29

401 46 17
                                    

2 bulan kemudian....

Arissa sibuk mentatarias wajahnya.
Sesekali eyeliner dilentikkan sedikit.
Dipadankan pula dengan lipmate merah pudar bagi menjayakan makeupnya pada malam ini.

Untuk sentuhan terakhir, shawl diambil, dan dililit diatas kepala. Dikenakan hanya style ikat belakang sahaja.

Akhirnya, Arissa Nabeeha sudah siap!

Tok! Tok!

Pintu diketuk. Arissa membuka dan terpancul wajah mama.

" Nabeeha nak ke mana sayang? "

" Oh, Nabeeha nak ke majlis Sujin. Dia nak raikan perkahwinan dia dengan Junkyu. " Balas Arissa, senang.

Pagi semalam, majlis perkahwinan Sujin dan Junkyu berjaya dijayakan. Kedua mempelai itu sudah sah menjadi suami isteri. Macam tak percaya, Sujin tu akhirnya sudah berumah tangga.

Jihaa?

Masih dalam proses berkenalan. Ada sorang mamat ni datang cafe dan terus confess. Katanya dia dah crush kat Jihaa dari zaman Uni lagi. Tak sangka perasaan tu masih lelaki itu simpan.

Mungkin mereka ada perancangan lain yang Arissa tak tahu.

Gadis ini sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk kedua sabahatnya.

Dan Arissa Nabeeha pula?

Sudah hampir sebulan ikatan pertunangan dia dan Harraz putus.

Syukurlah, keluarga Harraz memahami yang sebenarnya Arissa tak nak. Dan mereka pun redha jika kami berdua tiada jodoh.

Dan sekarang, dia masih menunggu, masih berharap.

Kepada insan yang mustahil akan bersama dengannya.

Tetapi lama kelamaan, Arissa menyedari bahawa Jihoon tidak mahu lagi tahu tentang keadaanya.

Perpisahan itu seperti perpisahan sesungguhnya.

" Nabeeha? "

" Ya, mama? "

" Nabeeha pula? Bila nak kahwin? Mama masih menunggu calon menantu. "

" Masih menunggu, ma. " Keluh Arissa.

Mama menunduk. Meramas tangannya.

" Nabeeha, andai benar jodoh Nabeeha dengan dia, mama redha sayang. Mama terima dengan hati terbuka. Dia lelaki yang baik, ikhlas sayangkan Nabeeha. Lagipun hati Nabeeha tu, cuma mahukan Park Jihoon saja kan? "

-------------------

" Aduh Rissa, asal kau lambat? "

" Maaf, jalan jem tadi. "

Arissa menggaru leher belakang.

" Err, Jihoon tak datang? "

Sujin terdiam seketika.

" Urm, tak. Belum sampai lagi agaknya. "

" Takpelah. "

Arissa meramas tudungnya. Ah ini la benda yang paling dia nak elak.

Macam mana nak move on? Kalau tempat macam ni pun masih cari bayang dia.

" Jom? Aku bawa kau jumpa dengan yang lain. Tapi semua kawan Ajun la. "

" Ajun? "

" Hehehe, panggilan untuk laki aku. "

Arissa tersengeh. Bukan main lagi pengantin baru ni ya.

Sujin membawa Arissa ke tempat semua berkumpul. Tak ramai yang dijemput, cuma rakan terdekat sahaja.

" Semua tu kawan Junkyu ke? "

Mata Arissa ralit memerhati seorang demi seorang. Hensemnya!

" Yup, tu semua member dia. Hensem kan? Aku yang baru kahwin pun rasa nak tukar laki. "

Arissa memukul perlahan bahu Sujin. Hesh gatal!

" Gatal! Baru kahwin tau. Kalau Junkyu dengar ni, merajuk dia nanti. "

" Berani la dia nak merajuk ngan aku, malas la aku pujuk. "

Serentak itu keduanya ketawa. Pasti comel kalau mereka ni merajuk. Arh, teringin nak kahwin!

" Err excuse me, Sujin? Junkyu mana? Dari tadi tak nampak dia. "

" Oh, Haruto. Tak tahu la. Cuba cari kat belakang. I think dia ada kat sana. " Jawab Sujin ramah. Lagipun, dia memang dah pernah kenal dengan Haruto.

" Oh okay. Btw, who is this pretty girl? " Soal Haruto, memandang Arissa atas bawah. Jujur, gadis ini nampak cantik malam ini. Hanya dress hitam Dan dikenakan dengan shawl putih. Simple but still pretty!

" Ini kawan I, Arissa. Arissa, ni Haruto. Dia orang jepun tau. "

" Hi Arissa. You look so pretty. " Puji Haruto, ikhlas.

" Hi, ruto. Awak pun handsome. "

" Handsome tapi takde girlfriend tak guna juga. Apa kata you jadi girlfriend I? "

" Sorry Ruto. But Arissa, dia dah ada buah hati. So you boleh cari orang lain. " Sujin mencelah. Amboi kemain eh mengorat.

" Cis, melepas. "

Serentak itu, Sujin dan Arissa ketawa. Aduh, niat datang sini nak makan, tapi boleh pula jadi begini.

" Okaylah, saya pergi dulu. Nak makan. " Arissa meminta diri. Perut pun sudah lapar.

" Bye pretty girl. If you need someone untuk temankan makan, I ready volunteer diri. "

" No need. Saya okay je makan sorang. "

73010 // pjhWhere stories live. Discover now