10

517 71 4
                                    

Hujung minggu.

Arissa sekarang bersama Junkyu di sebuah mall. Junkyu yang membawanya kesini.

" Jom pergi makan nak tak? "

Arissa mengangguk. Memandangkan mereka baru sahaja selesai menonton wayang. Perut pun jadi lapar.

Mereka menuju ke restaurant makanan berdekatan. Mata melilau mencari meja kosong untuk mereka duduki.

Akhirnya mereka mendapat meja makan yang bersebelahan dengan tingkap.

" Awak nak order apa? " Junkyu bertanya.

" Saya nak... "

Semasa matanya ralit melihat menu yang ada, tiba tiba matanya tertancap pada dua sosok tubuh yang sedang berjalan di luar kawasan restoran.

Dia kenal orang tu.

Itu Jihoon.

Dan Jihaa?

Sejak bila?

Jihoon dan Jihaa sedang berjalan dengan senyuman masing masing yang tidak lenggang dari muka.

Ini kalau orang tengok, pasti mereka akan menganggap Jihoon dan Jihaa ialah pasangan kekasih.

Tapi Jihoon dan Jihaa?

Tak.

Tak mungkin.

Arissa bangun dari duduknya. Kaki terus melangkah keluar dari kawasan restoran. Mencari sosok tubuh Jihoon dan Jihaa.

Tetapi selepas dia keluar, mereka berdua sudah hilang dari pandangan.

Adakah betul yang dia nampak tadi ialah Jihoon dan Jihaa?

Ataupun...

" Arissa, are you okay? Kenapa ni? "

Arissa berpaling kepala.

Junkyu sedang memandang nya dengan keadaan dahi bperkerut. Pasti pelik kenapa melihat Arissa yang tiba tiba bangun dan terus berlari keluar.

" Saya okay. Takde apa pun. "

" Awak nampak penat la. Jom saya hantar awak balik? "

Arissa mengangguk sayu.

Betul Junkyu kata. Dia penat. Mungkin sebab itu dia nampak Jihoon dan Jihaa bersama tadi.

--------------------

Pintu ditutup. Perlahan lahan kaki menapak masuk ke dalam rumah. Tidak mahu mengejutkan penghuni rumah.

" Lambat kau balik. "

Terhinjut sedikit bahunya akibat terkejut.

" Aishh, kau ni Rissa. Terkejut aku! "

" Mana kau pergi siang tadi? "

" Huh? Aku keluar la. Kan dah bagitahu. "

" Kau keluar dengan Jihoon? "

Langkah Jihaa terhenti seketika.

" Kenapa nak sibuk? Kau kan tak suka dia? " Sinis Jihaa bersuara. Arissa kaku.

Jadi dia tak salah tengok la tadi?

" Game apa yang korang cuba main ni hah? " Arissa mendengus. Sungguh kesabaran dia tercabar.

" Game apa? Kau tak ingat ke? Kau yang kata kau tak suka Jihoon dulu. So kenapa sekarang nak bising bising? "

Arissa menggengam penumbuk. Sungguh sekarang dia rasa sangat tercabar.

" Dah la, aku naik atas dulu. Penat. " Jihaa melangkah kaki untuk naik ke tingkat atas. Malas mahu berlawan dengan Arissa lagi.

Arissa masih lagi kaku berdiri di tempat nya tadi.

Jihoon dah dengan Jihaa.

Dia perlu merelakan.

Walaupun hatinya terasa pedih.

73010 // pjhWhere stories live. Discover now