31

375 47 4
                                    

2 tahun kemudian...

" Huekkk... Huekkk... "

Si bayi mula menangis disaat Haruto cuba untuk mendukungnya.

Bayi?

Ya, bayi. Bukti cinta Sujin dan Junkyu sudah pun menjangkau 1 tahun hari ini.

Dan sekarang, mereka sedang meraikan ulang tahun kelahiran anak mereka, Kim Seoju.

Tak ramai yang dijemput, cuma rakan-rakan mereka yang terdekat.

" Eh budak, jangan nangis. Kalau mak kau dengar nanti mesti dia ingat aku buli kau! " Si Haruto mula gelabah.

Agaknya si Seoju dengan Haruto ni memang tak boleh geng, sebab setiap kali Haruto dukung mesti menangis. Dengan member lain elok je.

" Haruto, kau buli anak aku lagi ke?! " Teriak Sujin apabila mendengar putera kecilnya menangis. Alolo anak mamah.

" Mana ada! Anak kau tiba-tiba menangis! "

" Dah la, jom Seoju kita jumpa mummy Arissa dengan mummy Jihaa. " Sujin mengambil Seoju dari pangkuan Haruto, reda sikit tangisan bayi tu.

Kaki menapak kearah Arissa yang berada di hujung, sedang termenung.

" Mummy Arissa! "

Arissa menoleh, dan dia tersenyum melihat Seoju. Comel!

Seoju benar benar mengikut wajah Junkyu. Lebih kurang seperti Junkyu junior!

Cuma warna anak mata yang mengikut Sujin, warna hazel.

" Ish, geram la dengan Seoju ni, comel! Rasa macam nak ada anak sendiri. " Omel Arissa. Wajah tidak lari dari terus tersenyum kearah Seoju.

" Soon. "

" Huh? "

" Orang yang di Turkey, balik tak lama lagi kan? " Usik Sujin.

" Aku dah tak berharap lagi, Sujin. "

" Kenapa? Dah move on? "

Arissa perlahan mengangguk. Benarlah, dia sudah move. Sudah belajar menerima kenyataan. Mungkin benar, dia dan Jihoon tak akan kemana.

" Sayang bila boleh announce ni? " Teriak Junkyu, mematikan perbualan mereka.

" Boleh la sekarang. Kesian orangnya dah tunggu lama. "

Junkyu angguk, lantas kembali ssmula ke sudut majlis.

" Announce apa ni? "

" Jom. "

Sujin meraih tangan Arissa, lantas dia dudukkan Arissa di salah satu kerusi, memerhati Junkyu sudah berada di atas pentas, meraih mic.

" Oke semua, maaf ganggu kalian menjamu selera. Tapi saya nak meraikan kehadiran seseorang, yang istimewa. Dia baru saja pulang ke tanah air korea kita. " Ucap Junkyu, lantas menjauhkan dirinya daripada mic.

Memandang kesuatu arah.

Membuatkan kesemua tetamu memandang kearah yang sama.

Dan sosok tubuh yang hadir membuatkan Arissa Nabeeha menolopong.

" Hi. "

Mata Arissa membulat.

" J- Jihoon... "

Bersama...

Seorang perempuan?

---------------------

Satu sosok memencilkan dirinya di sudut terpencil. Hanya dirinya, yang sedang menikmati makanan di majlis.

" Hai. " Seseorang menegurnya.

Arissa toleh memandang si pemilik suara.

Oh gadis ini.

Yang ada bersama dengan Jihoon tadi.

Siapa dia ni? Kekasih baru?

Hanya tidak mahu dianggap sombong, Arissa melepaskan senyuman.

" Can i seat here? "

Arissa mengangguk, gadis itu melabuhkan punggung bersebelahan Arissa.

" So, awaklah Arissa Nabeeha? "

Arissa berkerut kening.

" Ya, saya. "

" Tahniah, sebab awak satu-satunya perempuan yang berjaya curi hati abang saya. "

" Huh? "

Apa? Abang?

Maksudnya dia ni adik Jihoon ke?

" Saya Jieun, adik Jihoon oppa. "

Ah, sekarang Arissa mengerti. Maksudnya dia ni bukanlah kekasih Jihoon.

Tapi kenapa hatinya perlu lega disaat dia tahu yang gadis ini hanya adik kepada Jihoon?

Hatinya masih belum move on?

" Arissa nak tahu tak, sepanjang Jihoon oppa dekat Turkey, nama Arissa tak pernah lepas dari mulut dia. Setiap kali call, nama Arissa mesti ada tau. "

" You're very lucky, Arissa. Because Park Jihoon's love never dies for Arissa Nabeeha. "

Arissa terdiam, memandang tepat kearah anak mata Jieun. Benarkah? Sehingga begitu?

" And I know, your love for him never died, even you tried. "

Dan sebab itu lah, Jihoon oppa nak lamar Arissa jadi isteri dia. "







Next chapter ni last tau korang ><

73010 // pjhWhere stories live. Discover now