang bayaran Ir beritahu Lia sudah bertunang. Betapa hancurnya hati Ir waktu tu, tapi Ir tak putus asa untuk dapatkan Lia, dan sekarang Ir dapat Nur Amylia Binti Azman, cinta pertama Ir"

Pandangannya juga banyak kali redup jatuh ke wajahku yang duduk bersebelahan dengannya. Wajahnya nampak tidak ceria langsung apabila menceritakan tentang masa lalunya yang gelap.

"Macam mana dengan Kak Sarah dan Fariz?" Aku kembali bertanya. Sebenarnya hati aku sudah tidak senang melihat muka sedihnya itu, tapi rasa ingin tahu makin membuak bila Irham menceritakan kisah hidupnya itu.

"Kak Sarah ialah sepupu Ir, dialah yang bantu Ir supaya Lia duduk dengannya di Itali supaya lebih senang Ir nak tahu hidupan harian Lia, Kak Sarah mesti selalu bagi Lia white chocolate kan? Sebenarnya coklat tu Ir yang suruh Kak Sarah bagi Lia, sebab Ir tahu Lia suka white chocolate. Fariz pula ialah salah satu anak buah The colonna geng dia orang yang Ir percaya. Haritu Ir suruh dia try mengurat Lia, nak tengok Lia suka ke tak. Nasib Lia tak suka, kalau tak memang orang culik dia lepastu pakaikan maskot rabbit mesti comel hahaha" Ketawa pula Si Hero ni!

"Elehh orang bukannya budak-budak nak pakai maskot bagai" Mula dah bibirnya mencemik, tajam matanya menjeling ke arah Irham yang masih tertawa.

"Thanks cinta, gelap hidup Ir dulu biarlah berlalu, sekarang biarlah Lia warnai hidup Ir"

"Thanks too my princess, dapat terima Ir balik, i love you my amor"

Walau mereka terpisah lama, akhirnya mereka dipertemukan juga. Dan sekarang Lia faham sejauh manapun seseorang itu pergi dia tetap akan kembali jika dia adalah jodoh kita.

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.
Arraz' Irham [COMPLETE]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu