prolog

1.8K 106 2
                                    

Jam di tangan ditilik. 1.20 tengah hari. Waktu makan petang.

Dan dengan pantas, lelaki ini bangun dari kerusi dan menuju ke bilik rakan sekerjanya.

Pintu dibuka.

" Kau busy ke? "

Ternaik sedikit bahu apabila biliknya diterjah begitu.

" Park Jihoon, aku dah banyak kali kata ketuk pintu dulu sebelum masuk. "

Jihoon hanya buat tak kisah. Cakap la banyak kali pun, kalau dia rasa dia nak terjah dia buat je.

" Aku tanya kau ni Junkyu, kau busy ke? " Soal Jihoon sekali lagi.

" Tak sangat. " Jawab Junkyu mendatar.

" Kalau macam tu, jom teman aku pergi lunch. "

" Boleh. Tapi kau belanja aku eh? "

Jihoon menggulingkan matanya keatas.

" Yalah. Tapi kau drive. "

• • •

" Kau nak makan mana? " Soal Junkyu yang sedang memandu kereta.

" Ikut kau lah. "

" Kalau macam tu, aku nak bawa kau pergi makan kat satu cafe ni. Cafe tu baru je buka. "

" Kau pernah makan kat situ ke? "

" Tak. Tapi aku rasa kat situ sedap. "

• •

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di sebuah cafe dimaksudkan Junkyu tadi.

Mereka masuk ke dalam cafe. Jihoon melihat sekeliling hasil dalaman cafe tersebut. Cantik! Pasti owner cafe ni perempuan.

Mata ralit memerhati is cafe ini sehingga tidak perasan seorang gadis sedang berjalan membawa pinggan mangkuk kotor sehingga terlanggar.

" Hey, jalan tu pakai mata la! " Marah gadis itu sambil mengutip pinggan mangkuk kotor yang telah jatuh.

" Maafkan saya. Salah saya. " Ucap Jihoon sebelum membantu gadis itu untuk mengutip pinggan mangkuk itu.

Jihoon memandang wajah sang gadis. Cantik. Nampakmya dia pekerja di cafe ni.

" Lain kali jangan berdiri tengah jalan. " Ucap gadis itu sebelum berlalu menuju ke dapur.

Jihoon mengelamun. Teringat kembali wajah gadis cantik itu.

Selepas itu, dia menuju ke meja yang sudah diduduki Junkyu sebentar tadi.

" Apahal tadi? " Soal Junkyu.

" Salah aku. Terlanggar perempuan tu. Marahlah dia. " Kata Jihoon mendatar.

" Excuse me? Boleh saya ambil pesanan encik berdua? " Celah seorang waiters bersama buku nota kecilnya untuk mencatat.

Jihoon memandang kearah waiters tersebut bersama senyuman kecilnya.

" Bagi saya spaghetti carbonara and carrot juice. " Pesan Junkyu.

Tangan gadis itu lincah menulis apa yang dipesan oleh Junkyu.

" Ha kau pula nak makan apa? " Soal Junkyu kepada Jihoon.

Jihoon hanya diam sambil mata menghadap gadis dihadapannya tanpa kelip. Terpesona!

" WOI JI, KAU DENGAR TAK AKU TANYA KAU NI? "

Dan dengan itu, Jihoon tersedar dari lamunannya.

" Err, kasi aku apa yang kau order jela. "

" Ouh, okay. Ada apa apa tambahan lagi? " Soal gadis itu.

" Takde. Itu saja. " Jawab Jihoon dan Junkyu serentak.

Setelah itu, gadis itu beredar dan terus menuju ke dapur.

" Kau dah kenapa? " Junkyu menepuk bahu Jihoon.

" Kenapa apa? " Soalan dibalas soalan.

" Cara kau pandang perempuan tadi? "

Jihoon mengukir senyuman kecil.

" Kyu, kau percaya 'love at the first sight' ? " Soal Jihoon.

" Percaya kalau ada. "

" Aku rasa aku sedang alami benda tu. "

73010 // pjhWhere stories live. Discover now