Bab 9

33 5 0
                                    

     Memandangkan hari ini aku mempunyai satu sahaja lagi kesempatan untuk menghabiskan waktu di pantai yang menjadi rumah kedua di tanah air ini. Memandang seluruh pemandangan dan merenungi semua kenangan yang berlaku di sini. Pantai yang bakal aku tinggalkan entah untuk berapa lama. Biarpun pantai ini tidak secantik di luar negara yang bakal aku tempati nanti, tapi pantai ini tempat kenangan yang banyak, juga tempat yang sentiasa aku tempati untuk menjadi penenang segala masalah yang dilalui. Pantai yang menjadi tempat menyimpan air mata, kerinduan dan rahsia yang selama ini menjadi milikku seorang.

                                   🌹

*flashback *

"Ir sayangkan Lia sebagaimana Ir sayangkan diri sendiri bahkan lebih dari diri sendiri"

"Lia pun sayangkan Ir, nanti kalau Lia dah habis belajar, Lia nak kahwin dengan Ir"

Irham melemparkan senyuman padaku, pada waktu senja itu sungguh menyenagkan. Kata yang dilontarkan padaku sungguh manis. Kami berjalan beriringan di tepi persisiran pantai. Air sejuk menyentuh kulit kaki, angin sempoi pula bertiupan. Begitu tenangnya pada waktu itu.

"Kalau sayang Ir dan nak kahwin, Lia kena kejar Ir dulu"

Aku memandangnya yang sudah terlebih dahulu berlari dariku. Aku mengejarnya dengan penuh rasa bahagia seolah dunia pada waktu itu hanya untuk gadis yang beruntung sepertiku yang menjadi sebahagian dari hidupnya.

                                  🌹

     Dan kenangan kami cipta seolah meyakinkan diri bahwa dia adalah buatku selamanya. Namun siapa aku untuk menetapkan takdir bahawa dia akan bersamaku untuk selamanya, aku sedar hanya mampu berharap tetapi Allah yang merancang semua jalan hidupku. Sekali pun aku tidak menyesal mengenal insan sempurna sepertinya, namun setelah aku kehilangannya, aku lebih berharap bahwa kita tak akan pernah saling mengenali.

YaAllah, kerinduan yang begitu dalam ada pada diriku untuknya. Buanglah rasa rindu ini agar dirinya tidak lagi terbenak dalam fikiranku. Hampuskan segala kenangan agar aku tidak berasa sedih mengenangkan kebahagian yang kami lalui bersama dahulu.

Aku melihat jauh ke tengah pantai itu. Petang senja ini sungguh indah. Angin dingin meresapi tubuhku, menyamankan suasana, sekali gus menenangkan debaran perasaan yang sentiasa ada sejak akhir-akhir ini. Musim hening yang bagaikan menyimpan sejuta rahsia, namun pemandangan indahnya mampu menyerlah kebesaran ciptaan ILAHI.

                                  🌹

     Aku kembali menutup rapat tingkap bilik libary mini ku. Bilik bacaan yang bakal aku tinggalkan. Aku pasti diri ini akan merindui semuanya.

Tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta ditekan, kami sekeluarga memasuki kereta Alpard berwarna hitam itu dan berlalu pergi menuju ke lapangan terbang. Setelah kami tiba di lapangan terbang KLIA semua sibuk mengangkat barangku keluar dari perut kereta itu.

"Lia jaga diri baik-baik, jangan lupa makan, jangan nakal-nakal pula di sana" Mama berkata sambil pipiku di usapnya.

Aku tersenyum. Namun kembali ku tawarkan senyuman itu apabila melihat papa yang sedang sibuk dengan telefon di telingganya itu. Sibuk agaknya call pasal kerja sampai anak sendiri nak berjauhan pun sudah tak dihiraukan lagi anak gadisnya ini.

"Lia jangan kecil hati dengan papa ya, biasalah tu tengah layan client "

"Baik ma.. " Balasku sambil mengangguk.

"LIA! " sebelum aku melangkah pergi, seseorang menjerit memanggil namaku. Lalu ku tolehkan kembali ke arah belakang.

"Huh! Nasib baik aku tak terlambat" Keluhnya.

"Lambatlah ni, sekejap lagi aku dah nak kena naik flight dah pun"

"Kami pun lambat tadi. Ni ha Lia bersiap lambat, auntie pun datang sini cukup-cukup masa je"

"Oh.. Ingatkan dah lama tunggu sini, uncle mana auntie? " Tanya Arqel sambil mencari.

"Ada tu tadi dekat sini tiba-tiba dah keluar, sibuk pasal kerja" Ujar auntie Roziah. Arqel mengangguk sambil memuncungkan bibirnya melihatku.

"Bila lagi kita boleh jumpa? "

"Ada umur panjang, jumpalah kita nanti" Kataku.

Memang sukar untuk mengucapkan selamat tinggal pada mereka yang telah banyak membantuku selama ini. Malah mereka juga tempat aku berkasih. Begitulah lumrah hidup, terpaksa berkorban demi masa depan, meninggalkan orang yang disayang di tanah air dan pergi ke negara orang untuk membawa pulang hasil kejayaan. Rezeki tiada siapa yang tahu, aku tak pernah tahu bahawa rancangan tuhan untuk hidupku sebesar dan sehebat ini, dengan ujian yang diberi untuk pelajaran hidupku.

Suasana menghening sebentar sebelum aku bersuara kembali. "Okeylah, Lia pergi dulu ya, flight sekejap je lagi. Ma..nanti kirim salam untuk papa, Arqel nanti kirim salam untuk keluarga Arqel. "

Mereka hanya menganggukkan kepala lalu melambai ke arahku yang sudah hampir menghilang dari orang ramai di dalam lapangan terbang itu. Sungguh berat hati aku untuk pergi meninggalkan mereka. Namun inilah yang harus aku tanggung demi impianku. Aku menguatkan semangat untuk terus berjalan.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke perut kapal terbang. Aku disapa mesra oleh anak kapal yang bertugas.
"Cik.. Tempat duduk cik di sini ya"
Ujarnya tersenyum mesra sambil menunjukkan arah tempat tujuku. Pramugari itu juga mengambil beg di tanganku dan membantu aku ke tempat duduk yang telah tersedia untukku. Beginilah layanan mereka. Layanan yang sebaik-baiknya. Malah, di sediakan selimut dan juga minuman tin sebaik sahaja melabuhkan tubuh di kerusi empuk yang selesa ini.

Dari luar jendela kapal terbang itu, air mataku mulai jatuh setitik demi setitik. Kuatkah aku hidup tanpa mereka? Bolehkah aku menahan rindu?. Air mata ku usap kembali, aku menarik nafas dalam menahan sebak yang ada.

Sudah 5 jam aku berada di dalam kapal terbang yang akan membawaku pergi ke negara orang. Perjalanan begitu lancar dan tenang namun hati juga berdebar untuk memulakan kehidupan baharu. Kehidupan sebagai seorang wanita dewasa, yang masih mengejar impian dan berdikari untuk hidup.

Penumpang di sebelah ku pula nyenyak tidur tidak sedarkan diri, seorang wanita dalam lingkungan 20-an. Tubuhnya di selimuti dan satu bantal berbentuk donut di pangkuannya di peluk erat. Nyaman sungguh tidurnya, aku di sini malah tidak boleh melenakan diri, sekejap melihat ke arah luar sekejap membaca novel dengan membawa perasaan yang berbaur ini membuat ku susah untuk melenakan diri.

Aku melihat ke arah luar kapal terbang itu. Awan yang tebal dan cuaca yang cerah, pemandangan yang sungguh indah. Antara mengantuk dan sedar, aku tidak tahu apa yang sebenarnya yang harus aku lakukan selain mengingati semua kenangan pahit manis ku dahulu. Tiba-tiba entah kenapa aku berfikir tentang Irham. Sahabatku dahulu. Irham...Itali... Dia di Itali. Masih adakah dia? Atau sudah berpindah ke negara lain? Wajahnya tiba-tiba menerjah masuk ke dalam kotak ingatanku. Tak mustahil aku dapat berjumpa dengannya, negara besar Itali. Mana mungkin aku dapat menjumpai dia di bumi yang luas ini. Huh..mengapa aku harus memikirkannya? Bukankah persahabat ini sudah musnah sejak bertahun dahulu? Untuk apa aku masih mencarinya.

Mata kembali ku tutup, dengan harapan aku tertidur lena daripada sibuk memikirkan dia yang sudah lari dari hidupku. Bencikah aku pada waktu itu? Ada ku rasakan debaran dan marah di dalam hatiku apabila diri ini sibuk untuk memikirkannya. Kini, diri mulai menghampiri negara yang dituju. Perasaan semakin berdebar. Ingin menerima kehidupan baharu yang akan di mulai di negara itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arraz' Irham [COMPLETE]Where stories live. Discover now