7

508 59 11
                                    

Kertas kerja yang berada diatas meja dibiarkan berselerak. Fikirannya juga terganggu. Dia memicit dahinya perlahan.

Serabut.

Jihoon baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat sebentar tadi.

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran pintu bilik pejabatnya diketuk dari luar.

" Masuk. "

Selepas diberi kebenaran masuk, terpampang raut wajah Junkyu. Dia juga baru selesai menghadiri mesyuarat bersama Jihoon tadi.

" Kau okay? "

" Nampak macam aku tak okay ke? "

" Nampak sangat. "

Jihoon melepaskan nafas berat.

" Kenapa ni? Ada masalah? Ke gaduh dengan Arissa? " Junkyu menyoal.

" Taklah. "

" Habis tu? "

" Kau nak apa masuk bilik aku ni? "

" Jom lunch. Aku belanja kau hari ni. "

" Takpe lah. Aku tak lapar. "

Junkyu mengeluh.

Dah sah Jihoon ada masalah.

Junkyu mendekati Jihoon lalu tangan Jihoon ditarik.

" Jom la teman aku. Kita keluar. "

" Eh pahal kau ni? Kot ye pun, tak payah tarik. Tahu la aku nak jalan. "

" Kalau aku tak buat macam tu, kau tak kan layan aku. " Jeling Junkyu.

Jihoon menggulingkan matanya keatas.

--------------------

" Kita nak buat apa kat sini? "

" Kau tanya? Mestilah sebab aku nak makan. And, kau pun dapat jumpa buah hati hehegeh. " Junkyu riang mengusik.

Jihoon hanya mempamerkan risk wajah biasa tanpa senyuman.

Mereka berdua sekarang berada di hadapan pintu cafe. Dan sudah pasti Jihoon akan berjumpa dengan Arissa. Gadis yang dia cuba untuk hilangkan perasaan istimewa itu.

Pintu cafe ditolak lalu terpampang lah wajah si gadis sedang mengelap meja.

" Hi Ji! " Sapa Arissa.

Jihoon hanya menunduk. Langsung tidak memandang wajah si gadis.

" Awak berdua nak order apa? " Soal Arissa sambil tangan siap memegang satu note kecil dan sebatang pen.

" Saya nak pasta. And espresso. " Minta Junkyu sambil tangan masih membelek buku menu yang tersedia diatas meja.

" Awak Ji? Haa saya tahu! Awak mesti nak caram-- "

" Saya tak nak order apa apa. " Pantas Jihoon memotong. Masih tidak memandang wajah cantik Arissa.

" Kau tak nak? "

Junkyu bersuara.

Jihoon menggeleng.

" O- okay. "

Lantas Arissa menuju ke dapur.

" Aku nak ke tandas la kejap. "

Junkyu mengangguk.

Selepas itu Jihoon bangun dan terus menuju ke tandas.

Selepas sahaja Jihoon ke tandas makanan yang dipesan Junkyu tiba.

Junkyu hanya memerhati wajah cantik Arissa yang sedang menghidangkan nya makanan.

' Cantik! Patutlah Jihoon suka. ' Getus hati Junkyu.

" Junkyu? "

Terus lamunan Junkyu terhenti apabila namanya disebut.

" Ya? "

" Jihoon tu kenapa? "

" Alah dia tu biasa lah. Penat bekerja. Bila penat mula la bad mood aje. "

Kata Junkyu sambil menghirup secawan espresso.

" Ouh. Saya ingat dia marah saya. Sebab dia tak pandang langsung muka saya tadi. " Kata Arissa sambil bermain main pergelangan jarinya.

" Nak marah kenapa? Awak ada buat salah ke dengan dia? "

" Rasanya takde. "

" Then jangan takut kalau tiada buat salah. "

Arissa hanya teguk liur.

Gulp!

-
-
-
Siapa yang pergi concert treasure hari ni? ASHSKSKSJSJ NAK PERGI JUGAK (╥﹏╥)

73010 // pjhWhere stories live. Discover now