12

546 69 8
                                    

" Hello? "

" Hello, Sujin. Saya tengah meeting ni. Kenapa tiba tiba call ya? " Terkejut Jihoon apabila panggilan dari Sujin ketika dia sedang mendengar presentation dari staff nya.

" Oh, maafkan saya menganggu. Tapi awak boleh tak datang ke cafe sekarang? "

" Kenapa? Junkyu order semua menu yang ada kat sana? "

" Tak, ini lagi best dari tu. "

" Huh? Pasal apa? "

" Pasal Arissa. "

Jantung Jihoon berdetak laju. Terus panggilan Sujin dimatikan. Dia meminta diri, selepas itu dia mengorak langkah ke keretanya dan memecut laju ke cafe.

Apa jadi kat Arissa?

Sungguh, gadis itu okay kan?

Tiba sahaja di cafe, dapat Jihoon lihat Sujin yang sedang menunggu kehadirannya.

" Jihoon! "

" Kenapa ni Sujin? "

" Jom! " Pergelangan Jihoon ditarik. Menuju ke tempat 'mereka' sedang berkumpul.

Dan ketika itu, Jihoon kaku. Bibirnya bergetar dan tangannya mengepal bentuk penumbuk.

Pemandangan nya sekarang ini.

Sangat menyakitkan hatinya.

Junkyu sedang melutut melamar gadisnya.

Arissa Nabeeha.

" Arissa, nak tak awak jadi kekasih saya? "

Namun lirikan matanya memandang Jihoon. Seakan akan sedang mengejek kerana berjaya merampas hak miliknya.

Jihoon mengepal bentuk penumbuk. Masih cuba untuk tidak bersikap agresif.

Arissa kaku. Tidak jangka dengan perbuatan Junkyu itu.

" Junkyu, awak.... "

" ARGHH!! "

BURGH!

Satu penumbuk hinggap dipipi Junkyu.

" ARISSA.. "

BURGH!

" MILIK.. "

BURGH!

" AKU! "

BURGGHH!!!

" Jihoon! " Teriak Arissa. Sungguh dia terkejut dengan kelakuan Jihoon.

Memang dia pernah melihat Jihoon sisi ini semasa dia diselamatkan dari lelaki mabuk dulu, tapi Jihoon yang sekarang ini lebih menakutkan. Sungguh dia takut sekarang ini.

" Ji, sudah! " Sujin dan Jihaa cuba menghentikan Jihoon yang bersikap agresif itu.

" Korang, kita stop je lah plan ni. " Jihaa bersuara.

Segera kelakuan Jihoon terhenti daripada terus menumbuk Junkyu.

" Plan? " Kata Jihoon dan Arissa serentak.

Sungguh mereka tidak faham apa apa.

Apa benda ni?

Plan?

" Maksud korang apa? " Arissa bersuara.

" Ini semua plan kitaorang je. Sebab kitaorang tahu, yang korang berdua saling suka. Tujuan kitaorang bertiga buat benda ni pun untuk turunkan ego korang. Saling sama suka kan? Berterus terang je la. Kenapa nak kena seksa diri sendiri? "

Panjang lebar Sujin bersuara. Menerangkan semuanya tujuan mereka melakukan plan ini.

" Ini semua plan kitaorang je, Ji! " Teriak Junkyu.

" Awak dah macam orang gila, masih tak nak mengaku perasaan sendiri? " Sujin bertanya lagi.

Jihoon mendengus.

Nafas dihembus kasar sebelum dia nekad untuk menarik tangan Arissa pergi ke tempat lain.

Sehingga di suatu kawasan lorong. Menyisakan hanya mereka berdua.

" Awak ni kenapa? Tumbuk Junkyu, dah gila ke apa? " Teriak Arissa.

" Apa maksud diorang pasal plan tu? "

Beku. Nada dingin.

" Huh? Jangan tanya saya. Saya tak tahu apa apa pun. "

Jihoon meraup wajahnya. Memandang Arissa yang menunduk. Takut melihat wajah ketat Jihoon.

" Tahu tak, hati saya rasa sakit sangat. Bila dapat tahu Junkyu lamar awak untuk jadi kekasih dia. Jadikan awak seseorang istimewa. Hati saya ni rasa sakit sangat. "

" Awak pun apa kurangnya? Ada apa apa hubungan dengan Jihaa? " Sayu Arissa bersuara.

" Huh? "

" Hari tu saya nampak awak. Dekat mall, bersama Jihaa sambil gelak ketawa. Itu apa? "

Jihoon membisu. Tiada kata.

Dia penat ingin berdebat.

" Tahu tak? Hati saya rasa sakit. Saya ingat awak dah move on dari saya. Saya ingat awak dah pergi da-- "

" Untuk apa saya buat semua tu? Sedangkan hampir tiap malam saya mimpikan awak. Ingat semudah itu nak move on? "

" Tapi awak da-- "

" Saya cintakan Arissa! Saya sayangkan Arissa. Bahkan hati ni dah jatuh terlalu dalam untuk Arissa Nabeeha! Tak cukup itu awak memahami saya? "

Hening. Hanya kebisuan yang mengisi suasana mereka.

Tiada respon.

Faham.

Dia faham.

Memang tiada ruang langsung ya?

" Baik, saya faham. Memang tiada ruang langsung untuk Park Jihoon ya? Takpe, saya aka-- "

" Jihoon nak jadi boyfriend saya tak? "

Tersentak. Jihoon kaku memandang Arissa yang kini tersenyum.

" Ap- apa awak cakap? "

Jihoon masih tergamam. Mata tidak berkelip memandang senyuman manis Arissa.

Argh, senyuman itu. Rindunya!

" Jihoon nak jadi boyfriend saya tak? Lamanya nak tunggu jawapan. Ke saya kena bu-- "

" Nak! Saya nak jadi boyfriend Arissa! "

Teriak Jihoon. Arissa ketawa.

" Maknanya Park Jihoon dah jadi boyfriend saya la sekarang? Hehehe, yeay! Sayang awak boyfriend saya! "

Pipi Jihoon merona merah. Haih, apa ini?

" BAGUS, MENGAKU PERASAAN MASING MASING ! "

Jerit satu suara.

Ianya Sujin.

Bersama Jihaa dan Junkyu.

" Korang sumpah biadap buat kitaorang macam ni. Aku fikir kita kawan! "

Senyap. Wajah marah Jihoon mematikan senyuman mereka bertiga.

Aik? Masih marah ke?

" Tapi sebab korang kitaorang berjaya in relay. Terima kasih! "

Jerit Jihoon gembira.

Lantas mereka semua bersorak.

Arissa tersenyum senang hati.

He fall first.

And both fall harder.

73010 // pjhWhere stories live. Discover now